T/hari bawak motor aku ke workshop...towkey kata kena angkat enjin! duit lagi nih...pas nie 'terbang' lagi 3,4 ketul duit aku :-(

Baik juga motor aku tu masuk workshop...bunyiknya mengalahkan enjin bot galah kat Tambatan Diraja. Kalau aku berhenti kat traffic ligh , semua penunggang motor yang kat depan tu dok tertoleh toleh ke belakang...duk kutuk motor aku ler tu! aku buat muka seposen ajer..! aku sendirik pun naik serabut bila dengar enjin motor aku tu...ha!ha!ha!

Aku call saiful jemput aku, lepas tu kita orang kena pergi ke Jeli. Buat pemeriksaan kat masjid Sg. Satan (bukan setan...tau!!!)85km dari Kota Bharu. Pada 25hb Mei nanti KDYMM Sultan Kelantan akan berangkat solat Jumaat kat situ. So, sebelum tuanku pergi, kita orang kena check apa yang perlu ditukar dan bibuat baru. Jumpa imam masjid. Tok imam dengan tok siak aku nenguk macam tak sebulu ajer..! bila aku dok dengan tok imam,tok siak akan pergi...begitulah sebaliknya...pening kepala den! lagi satu mcm mcm yang dia orang suruh tukar dan baikki...macam lah aku nie wakil rakyat. Aku beritahu dia orang semua,peruntukan telah ditentukan oleh piha MAIK, kalau nak itu,nak ini baik minta peruntukan buat masjid baru...aku marah dalam hati ajer lah.

Hari nie,kelas KEMAS kat sebelah masjid tu buat majlis maulidur rasul...ada jamuan roti cecah gulai. Lepas aku buat pemeriksaan dan ambik gambar kat masjid aku dijemput makan sama...rejeki! rejeki!

Pukul 5 aku bertolak balik ke Kota Bharu.

note: 1st. time aku update blog aku kat CC...

2 comments:

Anonymous said...

Nampak gaya org Sg.Satan akan solat jumaat pukul 4 ptg ..

Tok Ketua said...

biasak lar tu...eh! macam tahu2,org kantan jugak ker nie?

Post a Comment