Forex

Ada sapa sapa kat sini yang pernah atau berurusan dengan Forex?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aku ada terbaca kat satu forum mengatakan sistem nie bagus,boleh buat kita cepat kaya ...bla!...bla! Kalau baca kat situ bunyik macam kacang ajer nak buat duit dan jadik kaya. Siap tulis satu e-book pasal Forex. Tang nie pun aku dah jadi tak berapa yakin, kenapa tulis e-book ajer kenapa tak tulis dalam buku yang betul dan jual kat kedai kedai buku yang berlambak kat Malaysia nih! kalau dapat best-seller macam buku Harry Porter tu...boleh jadi jutawan penulis buku tu...betul tak?
Nie dah ler kena order secara online, bukan nya murah RM150.00 sebuah pulak tu sebuah (terganggu fikiran dibuat nyer...) nak order buku tu kita kena ada account dengan e-gold plah dah! Saya tahu ler ini bussines zaman moden,semua dibuat secara online tapi bagi option ler boleh di beli kat kedai buku. Kurang2 boleh kita belek belek betul ke buku tu berinformasi dan boleh di pakai idea yang di tulis kat situ entah2 idea tahap garbage ajer! Aku ada jumpa satu blog yang iklan benda nie tapi bila nak hantar komen tak leh sebab option 'komen' dia tak letak kat bawah. Kenapa tak boleh komen,takut tak leh jawab ker? Kat situ pun kita dah dapat agak ada something yang ingin di sembuyikan...ko orang jenguk sendiri ler!
Aku bukan kondem sistem nie,sistem nie betul dan telah diguna pakai dah berkurun lama nya...kawan aku sendiri ader company yang urus pelaburan dalam forex nie,kadang2 tu aku lepak gak kat pejabat dia malam2. Aku setakat nie tak 'jatuh hati' nak melabur dalam forex nie sebab dah lar kena suntik modal kurang2 RM15 ribu!!
aku sendiri tak faham macam mana dia boleh buat kita untung,walaupun dia kata kita boleh buat untung sampai RM500 sehari! tapi setakat nie aku dok kat situ tak pernah yang dapat sebanyak tu...
Dia berbeza dengan saham. Dalam saham kita beli dahulu baru boleh jual. Sekiranya saham yang kita beli tu drop kita boleh simpan sampai dia naik kembali tapi sistem forex dia berlawanan dengan saham. Kita boleh jual lot kita tanpa perlu membeli terlebih dahulu tapi dia ada tempuh masa,sekiranya dalam waktu yang di tetapkan itu tiada buyer yang beli lot kita,terpaksa lah kita beli sendiri.Sebab tu lar kita kena ada deposit kurang2 RM15 ribu dalam akaun. Lagi besar, lagi elok...
Kesimpulan nya bila nak buat pelaburan,selidik dahulu kalau tak tahu belajar dahulu bagaimana satu2 sistem tu berjalan, kalau pakai dengar cakap orang baik tak payah. Baik kau orang bagi duit tu kat rumah anak yatim ada jugak faedahnya. Berfikir sebelum bertindal! itu yang sebaik baik nya.
Kalau apa yang aku kata kat atas tu salah sila perbetulkan...

No comments:

Post a Comment