Masjid tertua di Nusantara

Syarikat saya telah dilantik oleh pihak Muzium negeri Kelantan sebagai consultant bagi menyediakan lapuran bagi menilai kerusakan masjid tersebut dan juga menaik taraf kemudahan yang telah sediada di kawasan tersebut.Aku kat sini akan story secara rengkas pasal masjid nie walaupun tak detail sangat.

Sejarah Awal:

Masjid Kampung Laut adalah salah sebuah masjid kayu yang tertua di negeri Kelantan dan juga di Malaysia.Dalam abad ke-18,Kelantan menjadi tumpuan orang-orang Campa yang datang belajar dan mendalami hukum-hukum Islam termasuklah Khatib Sumat yang terkenal dalam sejarah Islam di Campa. Mengikut cerita daripada masyarakat tempatan bahawa dalam pelayaran tersebut bila mereka tiba diperairan Kuala Kelantan, kapal yang mereka naiki bocor dan dimasuki air. Lalu mereka bernazar jika jika kapal mereka selamat sampai kedarat yang terdekat, mereka akan mendirikan sebuah masjid di tempat tersebut. Dengan ditakdirkan Allah. S.W.T. mereka selamat sampai ke daratan disebelah timur Kampung Laut.

Di situ, mereka telah mendirikan sebuah masjid dengan pertolongan dan sokongan masyarakat setempat untuk membayar nazar mereka.Dipercayai kumpulan alim ulama tersebut juga merupakan dari kumpulan yang sama telah membina masjid-masjid di Campa dan Demak,kerana pelan dan bentuk bangunan masjid tersebut hampir sama dengan Masjid Kampung Laut.

Pada asalnya Masjid ini terletak di Kg. Laut, berhampiran tebing Sungai Kelantan.Pada akhir tahun 1967, tebing Sg. Kelantan mengalami hakisan akibat banjir besar yang telah menyebabkan sebahagian Masjid tersebut rosak. Dan pada November 1968, Masjid tersebut telah dipindahkan ke Kg.Nilam Puri,kira kira 14 km jauh nya dari tapak asal yaitu berhadapan dengan Fakulti Pengajian Islam University Malaya.
Peta kedudukan asal masjid Kg.Laut
Fungsi Bangunan:

Sehingga tahun 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. Kerajaan Negeri telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat yang lebih selamat. Pada November 1967, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia di Muzium Negara telah merombak bangunan Masjid Kampung Laut dan membina semula di tapak barunya di Nilam Puri mengikut bentuk yang asalnya serta menggunakan semua bahan yang lama seberapa yang boleh. Walau bagaimana pun,hanya sebahagian ruang utama masjid sahaja yang dapat didirikan semula.

Sehingga terdapat beberapa bahan asal masih bolih di lihat di Masjid Kg. Laut Baru di tapak asalnya di Kg. Laut,Palekbang,Tumpat.Kini kolah asal yang diperbuat dari batu granite masih lagi boleh digunakan sebagai storage untuk jemaah mengambil wuduk. Asalnya terdapat 2 buah kolah,satu dapat diselamatkan dan satu lagi tenggelam dalam Sg. Kelantan.
Mimbar masjid masih digunakan sampai sekarang dan juga beduk.

Masjid Kg Laut pada masa dahulu. Rosak kerana hakisan banjir besar tahun 1967

Masjid Kg. Laut sekarang

Pada tahun 1970 Masjid ini telah letak bawah pengelolaan Perbadanan Muzium Negeri,ia bertindak sebagai dwi fungsi iaitu sebagai tempat ibadat bagi yang beragama Islam sehingga sekarang dan juga sebagai bahan sejarah sebagai Masjid Kayu yang tertua di Malaysia yang di anggarkan berusia lebih 300 tahun.

SeniBina Masjid:

Masjid ini mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan pada asalnya tidak menggunakan sebarang paku,potongan kayu dan buluh digunakan sebagai pasak.Pada asalnya, Masjid ini mempunyai bentuk yang sama dengan Masjid Demak di Jawa dan Masjid Kono di Champa.Pembinaan Masjid ini mengabungkan usur-unsur seni dan falsafah keugamaan pada bangunan.Rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah keTuhanan.Lapisan bawah diibaratkan penuh
kekotoran,makin keatas semakin bersih akhirnya menuju ke alam luas yang tidak terbatas terlepas dari segala bentuk dan ianya kembali kepada Allah S.W.T.

Nota:Sekiranya sesiapa yang datang ke Kota Bharu melalui Gua Musang, pasti akan melintas di hadapan masjid ini.

10 comments:

Anonymous said...

" Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia "

Silap tu.

" PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA dengan kerjasama Kerajaan Negeri "

Hah, tu baru tepat.

yana said...

tolong bagi peta masjid kampung laut yang terkini dan jelas..plezzz!

Abu Eismael said...

harap dapat dikongsi sejarah pembina nya..ambo sedang menjejak asal usul family...

Aris Munawar said...

Kalau indonesia masuk sebagai "nusantara", maka masjid demak lebih tua dari pada ini, sebab masjid demak didirikan sekitar abad 15. Coba recheck.

Anonymous said...

kalau pun ada persamaan dari segi rekabentuk masjid tersebut, itu tak penting, kerana yang penting, fungsi masjid sebagai tempat ibadat dan tempat penyatuan ummah dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Anonymous said...

masjid ni lebih kurang mcm masjid2 di melaka, terutamanya masjid tengkera melaka. cantik.

Anonymous said...

my great-great grand father Haji Nik Salleh merupakan salah seorang mantan Imam di Masjid kg Laut ini dan rumah beliau di sebelah mesjid sahaja

Syifa` said...

assalamualaikum w.b.t. Boleh tak maklumkan berapa jumlah pembiayaan pembaikian masjid ni? saya perlukannya untuk menyiapkan bahas pengajian saya.

Anonymous said...

salam, saya adalah generasi yg ke dari salah seorang yg berda di dalam kapal(mubaligh).Apa yg telah diceritakan kepada kami adalah mubaligh2 in berasal dari china, kwantong,tidak dimaklumkan la pula dari jawa.Dan kami juga mempunyai pantang tidak boleh memakan ikan kacang-kacang kerana dipercayai perjanjian telah dibuat kerana raja ikan tersebut telah membantu menutup lubang kapal terbabit sehinggalah mereka sampai ke kelantan.wallahualam..

Anonymous said...

Salam..Antara Mubaligh tersebut dari Jawa dan Champa.Kemudian ke Demak dan membina masjid yang sama bentuk yang dinamakan masjid Agung Demak d jawa tengah.Mereka jugalah yang mewujudkan Wali Songo.Kita mempunyai pantang tak boleh makan ikan kekacang dan juga rebung buluh betong.Ikan kekacang telah menolong tutup lubang pada kapal dan menolak kapal serta rebung dimana ada seekor tupai putih makan rebung dan dilihat oleh para Mubaligh yang sedang lapar.Jadi Mubaligh tersebut makan rebung untuk alas perut sebelum membina Masjid Kampung Laut.

Post a Comment