Jumaat lepas aku balik kampung. Aku kayuh basikal ajer...orang rumah aku drive. Sampai kat kg. aku macam biasalah lepak kedai kopi Mat Tipah...hari nie tak ader org. kat kedai kopi dia...aku sorang sorang ajer! tapi aku sembang dengan tuan kedai ajer...

Bila orang rumah aku sampai,aku terus bawakan kereta aku tu ke rumah Anwar Pomen...aku dah janji dengan dia nak hantar kereta aku untuk ditukar minyak hitam, ATF dan juga drive-shaft.

Petangnya pula, aku jumpa dengan client aku,pasal plan rumah. Lepas semuanya selesai, aku balik. Pertengahan jalan FD basikal aku buat hal, tak boleh nak tukar speed. Aku paksa juga, at last skru dia....ttoinngggg! tercabut.

Besuk hari (Sabtu) aku bawa basikal aku tu ke Wan Cycle, aku tukar FD aku tu ke set Shimano Diore dan crankset dia pulak aku upgrade ke FSA X-tream. Kena RM240.

Hari Ahad- Sebelum balik rumah aku pergi kekedai kek. Aku beli Italian Forest buat isteri ku...sempena hari ulangtahun dia pada hari nie. Lain lain present tu,aku tak yah bagitau lah yer..!

Petang nya pula aku test ride ke Pantai Irama Bachok. Balik melalui Tawang. Sampai kat simpang 3 Budi, tiba tiba ajer perut aku jadi lapar..! tenaga dah drop...biasak nya aku tak macam nie. Niat hati nak singgah makan nasi kerabu best kat Kedai Lalat tapi dia tak bukak pulak...tension betul aku! terpaksalah aku makan kat rumah tapi best jugak sebab malam nie, isteri aku ada masak makanan kegemaran aku...Nasi Bukhari! ermmm....best nya!

No comments:

Post a Comment