Hidup aku hari semalam

Pagi pagi lagi Kak Ma dah call aku pasal dia nak buat pinjaman bank untuk beli 1 unit rumah kedai 2 tingkat...ok! pukul 10 nanti aku akan bawa dia jumpa Pn. Rohana kat salah satu bank disini, tapi sebelum tu kena masuk opeh dahulu sebab Nannie nak datang ambil pre-design drawing yang aku buat semalam utk. bangunan pejabat UMNO Jeli. Dia perlu bawa plan nie kepada Dato' Pa terlebih dahulu.
Lunch kat bawah kedai makan bawah pejabat aku ajer ari nie. Masuk pejabat, Aida bagitau En. Zul dari MPKB datang bagi plan surih bagi lot 4 ekar kat jalan Berek 12 yang pihak hospital mahu beli tempuh hari.
Pergi ke pejabat Pengarah HRPZ II, Hj. Dasuki tak ader kat pejabat. Tinggal pesan dan juga plan surih tanah tersebut kepada setiausaha dia.
Pkl 8:30 mlm. Zuki call suruh turun kat port biasa...kedian ke Pasir Tumbuh,mahu beli kopi S-Class tapi tak dapat sebab dah abisss ptg tadi...

Nota: sehari dua nie, aku jadi moody bila dok fikir pasal pejabat aku nie, aku kena lakukan sesuatu agar perjalanan pejabat aku nie berada dalam landasan yang betul kembali. Nak cakap salah,tak nak cakap pun salah...partner punya hal!

No comments:

Post a Comment