Pukul 7:30am semalam aku dan Saiful dah ready tunggu geng2 basikal kat pasar Kubang Kerian.Biasanya dia orang akan berkumpul kat sini dulu sebelum memilih route.
Sambil tunggu dia orang, aku masuk kedai kopi...sarapan dulu.

Pukul 8:00am masih lagi tak nampak batang hidung dia orang nie,jadi aku kayuh dengan saiful ajer lah melalui cabang 4 binjai-pauh lima-bekelam-jelawat terus menuju ke pantai irama bachok. Pukul 9:00am lebih aku sampai kat pantai irama. Sambil lepak dan tunggu saiful, barulah muncul geng geng basikal dari cabang 4 cherang nie. Dia orang pun kena tunggu member2 yang lain. Aku dan saiful joint geng dia orang yang jumlahnya lebihkurang 20 orang sambil minum kat gerai tepi pantai tu...angin kuat betul,tak sampai setengah jam, kita orang semua kesejukan!

Pukul 10:15am kita orang bertolak balik melalui perupok,tawang,kedai lalat. Aku follow ajer...kayuh ramai ramai nie best gak,tak lah rasa letih sangat. Sampai kat kg balai dah jadi dua kelompok.4 orang dah ada kat kelompok yang depan sekali, aku pecut nak joint group depan tu...saiful pun ada sama, laju gak kayuhan mereka nie semua. Dalam group depan nie ada seorang budak dan juga seorang pakcik...aku agak2 umur dia nie dah 60 tahun lebih, tapi dia punya kayuhan laju betul...aku respek betul lah kat pakcik nie..! aku follow belakang dia.

Sampai kat kg budi,aku nengok ke belakang si saiful dah hilang...sampailah aku berpisah dengan dia orang semua kat simpang 4 panji masa aku route kerumah aku di bandar baru kubang kerian.

Fuuhhhh..! letih betul aku dibuatnya tapi best betul berkayuh pada hari nie. Bila aku tenguk top speed yang aku buat pada ari nie mencecah 37km/jam...rekod baru nie! pas nie aku nak kayuhan aku tu biar lebih 40km/j...tapi buleh ke? Aku skrg pakai basikal jenis montain bike. Basikal jenis nie bukan untuk speed tapi untuk kayuhan lasak, kalau yang jenis racing tu senang2 dapat cecah 40-50km/j. Sekarang pasang angan angan nak ambik yang jenis racing plak... hehehe!

Belah petang, aku relax ajer kat depan tv...badan masih lagi tak hilang letihnya. Henpon aku asyik dok berdering dari tadi lagi, aku tahu dari siapa call tu...sebab ptg nie aku ada appointment dengan orang kat bandar kb. Malas pulak rasanya nak pergi,sebab tu aku tak angkat bila hepone aku berdering. Ada ler 6 miss call...aku pergi juga tapi lepas asar... ok jugak ler tu sebab aku janji dengan mereka lepas jumaat tapi pukul berapa tu aku tak beritahu...kan asar tu lepas jumaat...

No comments:

Post a Comment