Adih! Adih!

Masa dok tengah sebok2 dengan temujanji, pagi nie kena pergi ke Tumpat lagi...ada ajer musibah yang datang melanda walaupun bukan yang dasat dasat tapi alhamdulillah lah jugak. Banyak dosa aku nihhh agaknya kot, sebab tu dugaannya banyak sangat. Ehh.... kalau aku ada buat salah ngan korang, aku minta maaf le bebanyak ek? Musibah yang kecik-kecik ni pun tak tertanggung rasa, kelam kabut jab hidup aku.
Hari Selasa lepas, selepas mandi dan bersiap siap nak pergi kerja aku terasa ada satu ketulan kecik kat bont*t aku. Aku ignore ajerlah, maybe jerawat batu...eh ada ker jerawat batu tumboh kat situ? konpius aku!!!
Masa lunch dengan member kat bawah opeh aku tu, dia semakin membesar dan mula terasa sakit bila terkepit. Eh, ni cam bisul je nih. Mungkin bisul lada...bisul jenis nie tak besar tapi sakit. Macam cili api, walaupun kecil, pedasnya bukan main.
Nak duduk pun mula rasa tak selesa, nak jalan macam tertonggek, nak tak nak buat dono ajer, dengan harapan, surut la bisul tu. Sekali tu malam tadi, sakit berdenyut-denyut, mengiring salah, telentang pun salah.
Bisul nie pun satu hal, kalau tak 'masak' dia tak akan pecah! nak buat macam mana erk? Nak pergi sepital malu plak raser nyer...nanti tak pasal pasal kena tunjuk bisul tu kat mana bila doktor nak tenguk kena plak doktor pompuan yang rawat...iisskk...memang sungguh kurang sopan bisul ni, tumbuh lak kat tempat tak senonoh.Petua orang tua supaya bagi cepat bisul tu matang ialah dengan melumur kapur makan kat atas nya...
Malamnya, aku tak tahu nak buat macam mana dengan bisul ni, nak picit tak nampak, Bila dok ke hulu ke hilir susah hati nak buat macam mana dengan bisul ni, at last wife aku tegur. Sekali tu dia offered lak nak tolong 'dressing'kan bisul aku dengan kapur! Orait jugak tu, dari dok tonggeng kat orang yang tak kenal baik bagi kat isteri tengok...nak malu aper. Sebelum nie pun kita orang buat lebih dari tu...hehehe. Terharu gak aku!
Aku petik satu info kesihatan pasal penyakit ini...adih! adih!
Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan penghasilan nanah atau abses.

Perebakan

Bisul merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.

Kemunculan dan lokasinya

Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit. Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh kuman Staphylococcus aureus iaitu sejenis kuman yang tidak merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau jerawat. Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot...jadi bontot kita nie adalah satu kawasan yang kurang sistem pertahanan badan atau kalau lebih tepat lagi kurang daya imunisasi ler yer!
Bisul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan tetapi selalunya ia terjadi di bahagian yang berbulu dan yang melecet seperti ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung, muka, kelangkang dan di belakang tengkuk. Apabila bisul menjadi besar, ia dikenali sebagai karbunkel. Selalunya karbunkel terjadi di belakang tengkuk dan punggung. Karbunkel adalah bisul yang besar atau kelompok bisul kecil yang bergabung bersama. Biasanya ia mudah terjadi di kalangan pesakit diabetes.
Penjagaan sendiri
1. Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Menggunakan sabun antibakteria mungkin dapat menolong individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.
2. Elak diri dari memakai pakaian yang ketat.
3. Jangan menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menyebabkan jangkitan.
4. Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang pecah untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.
4. Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan bisul yang pecah.
5. Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menekan jangkitan jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh merebakkannya ke tempat-tempat lain.
6. Apabila bisul terjadi, tuamkannya dengan bahan yang suam selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul yang kemudiannya akan pecah dengan sendiri. Selain itu, ambilkan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan keadaan..
7. Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.
8. Apabila bisul telah pecah, cuci bahagian itu secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain. Teruskan penggunaan penuam yang suam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.
9. Cuci tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yang terkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.
10.Mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.
Berjumpalah doktor sekiranya...
Bisul terjadi di muka.
Bisul tidak sembuh selepas dirawat di rumah lebih dari 5-7 hari .
Saiz bisul lebih besar dari bola ping-pong.
Jika terdapat tanda-tanda ianya semakin teruk, seperti:
Teramat sakit, bengkak, terasa panas, kemerahan atau lembut.
Terdapat garisan/jaluran merah yang merebak keluar dari kawasan bisul.
Nanah keluar berterusan.
Jika anda mengalami demam.
Jika bisul tumbuh semula di kawasan yang lama atau di kawasan lain.
Jika anda menghidapi diabetes.
Jika terdapat gumpalan lain, terutamanya jika ianya menyakitkan yang terjadi berhampiran dengan tempat jangkitan..

No comments:

Post a Comment