Pagi nie aku terus ajer ke pejabat Lah CD, aku nak print drawing kat pjbt. dia tapi hampeh betul aku rasa, mesin plotter dia rosak. Jam dah nak hampir pkl 10am. Aku terpaksa print kat tempat lain lah plak...kalau tahu mcm nie, aku terus ajer kat tempat tu...tak lah membuang masa aku dok layan plotter yang rosak tu...
Bila semuanya selesai, aku pun turun kat bawah, sarapan pagi. Aku ajak sekali...Aida,Ain,Ayu dan seorang lagi aku tak tahu nama walaupun sentiasa bertegur sapa...hehehe. Sedang enak dok makan, Man Bomba (sebab dia kerja kat Bomba) datang bawa resit tukar lot tanah yang aku minta. Aku ajak dia makan sekali...4 dara pingitan minta diri dulu, tinggal lah aku dengan Man Bomba ajer...dok borak dengan dia, dekat pukul 12pm aku pun naik kat pejabat aku.
Saiful datang ambil aku, pergi ke Istana Tengku Mahkota kat Kubang Kerian tu...nak kena arrange orang dari Procomp. Tuanku mahu install cctv kat 2 blok garaj kereta dia dan kat lain2 tempat. Tak lama kedian Mr. Steven datang, aku dan saiful tunjuk kat dia tempat2 yang patut dipasang cctv tu. Lepas tu aku pun belah, pergi ke Kiosk Projek diRaja kat Wakaf Che Yeh tu...hari nie dia orang nak masukkan barang barang hasil kerja ahli2 pDRK....aku dok situ setengah jam.
Aku berehat kejap, minum air segelas dua kat gerai disitu, kedian bertolak ke Pejabat Marin di Tumpat. Aku kena ambil ukuran tempat parking bot Tuanku. Dia nak tukar atap baru dan juga tong pelampung yang telah bocor tu. Dalam dok buat kerja kat situ, aku ajak saiful menyeberang pergi pekan Tak Bai. Kat sini byk pengkalan haram, walaupun dekat ajer dengan pejabat Polis Marin...dia orang menyeberang buat selamba derk ajer...! tu yang aku geram nak menyeberang gak nie. Lepas parking kereta, aku pun menyeberang secara haram masuk ke pekan Tak Bai. Tanbang dia RM1 sorang. Samapai kat pekan Tak Bai, byk sekali mat2 yang bawa motor penumpang nie datang mengeneng kat aku nie, dok tanya nak pergi mana. Aku tanya dia orang, ada tak sekitar nie kedai yang menjual peralatan sukan, dia orang kata ada. Aku dan saiful naik motor dia. Kat sini tak menjadi kesakahan nak naik sorang ke, dua ke...asal muat ajer...dan kat sini juga tak perlu nak pakai topi keledar. Setiap simpang walaupun ada traffic light, dia orang pakai redah ajer...bila sampai, kena RM5 untuk 2 orang. Aku rasa mamat nie tipu aku nie, sebab aku tenguk dekat ajer kedai tu dengan tempat yang aku naik tadi, cuma dia bawa rounnd ikut jalan jauh ajer...barangkali dia orang nie xpert dah tenguk tingkah laku kita...dia nie orang dah biasa datang atau pun tak.
Aku round2 dengan saiful kat pasar dia, pakaian ajer yang banyak. Aku beli seluar sehelai utk dipakai masa mnegayuh basikal. Saiful plak beli baju untuk anak2 dia. Lepas tu kami lepak jap menghilang kan dahaga kat kedai kopi. Dok dalam setengah jam, aku pun menyeberang balik.
Kat pengkalan haram nie, mmg ada orang2 upp dan polis mari tapi dia buat tak kesah kalau kita nak pergi sebelah sana cuma jangan bawa masuk beras dan kalau nak beli barang2 punjgn lah banyak sangat sekadar keperluan ajer. Kalau tak dia orang akan tanya dan tahan kita.
Aku cakap lah, kalau nak shopping baik pergi ke pekan Golok kat Rantau Panjang. Kat sini tak banyak kedai jadi pilihan pun tak banyak...kalau kat pekan Golok...macam macam ada!
Petang aku dan saiful buat projek kayuh aku tu lar...sampai kat Pasir Tumbuh aku lepak dgn dia kat warong. Minum air carrot susu. Minuman kegemaran aku nih... hari nie kami berkayuh dekat ajer, tak sampai 20km. Lagipun masa nak mula tadi, jam dah 6 lebih.
Malam nya pula suhaimi call aku. Dia ada kat gerai baru di kawasan kediaman aku nih. Dok borak2 pasal tanah yang dia nak jual tu...tak lama pas tu Niezam, Nasir (adik ipar suhaimi) dan sorang lagi aku tak kenal walaupun dia tinggal sama kawasan dengan aku. Lama gak kami dok layan bual masing2...bila aku naik rumah jam dah menunjukkan angka 1am...!

No comments:

Post a Comment