Aku ke LYK kejap jumpa Miss Wee, tanya dia pasal steel truss kat rumah kedai tuanku yang aku kena jaga sekarang. Call Zul, dia kata dia dok kat MPKB. Aku pun pergi ke tapak projek
kat bandar KB tu...jumpa kepala tukang kat situ, Jali. Bagitau dia frame pintu yang tak cukup tu aku dah order . Aku naik kejap kat atas bangunan, check apa2 yang patut. Semua nya OK.
En. Pauzi call aku nak jumpa kat pejabat.

Aku balik ke pejabat. Terasa lapar pula. Aku turun kat bawah, tenguk Ain dan Ayu ada kat situ, aku pun joint dia orang sekali. Borak2 kejap sambil tunggu Che Pauzi. Tak lama kedian Farid
dan Che Pauzi datang. Aku buka table lain. Sebenarnya aku nak suruh Farid nie jumpa dgn
Che Pauzi pasal projek nak develop tanah dia tu dekat Pasir Mas. Cadangan nya dia mahu
bina 9unit banglo kat tanah dia tu. Aku plak akan menyediakan rekabentuk banglo termasuk mengusurus kelulusan plan tu nanti. Dalam dok tengah bincang2 tu, sampai pulak Tuan Soh.
Penuh meja di buat nya. Hampir pukul 1pm aku naik atas. Buka pc...baru nak start buat kerja.
Setengah jam kedian, aku pergi ke Tanjung Village Restaurant, Che Wan ada buat kenduri kesyukuran kat situ sempena perasmian restoran baru dia. Orang ramai gak, maklum lah waktu makan tengahari dan hari nie makan freeee...

Aku dok tak lama kat situ, habis makan aku minta diri...aku kena siapkan drawing rumah flat.
Mr. Goh mahu ambil pada pukul 3.30pm nanti. Ada sejam lagi tu....bila siap aku pergi print kat
bawah jap. Tunggu punya tunggu tak juga datang dia nie...so aku tinggalkan drawing tu kat
Ain...kalau owner dia datang bagi ler kat dia, aku nak pergi hantar satu lagi drawing kat KB
Mall tu...kesian kat owner dia, sejak pagi lagi dok tanya pasal drawing dia tu...maaf yer Tuan
Latifah...

Letih betul rasanya hari nie, pkl 5.15pm aku tutup opeh aku. Balik. Pukul 6pm aku gateh basikal
aku tu keliling kawasan sekitar...ada lar 26 km jugak aku buat ari nie...

Malam nya pula Zuki call aku suruh tunggu kat kedai era...dok minum2 sambil layan finale Mentor...Fiq muncul sebagai juara mengalahkan Kat dan Niel. Pukul 12.ooam, aku mencanak
balik rumah. Buka pc, belum pun sempat aku nak online...Saiful plak call, ajak makan roti bakar
kat gerai yang baru dibuka, berhampiran dengan blok yang aku tinggal. Aku ok ajer...tak kira
masa...asalkan aku tak mengantuk! Dekat pukul 1am lebih jugak aku kat situ...

Aku balik, bukak tv...layan asia game kat Doha tu, at last entah masa mana...tv plak tenguk aku!
nota: kenapa plak hari nie huruf jadi tunggang langgang...

No comments:

Post a Comment