Kembali Online

Balik cuti raya cina beberapa hari lepas...aku terus terkam ke pc aku utk online tapi hampa sekali tak dapat nak log in plak dahhhh! apa ke heiiii pulak niiii...aku angkat ganggang telepon aku...ceh! line kena blok...hehehe..! besuk kena ke telekom,bagi setel semua hutang piutang aku tu...at last telekom plak terhutang dengan aku RM100 lebih...line dah ok tapi susah plak nak log in, kalau dapat pun line lembab mcm siput kebulur 44 hari..! nak masuk blog aku pun tak dapat...hampeh betul! Baru sekarang nampak ok sikit.
16/02/07 - Jumaat
----------------------
Lepas Jumaat, aku sekeluarga balik kampung aku kat Ketereh. Aku bawak balik basikal aku tu.
Malamnya pula ada mesyuarat agung parti kat madrasah Pak Muda Roni.
17/02/07 - Sabtu
--------------------
Wan Safei buat kenduri kahwin anak dia. Lepas ngelee dengan Wan, aku sekeluarga balik kg. orang rumah aku plak kat Chenulang,K.rai. Sampai ajer kat sana aku terus pasang basikal aku tu... pusing pusing kampung ajer..! test basikal.
Che'gu Baidi (biras) yang dok kat B'worth pun ada balik.
18/02/07 - Ahad
-------------------
Pagi nie niat nak gi ke Lata Mok Nenek tapi tak jadi sebab hari nie ada kenduri kahwin anak Pak Ngah kat Bechah Kelubi, Pasir Mas. Semuanya pergi...kalau aku tak pergi,tak kena sakan plak.
19/02/07 - Isnin
-------------------
Ride For Fun - aku buat entry khas untuk nie..!
21/02/07 - Rabu
-------------------
Hari nie baru masuk pjbt setelah 5 hari aku rehat panjang. Lepas letak beg,aku terus keluar, pergi print rumah customer aku. Dia orang nak datang tenguk pkl 10 nanti. Lepas kerja print memerint selesai, aku ajak Lah,Kamal dan Zul sarapan kat Wisma Yakin. Lepas makan aku terus balik pjbt.
Hari nie aku ada temujanji dengan En. Dasuki-Timb. Pengarah (Pengurusan) HRPZ II, pasal tapak Tabung Darah Wilayah Timur. Kena tunggu Ustaz Zahari dulu, sebab dia nie yang pegang amanah pasal tanah tersebut. Pkl 10 lebih baru dia dtg...kita orang berdua terus ke pjbt. En. Dasuki. Borak punya borak...terima call dari customer aku, dia ada kat pjt aku dah. Hampir pukul 12 t/hari aku minta diri. Nak makan t/hari dgn ustaz zahari pun tak sempat..! lain kali ajelah ustaz yer...
Hari nie sebuk betul...mkn t/hari pukul 3 ptg dan satu lagi task tak sempat aku buat hari nie, yaitu nak buat kerja ukur kat Istana Batu. Terpaksa lah tunda ke besok pagi.
Petang nya pulak aku mcm biasalah...gateh basikal. Hari nie aku dengan Saiful ke Pantai Senok.
22/02/07 - Khamis
----------------------
Masuk pjbt kejap, lepas tu ke Istana Batu, jumpa dengan Din. Dia nie kerja kat sini. Senang sikit kerja aku. Lepas ambil gambar dan ukur, aku ajak Din pergi minum kat kedai makan Din Tokyo.
Yie call aku...dia nak aku buat site plan proposal untuk tapak rumah YMM Raja Perempuan. Ptg. nie dia mahu aku siapkan sebab malam nanti dia mahu sembah kepada YMM Raja Perempuan untuk di beri komen. Pkl. 3pm lebih, plan tu pun siap. Aku terus ke pejabat Yie kat Telipot tu untuk buat print...tapi tak dapat,sebab Saiful bawa balik laptop pulah dahhhh...kena pergi print kat Lah juga nampaknya. Nasi baik dia masih lagi ada kat pjbt. dia.
Sebelum melangkah naik ke pejabat dia, aku makan 't/hari' dulu kat kedai 'Meena Curry'. Bila siap aku buat print, OTW nak hantar dwg nie, aku singgah kat kedai sukan, beli tight pant.
Bila semuanya selesai, aku balik pejabat,kemaskan barang...chowwww!
Gateh basikal ke Peringat-Pauh Lima-Cbg. 4 Binjai-Kedai Lalat-Demit. 30 kilo lebih.

No comments:

Post a Comment