Proposal

Petang semalam  ada temujanji dengan orang Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, pasal dia orang mahu tengok sebidang tanah kat Jalan Berek 12 yang aku rekomen kan ari tu. Kata nya dia orang mahu bina Pusat Tabung Darah Wilayah Timur kat sini.
Tanah nya seluas 4 ekar dan price yang owner suruh aku tawarkan ialah RM4 juta...kira murah dah tu. Memandangkan tanah tu berada dalam kawasan bandar dan berhampiran pulak dengan Hospital. Tempatnya amat strategik, segala kemudahan sudah ada seperti jalan, eletrik,sistem perparitan, telelkom...kira complete lar! kawasan bandar katakan. Mana nak cari tanah seluas tu sekarang kat kawasan bandar. Ada leceh nya kalau berurusan dengan gomen nie.
Pertama kena dapat kelulusan dari KP Hospital terlebih dahulu. Itu kira biasak la... pastu kena angkat ke KPTG untuk di buat penilaian harga. Biasakk nyer la, kalau penilaian dari gomen nie mesti under market value, lebih2 lagi tanah tu masih lagi status tanah pertanian.
Maybe dalam 2,3 juta ajer dia orang nilai. itu aku takesah,yang aku kesahkan satu ajer iaitu agar rekabentuk bentuk bangunan tu biar dapat kat company aku. Skrg dok tengah buat sketching bangunan tersebut.. 7 storey plus satu blok apartment 5 storey untuk kediaman kakitangan mereka. Kata dia orang projek nie bernilai RM120 juta...!!! dan akan bermula pada suku pertama tahun hadapan. Kena cepat nieee....


No comments:

Post a Comment