Penang...Here I Come! - Full Version

Jumaat - 15/12/06
----------------------
Morning2 lagi aku dah kayuh basikal aku tu menuju ke Pantai Sabak. Buat 1 pusingan kat situ terus ke Pantai Senok melalui jln tepi pantai. Kat sini ramai kaki pancing dah tercongok kat atas benteng batu kat situ. Aku rehat dlm 10 minit kat sini.

Dlm perjalanan pulang aku terserempak dgn Saiful kat traffic light JPJ. "Kata tak nak gateh ari nie?" Aku sengih ajer kat dia dan minta dia tunggu aku kat kedai makan Tok Wan di Demit.

Yusrie akan dtg jemput aku lepas solat Jumaat nanti, pukul 2pm katanya. Pukul 4pm baru sampai...janji melayu lah katakan! kalau bertolak masa nie, around pukul 9pm sampailah aku kat Penang, itu pun kalau tak ader aral yang melintang. Aku jadi penunjuk arah walaupun aku sendiri pun blank pasal jln nak dilalui nanti...hentam ajer lah labuuuu!

Niat hati nak lintas by bridge tapi aku silap jalan, bila dah masuk Butterworth kena ambik feri! aku mana tahu pasal tu...nie kali ke-3 aku dtg ke Penang, last aku datang tahun 1989 seingat aku...lama betul aku tak datang sini walaupun kakak ipar aku ada kat sini.

Lepas check-in dan mandi,aku dan Yusrie turun kat lobi. 2 orang member dia dah tercongok tunggu kat situ. Aku tak kenal member dia nie. Cakap nya bunyi mcm org Negeri Sembilan. Kami semua ke Padang Kota Lama yang tersohor tuu...pergi makan. OTW balik singgah kat E & O hotel, ambik Dr. Asyaari. Dia nie lecture kat UKM dalam bidang arkeologi dan salah seorang comitee dalam kursus yang akan dianjurkan besuk. Balik hotel. Aku terus naik ke bilik. Letih dan mengantuk. Dia orang semua masuk karaoke. Kalau aku ikut dia, entah pukul berapa dia orang akan balik ke bilik...besuk kena bangun awal, pukul 8 pagi dah start program.

Aku yang sentiasa coool..!
Sabtu - 16/12/06
------------------

Program: KURSUS KONSERVASI MONUMEN & TAPAK TANAH BERSEJARAH.
Anjuran Bersama: Jabatan Warisan Negara dan Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya.
Tempat: Dewan Arshak, E & O Hotel, Pulau Pinang.

Selepas daftar dan kehadiran tetamu majlis perasmian pun bermula dengan kata kata aluan dari Dato' Prof. Siti Zuraina Abd. Majid yaitu Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara. Selepas majlis perasmian kami semua bergambar ramai ramai dan rehat kejap sambil makan2.

Pukul 10am acara kursus pun bermula. Para penceramah yang pakar dalam bidang masing2 pun mula membentangkan kertas. Semuanya ada 5 kertas kerja dibentangkan pada hari ini yaitu:

1. Kepentingan dan Keaslian Dalam Kerja Konservasi oleh Prof. Madya Dr. Yahya Ahmad - Timb. Dekan Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya.

2. Konservasi Pengenalan dan Garis Panduan terhadap Kerja2 Pemuliharaan Warisan oleh En. Kamarul A. Kasim - Pengarah Jabatan Warisan Negara.

3. Penyelidikan Arkeologi Dalam Kerja2 Konservasi Bangunan oleh Prof. Dato' Nik Hasan Nik Abd. Rahman - Pensyarah UKM merangkap Fellow Kanan di ATMA.

4. Mondukomentasikan Kerja2 Konservasi oleh Prof. Madya Dr. A Ghaffar Ahmad - Pensyarah USM, Pulau Pinang.

5. Mengenal Pasti Keaslian Rekabentuk Bangunan Warisan I dan II oleh En. Paiman Keromo - Tim. Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.

Menarik sekali dan banyak jugak ilmu2 baru yang aku belajar hasil kertas kerja yang di bentangkan tu walaupun naik semak kepala aku dok mendengar nya..!

Sebelum bersurai pada petang tu, ada sedikit taklimat yang diberikan oleh Ar. Nik Rahiman untuk lawatan ketapak projek kat Suffolk House dan Bangunan Mahkmah Tinggi Penang pada pagi besok.

Pada sebelah malam, Wan (my wife nephew) datang jemput aku kat hotel untuk dibawa aku pergi bersiar siar...mula2 pergi makan kat Padang Kota Lama, selepas itu ke tapak pesta di Sg. Nibong. Hujan renyai2 mula turun, aku belah dari situ. Wan bawa aku pergi minum kat Bayan Lepas depan kilang Seagate. Aku pilih gerai yang mengadap laut. Tak nampak apa2 pun... Dalam perjalanan pulang ke hotel, Paijal (sepupu my wife) sms kat aku, dia tunggu aku kat kedai mamak berhampiran dengan hotel aku tinggal. Dia kerja kat Butterworth. Dia datang dengan member nya. Borak2 dengan dia sampai pukul 12.30am. Mata aku pun dah tak boleh nak celik lagi rasanya...mengantuk sesangat!

Ahad - 17/12/06
-----------------
Berkumpul kat lobi hotel tunggu bas. Pagi nie kesemua peserta akan dibawa meninjau ke tapak projek yang sedang dibuat proses baik pulih. Mula2 kami semua dibawa ke Suffolk House. Ianya terletak kat Ayer Hitam. Rumah ini di percayai dibina dlm tahun 1790 oleh Captain Francis Light (born at Suffolk,England 1740 and died Penang,1794) Pada awalnya dijadikan kediaman rasmi gabenor. Rekabentuk Anglo-Indian architecture. Kerja kerja restoration di buat oleh NajCom Sdn. Bhd. Prof. Madya Dr. A Ghafar Ahmad sebagai konservator. Direkabentuk kembali oleh Mr. Lawrence Loh dari Lawrence Loh Arkitek Sdn. Bhd.

Ar. Lawrence Loh sedang memberi penerangan.
Pukul 11am kami meninggalkan tapak rumah tersebut menuju ke destinasi ke 2 kami yaitu bangunan Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang. Sesampai kami disana kami telah dibawa ke pejabat tapak projek untuk majlis taklimat oleh Dato' Najmudin pengerusi NajCom Sdn.Bhd. dan juga jamuan ringan kat situ sebelum kami dibawa meninjau disekitar bangunan tersebut.

Dato' Najmudin (baju biru) sedang memberi penerangan.

Hampir sejam kami ka situ...badan pun dah rasa letih dan tekak pun haus...cuaca kat sini panas betul lar...mungkin kat tepi laut kot! aarrrrghhh! lega betul rasanya bila duduk dalam bas, aircond pulak tu...12:30pm kita orang semua balik ke E & O hotel untuk makan tengahari. Makanan kat sini mmg best betul rasanya tambah lagi sedang lapar mencanak nie...kena pulak makan sambil mengadap view laut...seronok abissss! Lepas makan, aku balik hotel jap untuk mandi dan solat. Nasib baik jarak hotel tempat aku peserta menginap dengan hotel tempat kursus dekat aje...jalan kaki 10 minit ajer!

Pada sebelah petang plak, para peserta kursus dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dipimpin oleh para penceramah. Aku dalam kumpulan 5. Ada 13 orang ahli semuanya dan di pimpin oleh Prof. Madya Dr. Yahya Ahmad. Setiap kumpulan diberi tugasan. Kumpulan aku dikehendakki membentangkan proses kerja dan kaedah yang digunakan untuk kerja2 membaikpulih ukiran dan hiasan yang terdapat pada bangunan kajian. Besuk sebelum majlis penyampaian sijil kami dikehendaki membentangkan tugasan yang diberi di hadapan para penceramah untuk dikomen dan dibincangkan bersama.

Sedang menyiapkan tugasan yang di beri
Pukul 6:30pm aku balik ke hotel, lepas simpan barang2 kursus, aku keluar balik. Aku nak beli something untuk dibawa pulang nanti...kalau kat Penang nie, kalau tak bawa balik buah pala orang kata tak sah datang kat Penang, tapi sebelum tu aku merayau kejap kat Perangin Mall. Aku tak beli apa2 pun kat situ...just round round cari sesat! nasib baik aku jumpa jalan aku masuk tadi, kalau tak ada lah umat yang datang jemput aku kat situ nanti...hehehe! lain kali jgn jalan sorang sorang! OTW ballik aku singgah beli sekilo dua buah pala sebagai buah tangan bila balik nanti. Lepas tu aku singgah kat kedai Kayu Nasi Kandar. Pekena nasi kandar dulu..!
Malam tu aku tak kemana mana, just lepak kat bilik dok layan tv ajer kedian zzzZZZzzz....

Isnin - 18/12/06
-------------------

Sedang bersiap siap nak ke dewan 'kuliah'

Hari terakhir kami semua kat sini...pada sebelah pagi kita orang semua mendengar dan berkongsi pengalaman dalam kerja2 konservasi mereka di sekitar Penang dan juga Kuala Lumpur dari Mr. Tan Yeow Wooi dan Ar. Tuan Haji Hajeedar.

Hari nie cuma ada satu sahaja kertas kerja yang dibentangkan yaitu:
"Konservasi Rumah Tradisional Melayu" yang disampaikan oleh Prof. Madya Puan Seri Nila Inangada. Beliau berasal dari Acheh tapi dah lama menetap kat Malaysia nie dan isteri kepada salah seorang bekas menteri kabinet kita.

Pada sebelah petang acara pembentangan tugasan dari setiap kumpulan di hadapan penceramah. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit dan 5 minit untuk soal jawab.

Acara penutupan kursus dan penyampaian sijil di lakukan oleh Prof. Madya Dr. Yahaya Ahmad. Selepas semuanya selesai, kita orang semua bersalam salaman diantara satu sama lain dan minta maaf, sedih gak rasa hati time nie..maklumlah selama 3 hari kami semua dok bersama dalam satu dewan, makan dan melawat pun bersama sama. Tak tahu bila kami akan bersua kembali.

Pukul 6:30pm aku balik ke hotel untuk check-out. Ingat hati masa balik nanti nak balik melalui jambatan tapi bimbang gak dalam hati takut ada kesesakan kat atas jambatan so aku pilih naik feri ajer lah..kenderaan tak berapa banyak dok beratur nak naik feri tapi 1/2 jam juga baru boleh naik.

Singgah makan kejap kat kedai makan yang berhampiran dengan bulatan di Bukit Mertajam. Sampai kat Gerik pukul 10 malam. Berehat kejap kat sebuah kedai makan diatas puncak tertinggi lebuhraya Timur Barat. Sejuk betul kat sini lebih2 lagi malam tu hujan. Dalam perjalanan aku lihat ada satu kemalangan kereta yang terbabas masuk longkang, mungkin pemandunya mengantuk. Kat lebuhraya nie, kita boleh nak berhenti kat tempat tak tentu pasal, takut nanti terkena laluan gajah melintas!
Pukul 2 pagi sampai kat rumah...alhamdulillah! perjalanan pergi balik aku selamat.

No comments:

Post a Comment