Tribute To Mohd. Daud Ali

Pkl 8 malam tadi aku terima sms dari Kamal mengatakan abg. Mat dah meninggal dunia pkl 5.45 ptg tadi. Terkedu aku dibuatnya. Abg mat nie dah hampir seminggu masuk CCU. Kadang2 ok, kadang2 tidak...tak stabil. Ini kali ke 5 dia di serang sakit jantung. So malam tu, ramai lah gak yang call aku memberitahu yang abg. mat nie dah tiada.
Abang Mat nie adalah seorang pelukis pelan berdaftar... kat sini dah ramai lagi pelukis pelan berdaftar nie, seingat aku ler ada 5 orang lagi, semuanya dah berumur...maklum lah mereka nie semua dapat lesen zaman british lagi. Pada masa tu lesen senang dapat, mana mana kakitangan JKR yang nak pencen pd masa tu di beri option untuk mendapatkan lesen nie, tidak sepayah sekarang. Lesen pelukis pelan berdaftar nie di keluarkan dan tertakluk dibawah akta Lembaga Akitek Malaysia. Nak mendapatkan lesen nie, mmg sukar lah sikit, terutama pada masa sekarang nie. Untuk mendapatkan lesen nie, kita kena ada pengalaman kerja 10 tahun kat atas dan tidak bekerja dengan mana mana firma arkitek atau syarikat pelukis pelan...maksud nya, kita kena kerja sendiri dahulu. Bila dah ada syarat tu, kita kena lalui 3 peringkat ujian. Pertama proses temuduga. Kedua - ujian undang2 bangunan (building by-law) dan pengurusan projek. Ketiga - speed test...kita disuruh membuat lukisan kerja (working drawing) dalam tempuh 8 jam sahaja. Akhir sekali, kita kena di rekomen oleh mana mana akitek/pelukis pelan berdaftar untuk ambil pereksa nie, kalau tak ada tak dapat juga. Bila semuanya lulus, barulah kita boleh tandatangan lukisan orang lain...macam akitek jugak lar tapi ada had dia. Kita hanya dibenarkan setakat 3000 kaki persegi shj dari keluasan bangunan dan tandatangan kita tu hanya sah di negeri yang kita tinggal sekarang.
Dalam banyak2 pelukis pelan berdaftar kat kelantan nie, aku suka berurusan dengan dia, sebab dia nie tak banyak songel mcm yang lain lain tu. Pelukis pelan lain tak mo nak sain lukisan orang lain, kalau nak juga kita kena bagi dia lukis. Pasal bayaran pun dia tak berapa berkira sangat,ikut kita nak bagi tapi tak lah rendah sangat...patut patut lar! Dia nie seorang yang kelakar, aku suka benar mengusik dia...suruh dia kawin lagi. Dia nie duda terlajak... tersengeh sengeh lar dia. Ramai member2 aku berurusan dgn dia nie. Seorang yang muda mesra dengan orang lain, walaupun baru 2,3 kali kita bertemu dengan nya. Bila dia dah tiada...aku terasa kehilangan beliau dan aku juga terpaksa buat perlantikan pelukis pelan baru untuk projek2 aku yang dalam proses kelulusan pelan di majlis tempatan.
Semuga roh beliau ditempatkan bersama sama dengan orang2 yang beriman...amin!

No comments:

Post a Comment