Biadap Betul

Dalam rancangan SENSASI terbitan TV3 pada hari Rabu 30/01/2007. Dalam perbualan mengenai 'tidak sedar diri' yang di bicarakan bersama Awal dan Watie Elite, Awal telah bertanya mengenai 'anak-anak ikan' yang di bela oleh si Rosnah. Dengan selamba badak si Rosnah bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi dengan Siti Khadijah.

Kalau nak tau apa dia kata pergi sini:

http://www.youtube.com/watch?v=ey64PLmQuiI

Astaghfirullah..! tergamak dia guna perkataan "NAK MAMPOS" kepada Saidatina Siti Khadijah. Kurang ajar betul dia ni, bercakap mcm orang tak ada iman kat dalam hati. Kalau aku tanya ko orang semua, sanggup tak ko orang menghina isteri Rasulullah?

Mencerca isteri Nabi, bererti mencerca Nabi. Jaga jaga, bukan semua benda boleh kita buat lawak dan main main.
Benarlah intipati tazkirah tuan guru...bilamana keluar daripada mulut mereka akan gambaran sesuatu yang menghina dan cercaan kepada junjungan besar nabi saw, keluarga dan para sahabat...yakinlah bahawa..di dalam hati mereka..jauh lebih dahsyat apa yang terucap di bibir.

1 comment:

Anonymous said...

Saya rasa dia tak bermaksud menghina.

Memang biasa bagi seseorang memiliki gaya ekspresi bahasa tak sama dengan orang lain walaupun maksudnya serupa. Lebih lebih lagi apabila melibatkan dialek dan kesopanan dalam penyampaian ( dalam loghat Kelantan : " kechek berghaluh " )

Sebagai contoh, orang Melaka memang terkenal dengan mengeluarkan ucapan yang "berat" semasa bersosial. Di kalangan mereka, itu tanda kemesraan. Tetapi bagi orang bukan asal Melaka, ucapan seperti " lahabau " dan " lahanat " bukannya boleh dibawa bermesra. Begitu juga semasa TG Nik Aziz menggunakan perkataan " Tuhan Gedebe ", mudah sahaja disalah erti oleh mereka yg bukan penutur loghat Kelantan. Lebih malang, insiden sebegitu telah dibuat senjata oleh mereka yg memiliki agenda politik terhadap beliau.

Dalam kes Rosnah Mat Aris ini, perkataan " NAK MAMPOS " itu, walaupun memang tak sesuai tapi jelas skali itu cuma gaya penyampaiannya sahaja dah rasanya tidak sampai maksud menghina.

Kesilapannya cuma satu, menggunakan penyampaian "kampung" seperti itu bilamana berhadapan dengan audience sepelusuk Malaysia. Olahan yang tak sesuai !

Hanya kerana itu, dia dicemuh.

I dont blame the critics.

Wallahu a'laam.

Post a Comment