Dah 3 hari cuaca kat negeri aku nie asyik dok hujan dan berangin kadang2 tu bertiup kencang. Langit sentiasa gelap. Hujan kadang2 lebat. Dah ada 2,3 tempat kat negeri ku nie dah dinaikki air dan penduduknya kena pindah.

Pukul 7am...langit sentiasa mendung
Kalau diikutkan pengalaman yang telah sudah, kat sini biasaknya akan berlaku 3 pusingan banjir barulah abisss...sekarang dok round yang ke-2.
Semalam ada satu event kat area pejabat aku kerja yaitu tempat penamat siri berbasikal Jelajah Malaysia 2007 anjuran REDMAX. Nie pusingan ke-3 dari K.Trengganu ke K.Bharu sejauh 163.4 km. Mereka semua tiba kat sini arround 1:45pm dalam keadaan hujan renyai2. Penyampaian hadiah di lakukan oleh Menteri Besar yaitu TG Dato' Nik Abd. Aziz Nik Mat.

MB diatas pentas...tengok apa yang dipakai nya kat kaki tu.. MB aku nie mmg sempoi betul lar..!

Pagi nie...morning2 lagi TP Muzium Negeri call aku pasal nak buat site visit kat beberapa tapak bangunan lama yang hendak dibaik pulih tapi hari nie aku ada site meeting kat tapak projek. 2 hari lepas aku dah bagitau dah yang ari nie tak boleh... (hari nie hari sabtu...sekerat hari, besuk hari ahad...public holiday! kalau nak, hari isnin larrr..! - TS P.Ramlee) eeeee! pelupa betul lah dia nie...

nota: punya lah seksi nak upload gambar sekarang nie...utk 2 keping nie ajer, mengambil masa 1o minit...buang masa dan buang karan aku ajer lah..!

2 comments:

zaida Ismail said...

Beb... aku suka kasut Nik Aziz tu.. gempaq!Risaukan lately ni asyik hujan jer....

Anonymous said...

Hehehe...sebenar nya TGNA baru ajer balik dari melawat mangsa banjir masa tu...
Kasut nie mmg famous bila musim tengkujuh...buat harung air dan lumpur..!tapi sekarang dah tak ada jalan bechak kat tempat aku...huhuhu!

Post a Comment