Ride For Fun

Pada pagi nie kita orang semua akan pergi berkelah ke Lata Mok Nenek. Lebih kurang 8 @ 9 km dari sini. Jalan nya pula, sekerat premix dan selebihnya jalan tanah. Kalau musim hujan tak boleh masuk kesitu...jalan jadi licin dan amat berbahaya sekali. Kenderaan yang boleh kesana hanyalah 4x4 vehicle...

Che'gu Baidi drive Landrover dan Nazrie (adik ipar) drive van pick-up. Kanak kanak semuanya naik Landrover. Mak dan bapak budak naik van pick-up. Penuh..! macam indon nak pergi kerja rumah batu lagak nya. Separuh dari van penuh dengan makanan yang dah masak dan tak masak lagi...hehehe!

Aku pulak...kayuh basikal aku ajer! aku bertolak dahulu. Semua orang kampung tu hairan bila tenguk aku kayuh basikal...mana taknya, aku siap pakai helmet,glove dan safety suite. 3 kilometer pertama jalan nya bertar dan landai hingga ke perkampungan peneroka Kesedar. Bila sampai kat sini, jalan tanah dan berbatu pun bermula. Aku mula memasukki kebun getah dan kawasan berbukit yang cerun nya kadang2 sampai 30 darjah! aku setkan gear basikal aku tu kepada F2/B4 kira yang paling rengan tu...tapi tak terdaki juga dibuatnya, so terpaksalah aku berjalan sambil dorong basikal. Sampai ajer kat puncak...fuhh! fuhh..! termengah mengah aku menyedut oksigen seberapa banyak yang mungkin. Adalah 2,3 tempat aku terpaksa menapak masa mendaki. Bila time menurun cerun...berkeriut bunyi brake basikal aku. Bimbang jugak aku, kalau dibuatnya kabel brake aku tu putus...kang tak pasal pasal aku terjelapak mencium batu...tapi itu semua adalah cabaran, lagi banyak cabaran lagi best...! inilah dunia offroad. Hanya mereka yang minat ajer tahu betapa nikmatnya kayuh basikal dalam bukit..!

Setelah bersusah payah dalam perjalanan, aku pun sampailah kat tepi sungai. Air nya jernih dan cetek takat betis ajer! Aku park basikal aku kat situ kemudian aku lesap kat dalam semak tepi sungai tu jap...
Hampir setengah jam aku dok sini,barulah bunyik kenderaan dia orang...adik ipar aku tak berani nak bawa menyeerang van pick-up dia...takut sangkut kat tengah sungai nanti...nayaaa!
Terpaksalah kena angkut dia orang semua dengan landrover. Ada sat lagi tempat yang perlu di di daki, kat sini aku terpaksa menapak naik...tinggi betul! bila lepas ajer...dah kedengaran bunyi deruan air yang mengalir...

Selepas pilih tempat dan bawa turun bekal, aku terus berendam dalam air yang sejuknya mcm aissss...nyaman betul! Aku, Ustaz Ya dan Yie menyusur anak sungai, kita orang nak pergi kat tempat dimana punca bekalan air penduduk kampung di ambil, kena redah hutan 15 minit,kemudian barulah sampai kat tempat yang dituju. Kat sini sebenar nya ada 2 lagi air terjun, tapi yang satu tu jauh ke dalam hutan tapi air terjun nya setinggi 4 tingkat bangunan. Aku tak pergi, sebab kesuntukan masa...lagi pun aku takut SESAT! Adik ipar aku pernah sampai kat sini...nanti lah satu hari nanti aku nak buat xpdc khusus ke air terjun nie... tempat yang kai pergi nie pun tak kurang hebatnya...ada kolam yang besar dan air nya dalam dan berwarna hijau tapi sayang sekali aku tak bawa kamera..!
Dalam perjalanan pulang, ustaz Ya sibuk suruh aku teman kan dia cari teras beluru. Dia mahu buat tasbih, katanya tasbih dari teras beluru mmg mahal hingga mencecah RM800 untuk yang 100 biji..! Dia nie mmg peminat benda2 mcm nie, aku pulak kurenggggg! tapi aku ikut dia juga.

Lepas makan nasi,aku sambung lagi xtxt bermain air...anak lelaki aku yang kecil tu bukan main suka lagi...macam itik dapat air tapi aku tak bagi sangat dia bermain air bukit...takut demam! Abang dia pula, aku tenguk dah moyok...malam nanti sah demam!


Hampir 3 jam jugak kita orang dok berkelah kat situ...aku bertolak awal dari mereka. Dalam perjalanan balik sempat lah aku snap beberapa keping gambar untuk ditunjukkan pada geng2 aku kat bandar KB nanti...aku nak hasut mereka semua supaya buat xpdc berbasikal kat tempat nie...hehehe!

Sampai kat rumah aku terus bawa basikal aku tu ke sungai belakang kedai mertua aku tu...nak mandikan dia dan juga tuan nya sekali.. :-)


note: sila klik sini untuk lihat gambar2 yang aku ambik tu...

No comments:

Post a Comment