Ke Pekan Golok, Thailand.

23/02/07 - Jumaat
----------------------
Bunyi suara orang mengaji al-quran dari masjid berdekatan mengejutkan aku dari tidur. Bila chelik ajer mata, aku terus bingkas bangun...kalau aku peram lagi, jawabnya solat subuh gajah jadiknya...aku tenguk henpone aku ada mesej...mmg aku dah agak kalau pagi pagi minggu macam nie, ini mesti dari saiful yang nak tanya aku kayuh basikal ke tak pagi nie...mmg niat aku, pagi nie aku nak berkayuh ke pantai irama Bachok tapi ila aku baca mesej yang dihantar oleh nya...dia suruh aku bersiap siap, pukul 10 pagi nanti dia akan datang jemput aku kat rumah. Dia nak ajak aku pergi pekan Golok. Hasrat aku nak berkayuh pagi nie, aku cancelled!
Pukul 10 lebih dia datang ambil aku pergi ke Istana Mahkota, sebab kita orang menyeberang nanti dengan van istana. Tujuan nya ialah nak hantar kad jemputan dari KDYMM Al-Sultan kepada sanak saudara, sahabat taulan dan juga kenalan sempena hari keputeraan KDYMM Al-Sultan pada hujung bulan march nanti. Paksu Pauzi-driver istana dan Abg. Man-security istana dah menunggu kami. Pukul 11 kita orang semua bertolak ke rantau panjang tapi sebelum tu kami singgah kat kediaman rasmi En. Fauzi merangkap DO Pasir Mas sebab nak hantar tukang masak istana kesitu. Hari nie Tuanku akan solat jumaat dimasjid Tok Uban, Pasir Mas. Balik dari solat jumaat nanti Tuanku akan singgah makan kat sini.
Pintu masuk ke seberang sana penuh sesak dengan kenderaan dari Malaysia yang nak menyeberang. Aku sebenarnya bimbang juga nak pergi ke pekan golok, maklum lah sekarang nie 4 wilayah selatan thai sedang bergolak. Bom meletup sini sana...sehari sebelum tu ada serangan bom kat Yala. Golok pun tak terkecuali...harap harap kami semua tak di timpa musibah. Van kami park kat depan kedai kain. Towkey kedai nie dah 15 tahun jadi orang perantara istana. Aku usung kotak yang berisi kad jemputan dari Tuanku kedalam kedai beliau. Bangsa cina kat sini fasih berbahasa thai selain dari bahasa ibunda mereka sama seperti bangsa cina kat Indonesia...cuma bangsa cina kat Malaysia ajer yang tak fasih berbahasa Melayu walaupun dah tinggal kat sini 60 tahun..! walaupun tak semua nya mcm tu tapi majoritinya macam tu lah...salah siapa?
Selepas selesai urusan, aku dan saiful merayau rayau ka pekan tu... aku masuk kedai buku kat situ dan beli buku koleksi pelan. Bukunya tebal dan full colour. Hardcover lagik...harganya 375 bath bersamaan RM37.50 sen ajer!
Merayap kedai pakaian pula, saiful beli t-shirt...lepas tu masuk kedai basikal. Aku beli glove dan seluar. Semuanya B1280...sedar sedar duit dah habis, sehingga nak beli beras 2 kampit pun terpaksa aku pinjam dengan saiful...hehehe!
Paksu Fauzi dan Abg. Man entah kemana menghilang...bila aku sampai kat kedai towkey tu, dia orang belum lagi sampai.
Pukul 4 ptg, kami balik. Perut dah lapar...tadi masa nak makan kat sana dia orang kata tak payah sebab kita nak singgah makan kat rumah DO. Bila sampai kediaman rasmi DO, rombongan Tuanku dah berlepas pulang. Lepas makan dan angkut barang barang kat situ, kami semua balik ke KB.
Pukul 6 ptg baru sampai kat rumah tapi nak masuk tak boleh sebab orang rumah aku pergi ke rumah kakak dia kat Pasir Mas. Bersusah payah aku pinjam tangga dngan Abg. Din. Panjat pakai tangga, kalau orang lain tenguk tentu dia kata aku nie pencuri ke apa...hahaha!

No comments:

Post a Comment