Cuti Raya Cina Nanti

Sampai pejabat,tenguk2 pintu belum dibuka lagi...sms ke Aida, dia kata dia demam...semalam dia bagitau aku, dwg2 yang aku suruh buat tu hilang dari thumdrive dia. Mungkin semalam dia terpaksa buat balik dan tidur lewat..!!!

Aku ke JUPEM, beli CP tapak muzium perang. Aku nak tenguk dia punya boundaries. Pihak muzium negeri suruh buat pagar batu sekeliling kawasan dia. Sekarang nie dah ada pagar tapi pagar chainlink ajer..! teramatlah tidak sesuainya sebagai salah satu tempat kunjungan para pelancung dari dalam dan luar negara.

Aku pergi ke pej. Yus Construction, buat kerja kat situ.

Tengahari lunch kat kedai makan nasi kukus abg. mie,depan JKR tu...ajak Wan sekali.

Miss Wee dari LYK call, dia bagitau check aku sudah siap...best! best! ptg. nanti aku singgah ambik tapi tak sempat lar..! besuk pagi ajelah...

Aku singgah kedai basikal wan, beli accesories utk. basikal aku...satu beg kechil dan tiub sebagai spare...semalam dah beli pump dan tight pant. Habis seratus lebih.

Cuti raya cina nanti, aku nak bawak balik basikal aku nie. Aku nak buat offroad sikit. Kat sana kawasan dia berbukit dan dipenuhi dengan ladang getah dan yang bestnya aku nak ride sampai ke Lata Berangin..! kalau ada geng lagi best...ahhh! tak kisah lah aku sorang pun kira jadik...janji roccckkk!

3 comments:

Ray said...

Maaf ambo ngaccha ..

Sor soalan,
setiap renovasi atau projek yang melibatkan imej setempat, adakah pernah dikaji dan didengar pandangan pelawat luar atau orang tempatan terlebih dahulu ? Atau ada consult pakar ? Kor kirgho atah Boh Besaa surghuh jah ?

Bukae gappo. Just curious.
Sebab lately, ambo ghasso tak sedap hati jah bila kelih kor bendo bendo hok ado kat KB lonih.

zouls said...

dalam kerja konservasi bangunan kita melibatkan semua spt pakar perunding,arkeologist,konservator. Mereka mereka ini akan membuat lapuran dan kajian dari segi sejarah penggunaan masa lampau,fungsi bangunan termasuk sejarah reka bentuk awal bangunan tersebut.

contoh kerja2 konservasi yang sedang berlaku di kota bharu ialah Muzium Islam kat istan balai besar tu...tapi itu tak menyeluruh sekadar kita cat balik dan tukar dia punya atap.kalau nak tahu lebih lanjut saya ada kat sana pada hari rabu nie,sebelah pagi atau email saya kifly98@gmail.com
...thank you!

Anonymous said...

Abe kito, ghano nok bui ssapa kor Lata Berangin ? Dengaa sokmo tapi tok tahu alik mano nyor tepak. Boleh oyak secaro detail jalan nok gi situ dok ? Masuk kot mano pah tuh kot mano.

timo kasih.

Post a Comment