Pagi semalam aku balik kampung...kali nie aku kayuh basikal ajer balik kg aku. Sarapan dahulu kat Pasir Tumbuh...aahhhh! baru cerah bijik mata! Aku melalui jalan kg. Pangkal Pisang keluar ikut cabang 3 Chengal. Sampai kat kg. aku, aku tenguk pintu rumah abang aku masih lagi tertutup, jadi aku terus ke rumaha kakak aku. Relax jap! lepas tu aku pergi minum kat kedai makan Mamat Tipah...tempat lepak aku bila aku balik kampung aku...hehehe! yang ada kat situ Pak Chu. Aku tanya dia...kenal lagi tak? dia kata tak ingat anak sapa aku nie...maklumlah, pak chu nie umurnya dah nak hampir 80 tahun! aku bagitau kat dia, aku nie anak pak nik amat! Ooooo...anak pak nik amat, baru dia ingat. Beginilah situasi bila dah jadi golongan warga emas. Tak lama kemudian datang tok imam masjid kg aku...umur dia baya pak chu juga...lahir tahun 1938!

Part yang paling aku suka bila berbual dengan orang tua ialah kesah lampau hidup mereka. Kau orang percaya lah, kalau nak cakap dengan orang orang tua tapi tak ada idea apa nak cakap...cuba ko tanya pasal kisah hidup dia masa muda muda dulu, mesti dia layan punya.
Tok imam kg aku nie, masa muda2 dulu, dia suka tenguk wayang kat bandar KB. Semua panggung wayang semua dia tahu dok kat mana...mcm panggung Lido,Odeon,Rani,Rex dan Mina (panggung nie aku tak tahu letak kat kawasan mana, tapi sekarang semuanya telah tiada) Masa tu tiket hanya 50 sen sahaja...flat rate! siapa masuk awal dok depan. Nasi baru 10 sen sepinggan, airnya pulak 5-15 sen segelas. Aku tanya dia, pergi bandar naik bas atau kereta? Bas atau kereta? bukan lah...kayuh basikal ajer! Nak tambang kereta atau bas mana mampu lagipun masa tu mana ada bas dan kereta lagi kat kawasan nie. kalau ada RM1 dalam poket dah boleh pergi bandar Kota Bharu. Simple betul kehidupan dia orang masa tu.

Hampir sejam jugak aku dok layan mereka berdua. Sedang syik dok bersembang, Mat Imin JPJ datang. Aku balik kg. nie pun pasal dia lah...dia mahu aku buat pelan untuk rumah baru beliau.
OTW balik singgah kat tapak rumah beliau. Rupa rupanta hari nie, unit kawalan kg aku buat bubur asyura. 2 kawah.

Pkl. 4.00pm, aku pinjam motor abg ipar aku \,pergi ke Kadok, nak jumpa 2 lagi customer aku yang nak buat pelan rumah. Hampir 2 jam aku dok kat situ. Lepas semuanya puas hati baru lah aku minta diri. Niat hati masa balik nanti aku nak lalu ikut jalan Beta tapi memandangkan hari dah nak senja aku ikut jalan Melor ajerlah...dekat sikit...25km. Nak singgah kat tempat dia orang kacau bubur asyura pun tak sempat...OK geng! aku balik dulu...jumpa lagi next time!

2 comments:

kujie said...

jimat kos jumpe client nek sikal je...:p

zouls said...

not like that lah...Ku
ride for health only...hehehe!
my cholestrol dah melebehi paras amaran...bimbang sesangat takut diserang STROKE!!!

Post a Comment