
“Hina sangatlah kami di sini sehingga ditawarkan umpan dengan begitu banyak seumpama lembu dan kerbau pula. Manusia bukan boleh dibeli dengan umpan duit begitu sahaja kerana kita ada maruah.
“Lagi pun duit yang demo hendak bagi dengan bersyarat itu milik kerajaan atau milik Umno, kalau duit Umno ikut suka demolah,” katanya pada kuliah sempena program Munajat Rakyat Kelantan Bersama Tok Guru di Dataran Stadium di sini awal pagi ini.
Najib ketika berkempen di sini, semalam dilaporkan berkata, kerana sayangnya Perdana Menteri kepada Kelantan, negeri ini menerima RM7.6 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
No comments:
Post a Comment