Aku Rehat 3 Hari


Pada waktu nie, nak mandi pagi mmg tak best betul sebab air nya mmg sejuk betul macam mandi dengan air batu plak rasanya. Kalau aku tak mandi nanti ko orang semua akan cop aku nie spisis kambing plak! Kau orang semua tahu...kambing aku suka sangat main air...apa lagi kalau waktu hujan, siap main hujan lagik tu!

Semalam pada sebelah pagi aku mmg sebuk betul, nak sarapan pun dah tak sempat kerana terpaksa menyediakan drawing gateway untuk sempadan negeri Kelantan. Rekabentuknya aku buat seperti pintu sebuah kota dan rekabentuk pintunya macam pintu kat Istana Balai Besar gitu...

Bila semuanya dah selesai, barulah aku pergi sarapan dgn member aku kat kedai depan Jabatan Kastam,Wisma Yakin. Balik kat opis, org UPEN dtg ambil drawing aku tu beserta dengan sebutharga nya sekali.

Cuaca pd ptg plak aku nenguk ok ajer...apa lagi,berbasikal lah aku. Aku lalu jalan Salor-Wakaf Che Yeh-Pusat Bandar-balik...22.87 km ajer!

Pkl 12am, perut aku terasa lapar plak, pergi pekena air dan sebijik burger kat gerai Era sambil dok layan movie kat chanel 42 sampailah pukul 2 pagi...

Aku tak ader 2,3 hari lepas nie sebab aku pergi kursus kat P.Pinang. Kursus Konservasi Bangunan Heritage anjuran Jabatan Warisan Negara. Aku sebenarnya malas nak pergi tapi dah ada orang nak sponsor...aku pergi ajelah dengan rasa malas2 rajin...hehehe!
Dalam pada tu, oleh lah aku makan angin sikit...dah lama benar aku dok bertapa kat negeri aku nie. Orang kata sambil menyelam, minum air ...jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment