Dalam dia ada bentuk


Bulat sifatnya mudah bergolek. Sukar mengawal diri apabila berada di tempat yang tinggi. Disebabkan sifatnya yang bulat, ia mudah jatuh bergolek ke bawah. Bak kata orang, pantang dicuit, dah melatah !
Segitiga pula mempunyai bucu yang tajam. Kena berhati-hati dengannya, kerana ia mudah menguris kerana memiliki hujung yang tajam. Tetapi ia suka membantu apabila kita berada di dalam kesesatan. Ia akan ada di mana-mana sebagai penunjuk arah tujuan.
Segiempat selalu mainkan peranan sebagai penyokong. Seperti tiang-tiang yang menyokong ketahanan rumah daripada rebah. Tetapi segiempat agak misteri kerana suka memendam rasa.

Dah lama aku cari kesamaan mereka. Hari ini, aku faham... Ketiga-tiganya memiliki sifat yang sama iaitu S.E.N.S.I.T.I.F.

No comments:

Post a Comment