Lawatan Tapak

Pagi tadi ada ‘site visit’ bersama Tim. Pengarah Jabatan Muzium Negeri Engku Azman dan kakitangan muzium seramai 3 orang ke Wat Chonprachumthat Chanaram, Kg. Dalam, Tumpat. Kali nie kena buat kerja kerja pemulihan Wat Siam plak, selepas Masjid Kg. Laut di Nilam Puri.

Wat atau kalau di sini orang panggil ‘Ketik’ telah di pilih olih Jabatan Warisan Malaysia untuk di baik pulih kerana ianya mempunyai nilai kesenian yang tinggi dan unik pada konsep reka bentuknya. Bahagian susun atur ruang dalaman Wat ini sama seperti rumah Siam gaya Dvaradhi di Muang Boran yang di kenali sebagai rumah Ruen Thab Kwan yang berada dalam istana Sanam-Chan yang terletak di daerah Nakom Prathon, Thailand.

Kami berada kat sana lebih kurang 3 jam sebelum bertolak balik ke Kota Bharu. Masa kat sana berdebar jugak dalam hati,takut takut terlangkah benda benda yang tak elok kat situ. Kalau ikutkan hati malas nak pergi sana tapi nak buat mcm mana bos muzium negeri yang suruh, lagipun company saya nie telah dilantik sebagai consultant dalam kerja kerja pemulihan bangunan lama dan bersejarah dan diwartakan sebagai bahan warisan.

No comments:

Post a Comment