Musim kahwin dah bermula...

Sebelah pagi,pergi ke Tanah Merah dengan Yie. Dia nak jumpa dengan dengan anak saudara saya pasal balak kayu chengal yang nak di buat 'buah gutong' untuk Masjid Kg. Laut. Kalau ko orang nak tahu 'buah gutong' nie adalah istilah yang diberi oleh para tukang rumah zaman dahulu kepada satu binaan berukir yang berbentuk bulat yang diletak di kemuncak atap bagi sesebuah masjid. Ia di perbuat dari pelbagai bahan seperti simen, tempayan tapi yang ialah dari kayu. Kayu nya pulak mesti dari yang tahan hujan dan panas dalam jangka masa yang lama. Kayu yang sesuai sekali untuk di buat 'buah guntong' ialah chengal dan juga seraya kitan...stop!
Sampai kat TM pukul 11 pagi, tunggu dia sekejap pastu terpaksa tunggu towkey sawmill...dia yang tahu kat sawmill mana kayu tu di simpan, sawmill nya pulak bukan di sini tapi nnuuunnn jauh kat Jeli...adalah lebih kurang 90 km lagi dari TM.
Kira tak payah gi nengok ler kayu tu, kita org serah pd haji tu yang uruskan, sebab kita ada jemputan kenduri kahwin kat tempat masing2...kalau pergi tak sempat plak! Tanya rega berapa rega untuk kayu chengal tersebut yang panjang nya 3 kaki dengan u/lilit 53 inci tu...dia orang letak RM5000 ribu. Tak bolih kurang kata nya. OK lah, suruh dia orang antar kat tukang larik di Rantau Panjang. Upah bagi melarik nya pula tak tahu ler berapa...
Balik, singgah kat opeh kejap pas tu terus ke balik ke kampung. Hari nie ada kenduri kesyukuran sempana majlis perkahwinan anak perempuan Haji Barudin, Pengarah Pemasaran LTN. Lama jugak dok kat situ,maklum lah jumpa member member lama. Jumpa dengan Noni, anak saudara aku...tanya pasal temuduga KPLI dia. Dia kena temuduga kat MPKB pada 12/9 nanti, tahun lepas pun dia dapat temuduga tapi tak dapat. Dekat nak masuk waktu Asar baru balik.
Dalam perjalanan balik, singgah kat rumah kakak dulu. Dia orang tak ader pergi sembahyang asar kat surau, Aku plak naik kat rumah, ambil towel terus mandi! Panas betul hari nie...
Pukul 5 balik ke KB, masuk pejabat ambil laptop terus blah! body pun dah letih...
Malam, lepak dengan Zuki kat port biasa. Pas tu ke Pasir Tumboh nak beli kopi tapi kedai nya tak bukak. Balik kat rumah Jiji dah menunggu kat situ...ajak dia makan telur masak separuh kat Tg. Chat. Kereta banyak sungguh, maklum ler dekat dengan tapak Perkampungan Hadhari anjuran TV9. Aku tak pergi....malas lah kalau berasak asak nie, leceh! borka2 kat situ dengan sorang lagi member dia dari RISDA tapi bulan depan dia kena transfer ke Trengganu...!
Jadual jemputan kahwin:
20/9 - ada 2 jemputan
22/9 - ada 1
25/9 - ada 1 kat Negeri Sembilan. Majlis bertunang anak saudara.
26/9 - ada 2, yang nie sah tak sempat pergi!

No comments:

Post a Comment