Pemberi semangat...!!!

Pukul 2.30 ptg terima call dari Yie suruh saya dan Epu datang ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Nie apahal plak nie… nak kata aku ada kes saman, setahu aku tak ader. Sampai kat sana aku tengok ramai orang berkumpul di hadapan pintu masuk Bilik Majistret 1 (betul ker aku eja nie…) termasuklah wartawan dan pemberita dari stesyen TV ada kat situ. Dalam hati kata nie mesti ada kes besar… Aku pergi jumpa Yie kat kantin Mahkamah. Lepas minum kat situ, pergi ke Bilik Majesterik 1.Untuk pengetahuan kau orang BM1 nie bilik YAM Tengku Amalin A’ishah Putri yaitu puteri bongsu kepada Al-Sultan Kelantan yang baru baru nie telah di lantik menjadi Majesterik Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Beliau menjadi Majistret Wanita yang pertama di Kelantan.

Masuk pejabat dia,tenguk tenguk Tengku Adnan pun ada sekali, beliau nie sepupu kepada Tengku Amalin. Lepas tu beliau suruh kita orang semua masuk ke kamar bicara. Kat situ barulah aku tahu, kami semua telah di kerah untuk memberi sokongan moral ataupun lebih tepat lagi sebagai pemberi semangat kepada YAM Tengku Amalin bagi mengendalikan perbicaraan kes Dato’ Nik Sapea yang telah dituduh menyembur gas pemedih mata di Lapangan terbang Sultan Ismail, masa Tun Mahathir melawat Kelantan baru baru nie…laarrrr! aku ingatkan aper tadi lagipun hari nie baru hendak menetapkan tarikh perbicaraan sekiranya Dato' Nik Sapea mengaku tak bersalah, bukan nya mengendalikan perbicaraan lagi...tapi tak aper Tengku, pas nie kalau Tengku mahu bawa kumpulan Pom Pom pun saya boleh uruskan...!!!

Masa kat dalam mahkamah sambil menunggu ketibaan defendan sempat aku tanya Ku Nan, selama nie Tengku Amalin tak pernah mengadili perbicaraan ke? Ada…tapi kes yang kecil kecil ajer! Tapi hari nie kes melibatkan seorang berpangkat Dato’ jadi dia rasa gubra tu lebih sedikit…jadi bila dia lihat dalam mahkamah ada muka2 yang beliau kenal, turun lah sikit suhu gubra beliau…tak aper lah tapi pas nie Tengku kena belanja kami semua makan kat food court Kg. Kraftangan deh!

Bahasa istana:
Bila berbicara dengan Sultan dan Raja Perempuan kita kena bahasakan diri kita - Patik
Bila berbicara dengan puteri/putera Sultan kita kena bahasakan diri kita - Tengku
Bila berbichara dengan kaum kerabat Sultan kita kena bahasakan diri kita - Nya
Begitu juga kalau sesama mereka berbicara.

3 comments:

neeziee said...

jangan lupa belanja aku sekali.ahaks

zouls said...

neeziee:
boleh...boleh! apa kata kita pekena popia stadium? best wooo!

kujie said...

owhh...ni big case nie...dibicara dpn big person gak..hehehe...

Post a Comment