
Part yang paling aku suka bila berbual dengan orang tua ialah kesah lampau hidup mereka. Kau orang percaya lah, kalau nak cakap dengan orang orang tua tapi tak ada idea apa nak cakap...cuba ko tanya pasal kisah hidup dia masa muda muda dulu, mesti dia layan punya.
Tok imam kg aku nie, masa muda2 dulu, dia suka tenguk wayang kat bandar KB. Semua panggung wayang semua dia tahu dok kat mana...mcm panggung Lido,Odeon,Rani,Rex dan Mina (panggung nie aku tak tahu letak kat kawasan mana, tapi sekarang semuanya telah tiada) Masa tu tiket hanya 50 sen sahaja...flat rate! siapa masuk awal dok depan. Nasi baru 10 sen sepinggan, airnya pulak 5-15 sen segelas. Aku tanya dia, pergi bandar naik bas atau kereta? Bas atau kereta? bukan lah...kayuh basikal ajer! Nak tambang kereta atau bas mana mampu lagipun masa tu mana ada bas dan kereta lagi kat kawasan nie. kalau ada RM1 dalam poket dah boleh pergi bandar Kota Bharu. Simple betul kehidupan dia orang masa tu.
Hampir sejam jugak aku dok layan mereka berdua. Sedang syik dok bersembang, Mat Imin JPJ datang. Aku balik kg. nie pun pasal dia lah...dia mahu aku buat pelan untuk rumah baru beliau.
OTW balik singgah kat tapak rumah beliau. Rupa rupanta hari nie, unit kawalan kg aku buat bubur asyura. 2 kawah.
Pkl. 4.00pm, aku pinjam motor abg ipar aku \,pergi ke Kadok, nak jumpa 2 lagi customer aku yang nak buat pelan rumah. Hampir 2 jam aku dok kat situ. Lepas semuanya puas hati baru lah aku minta diri. Niat hati masa balik nanti aku nak lalu ikut jalan Beta tapi memandangkan hari dah nak senja aku ikut jalan Melor ajerlah...dekat sikit...25km. Nak singgah kat tempat dia orang kacau bubur asyura pun tak sempat...OK geng! aku balik dulu...jumpa lagi next time!
2 comments:
jimat kos jumpe client nek sikal je...:p
not like that lah...Ku
ride for health only...hehehe!
my cholestrol dah melebehi paras amaran...bimbang sesangat takut diserang STROKE!!!
Post a Comment