Berbulu Di Mata

Petang semalam aku dan Saiful dah set nak kayuh basikal. Aku tunggu tempat biasa. Janji pukul 6pm tapi dia lewat 15 minit...so tak dapatlah kami nak ke Pantai Senok. Kalau pergi jugak, sampai rumah nanti mesti waktu maghrib dah banyak. Kami pun ambil keputusan ikut jalan Pantai Sabak dan buat 'landing' kat tepi padang airport Peng. Chepa.
Dalam perjalanan, serempak dengan 2 orang geng cabang 4 Tapang. Dia potong aku sambil bagi signal. Aku follow dia orang dari belakang. Sorang tu pakai MTB dan seorang lagi pakai 'basikal Jepun'. Tak lama kedian, yang pakai MTB tu memecut. Aku follow dari belakang ajer member dia yang sorang lagi. Kayuhan dia tak berapa laju, maklumlah basikal Jepun mana nak laju stakat nak gateh sambil makan angin tu boleh lah. Teman dia dah 100 meter ke hadapan. Sampai kat Padang Polo, aku pun bagi signal nak potong dan cuba kejar member yang kat depan tu, fuuhhh! nak putus nafas dibuatnya. Dapat juga ikut rapat belakang dia tapi aku tak potong, nanti dia kata aku nie nak tunjuk kuat pulak. Aku follow ajer dari belakang sampai ke simpang 4 Pantai Sabak. kami berdua rehat kejap sambil tunggu Saiful.
Dalam perjalanan menuju ke airport, aku pulak yang pecut dok kat depan. Sampai depan airport aku singgah kat kedai beli 100 plus sambil tunggu Saiful lagi...kami berehat tepi pagar airport sambil dok minum mengilangkan kekeringan tekak.
Aku lepak depan sebuah kereta. Dalam tu aku tenguk ada perempuan tapi ada 4 kaki yang keluar. Budak perempuan tu tertunduk tunduk.Rupa rupanya dia orang dok #@#%$&! kalau yer pun pilih lah tempat lain, kawasan nie orang ramai. Aku tenguk ajer kat kereta dia orang tapi dia orang buat derk ajer...kalau lah time tu aku tahu no. telipon unit AMRU mesti aku call dia orang punya...bengang betul aku.
Kalau kau orang nak tahu org dlm kereta sedang buat perkara tak elok senang ajer...kalau kau tenguk yang perempuan dok kat tempat pemandu. Ini taktik untuk mengabui mata orang ramai ajer tapi sebenarnya tidak, lebih lebih lagi kalau dia park kereta dia jauh dari orang. Confirm dalam tu ada 'temam' sebab tak kan lah orang perempuan nak park kereta dia jauh jauh dari orang ramai kan bahaya tu..! lagi pun kedudukan begini mmg menjadi favourite dia orang. Kenapa..? hehehe... aku tak nak jawap, ko tanyalah orang lain, kalau aku bagitau nanti tak pasal pasal kau orang tuduh aku nie pakar dalam hal nie...tak gitu geng! aku nie tak pernah buat perkara tak senonoh mcm tu...minta dijauhkan, simpang malaikat 44!

3 comments:

nagacute said...

aku x phm.. kalo pempuan tu lam keta cmne ada 4 kaki keluar tuh? aku x phm ar...

zouls said...

maksud nya...kaki yang dua lagi tu kepunyaan balak dia. Balak dia tak nampak sebab dia baring...

kujie said...

sy pn x fhm posisi yg di maksudkan...girl tu kt tmpat driver...so mcm mane blh nmpk kaki..dia org buka pintu ke..kaki berjuntai keluar...or..kaki tu leh nmpk smpai kt atas dashboard..issshh...sy x pernah terfikir mcm mane posisi dating dlm kereta ni, sbb tak der pengalaman mcm tu..hehehehe

Post a Comment