Camping di Lata

09-March-2007 (Jumaat)
Niat hati nak balik morning morning lagi tapi anak anak aku ada kegiatan kat sekolah masing masing sampai petang. Pukul 6:00 ptg baru dapat bertolak dari rumah aku kat Kbg. Kerian ke rumah mertua aku kat RPT Chenulang, K.Krai.

Di pertengahan jalan menuju ke RPT Chenulang, waktu tu dah masuk waktu maghrib seekor ular sawa yang sebesar betis aku sedang melintas jalan. Panjangnya aku rasa dalam 12 kaki, sebab dari kepala ke ekornya betul2 melintang jalan. Mengelak macam mana pun, mesti terlanggar ular sawa tersebut. Aku sedaya upaya tak nak langgar tapi nak buat macam mana, akhirnya aku langgar bhg. ekornya...harap2 dia tak cedera teruk sangat. Kecut perut juga aku dibuatnya..!

10-03-2007 (Sabtu)

Hari nie aku akan joint group biras aku yang nak pergi mencari teras kayu kat kawasan lata. Kita orang akan bermalam disitu. Sementara menanti ketibaan ahli ahli yang lain, aku kayuh basikal aku menuju ke Pasir Jering. Lama betul aku tak lalu jalan nie, last aku lalu 5,6 tahun lepas. Bila jalan ke RPT Chenulang siap di tar hingga sampai ke Kesedar Baru, aku pun dah tak lalu lagi jalan tu.

Pagi nie, aku pakai redah ajer..! jalan dalam ladang kelapa sawit nie, bersimpang siur macam jalan kat PJ! Kayuh punya kayuh...akhirnya aku sampai dan keluar ikut Telekung. Sampai kat Pasir Gajah aku cari kedai makan. Tekak aku kering sekering keringnya..! aku lupa nak bawa bekalan air..! alang alang minum, baik makan terus. Aku order nasi berlauk sama tea-o ais. Tengah tengah syok dok layan makan, tiba tiba bahu aku ditepuk dari belakang. Bila aku toleh dan perhati...astaghfirullah..! rupa rupanya classmate aku masa form 5 kat SMK dahulu...Ismail. Dah hampir 26 thn kita orang tak jumpa..! Sekarang dia dah jadi guru dan mengajar di Pemberian (kawasan hulu). Dia juga sebagai kontraktor secara kecil kecilan. Dia ada kat sini pun kerana sedang membina rumah towkey kedai nie dekat Kolej Risda, Bukit Sireh. Dejat ajer dari sini... Dekat sejam juga aku dok berborak dengan dia. Lepas bertukar tukar no. phone aku minta diri dulu dan terima kasih kerana makan minum aku hari ni dia yang bayar...hehehe!

Masa pulang kerumah aku ikut jalan Ladang Pasir Gajah. Dulu area nie penuh denga pokok getah tapi sekarang mereka tanam kelapa sawit pulak. Sampai ajer kat rumah, aku tenguk mereka semua dah sampai.

Pukul 12 lebih barulah kita orang semua bertolak ke lata. Aku macam biasa lah, pergi dengan basikal aku tu.

----> cont'd malam nanti.



No comments:

Post a Comment