Le Tour de Langkawi 2007

05/02/07 ---> Isnin
---------------------

Hari nie jalan disekitar pejabat aku ditutup untuk memberi laluan kepada acara Le Tour de Langkawi. Hari ni peringkat ke-4 yaitu dari Gua Musang ke Kota Bharu. Jarak kayuhan 178.1km...pergh! jauh betul tu, aku pun boleh...boleh pengsan! ....hahaha! Mereka dijangka sampai ke KB pada pukul 3.30 ptg nanti...

Fakta stage kali nie:
Stage 4 - Gua Musang - Kota Bharu
Start Time : 1100 hrs
Start Venue : Jalan Pulai, Gua Musang
Nuetralised Section : 9.7 km
Stage Distance : 178.1 km
Finish Venue : Jalan Stadium, Kota Bharu

Pagi nie aku kena pergi ke pjbt istana, jumpa PID. Yusri pun ada sama. Kami bincang pasal pelan bangunan tambahan Istana Balai Besar. Malam nanti kena sembah kepada Raja Perempuan. Bagi beliau tenguk dan mohon perkenan dari beliau.
Sebelum balik, aku minta PID tandatangan surat kebenaran yang aku minta semalam. Sebelum keluar dari Istana Balai Besar, aku jenguk sekejap kat tapak projek membina guard house kat depan pintu masuk utama istana. Dah hampir 60% complete.

Balik pejabat, aku masuk kejap lepas tu banyak dok meninjau kerja kerja persiapan LTDL. Kali nie lebih meriah dari Jelajah Malaysia dahulu...maklumlah pada kali nie hampir 90% adalah peserta antarabangsa. Banyak gerai2 dibina termasuk yang jual pakaian dan sovenier dari penaja program nie. Niat nak beli shirt untuk dipakai buat ride nanti tapi colour dia aku tak berkenan. Aku tak beli apa apa pun...just buat window shopping ajer lah!

Masa yang ditunggu dah tiba, pengumuman dari pihak urus setia semua para peserta sekarang dah memasuki bandar Kota Bharu. Penonton menjadi semakin ghairah untuk melihat ketibaan para peserta. Helikopter berligar diruang angkasa bandar KB. Suasa sungguh bingit dengan sorakan dan bunyi pukulan papan iklan oleh para penonton yang berbaris di kiri kanan jalan. Muzik tradiosional seperti kertok, rebana dan lagu tema LTDL dimainkan serentak...sunguh bingit sekali. Aku bernasib baik dapat port yang baik, itupun tepaksa aku panjat flower box MPKB. Aku berada 50 m dari tempat penamat. Manusia tak payah cakap lah...bila diumum semakin dekat,semakin kuat paluan dan sorakan dari penonton...sampaikan aku sendiri pun naik syeh...hehehe!

Tu dia peserta dak menampakkan diri...para penonton makin jadi tak keruan,kesian pada pasukan keselamatan yang terpaksa berkejar kesana sini mengawal gelagat para penonton supaya tidak menganggu ketibaan peserta tidak terganggu. Maklumlah 1 km akhir adalah kawasan pecut! kayuhan para peserta kat area nie mencecah 90km sejam!!!

Semakin hampir peserta ke garisan penamat penamat semakin suasana makin gamat, bila sampai 30m terakhir satu kemalangan berlaku. Ada peserta yang tak dapat mengawal basikal nya lalu terjatuh! mana yang sempat mengelak...mengelak bagi yang tak sempat, langgar terus. 2 peserta yang cedera teruk, basikal mereka terbarai kat atas jalan. Kemalngan nie dekat ajer dengan tempat aku berdiri...tapi bila keluar kat berita tv, tak nampak. Mereka zoom kat area kemalangan ajer, kalau dia ambil wide, mesti ko orang semua nampak aku...hehehe!

STAGE 4 - Results Summary

Gua Musang - Kota Bharu 05 February 2007
Issued: 05 Feb 2007, 16:40

Stage 1: Loddo,Alberto (Serramenti PVC Diquigiovanni)
2: Richeze,Maximiliano (Ceramiche Panaria Navigare)
3: Impey,Daryl (South Africa)
Overall
Overall 1: Charteau,Anthony (Crédit Agricole)
2: Pedraza,Walter (Serramenti PVC Diquigiovanni)
3: Voeckler,Thomas (Équipe Bouygues Telecom)
Leading Asian Riders
Leading Asian 1: Askari,Hossein (Giant Asia Racing Team)
2: Doi,Yokihiro (Skil Shimano)
3: Abbas,Saeiditanha (Azad University Team)
Points
Points 1: Loddo,Alberto (Serramenti PVC Diquigiovanni)
2: Richeze,Maximiliano (Ceramiche Panaria Navigare)
3: Huff,Brad (Team Slipstream)
King of the Mountains - Raja Bukit
Mountains 1: Charteau,Anthony (Crédit Agricole)
2: Pedraza,Walter (Serramenti PVC Diquigiovanni)
3: Fukushima,Koji (Nippo-Meitan Hompo)

note: gambar yang aku snap sekitar acara ini akan aku upload lenkali...kamera tu member aku ambil

No comments:

Post a Comment