Aku balik dulu

tengahari nanti aku kena balik ke rumah mertua aku...bapak mertua aku mahu aku buatkan pelan rumah kedai dia...bila dah bos suruh balik terpaksalah aku dengan paksa'rela nya akan balik nanti...
jadi pada pagi nie aku kena bereskan segala tugas yang dah di plan semalam. mula2 aku kena serahkan PO dan cek deposit untuk kerja kerja memasang steel truss kat bandar kb tu dulu, lepas tu aku kena siapkan drawing pagar istana hinggap tuanku di Bukit Tanah,Tumpat dan serahkan kepada yusrie...
hari ahad nanti baru aku ada kat rumah nie...aku 'chow' dulu yer!
update..!
---------
bila selesai ajer aku draw dan print design pagar istana tu, aku bergegas pergi ke pejabat Yusri Construction. Aku tinggalkan drawing pagar tu kat situ. Aku nie dah lewat sebenarnya, bas terakhir ke K.Krai ialah pukul 6 pm. skrg dah dekat pukul 5 pm. Aku kena balik rumah dulu, nak mandi dan mengambil barang2 yang perlu dibawa bersama.
Pkl 5.45 pm aku dah berada dlm perut bas K.Krai. Hari nie hari Khamis, jadi ramai betul org yang nak balik ke destinasi masing2...jadi aku terpaksa berebut berebut dgn dia orang,kalau tak berdiri lah aku kat dalam bas nanti, kalau dekat tak aper lah...KBharu ke KKrai jarak dia 70 km! boleh bengkok kaki aku kalau berdiri sejauh itu.
Jam dah menunjukkan pkl 7:45 pm dan kat luar tu dah gelap gelita. Masa nak turun bas aku tersilap tekan loceng, driver bas hairan betul ke aku nak turun kat sini? aku tanya kenapa? driver tu jawab selamber ajer...kat sini bukan nya ada rumah orang, tapi kawasan hutan...awk nie betul ke tak betul? ...perghhh! biru matam hitam ku di buatnya aku terpaksa control malu aku sambil berkata..."minta maaf ler bang, saya tersilap tekan...sebenarnya saya nak turun kat cbg 3 sg. durian..! masa nak melangkah turun dari bas sempat lagi driver tu pekena aku lagi..." saya ingtkan awk ni org. bunian, nak turun kat situ tadi..." kena lagi aku..!
Masa aku tunggu adik ipar jemput aku, lalulah 2 org. budak perempuan yang naik sekali dgn aku tadi sambil berbisik2 kedian jeling2 pada aku..."perli aku ler tu..."

1 comment:

bluecherry @ fai said...

awak, saya nak baca tp tulisan tu.. amat sukar utk mata saya nih.

welkam to GEJU.

Post a Comment