Off-Road Raya

Hari Jumaat - 19 Okt. 2007
----------------------------

Pukul 7:15 pagi, aku dah ada kat kedai basikal Malik. Dia orang semua dah sampai, cuma tunggu Jani dan Chikgu Mie ajer...Jani call, suruh kita orang pergi dahulu, nanti dia menyusul dari belakang. Cuaca hari nie mendung ajer... sejuk lah sedkit. Sarapan pagi kat pekan Kok Lanas, sambil tunggu Jani. Kesemuanya ada 12 orang ahli kelab KMH menyertai nya. Ini adalah aktiviti pertama selepas sebulan berpuasa. Kebanyakan kita rehat panjang. Tak tahu larrr...apa nak jadi lepas nie! jangan ada yang pengsan sudah!!! maklum lah, semua urat saraf dah jadi kaku setelah berehat panjang.

Pukul 9 pagi kita start berkayuh masuk trail...Tujuan kita ari nie nak ke kuari. Hari nie Hamdani JPJ yang jadi guide. Semuanya nampak bersemangat. Acara mendaki pun bermula...ramai yang cuma larat separuh jalan ajer...terpaksa dorong beskal ke puncak! lelah bagai nak rak...oksigen! oksigen..!!! kita sambung balik, selepas berehat kejap. Best betul weyyy!!!

Poknik jatuh tersembam kat dalam parit...habis basah!!! dia tak puas atiii...sebab member member lain masih lagi kering! Selepas setengah jam berkayuh kita rehat sekali lagi...kali nie nampak gaya si Jani dah tak larat benar,sampai baring atas tanah. Tak aper boss...kita rehat panjang sikit...Bila semuanya dah ok, kita ke tapak kuari pulak. Kat sini adalah tempat tunjuk skill. Ada tempat buat jump!

Pian ditimpa kemalangan masa buat jump. Bahu nya terseliuh dan luka luka kat bahu. Nampak gaya teruk jugak nih...sampai tak boleh nak bawak beskal. Terpaksa dibawa keluar dengan kereta. Hamdani dan Lie Keropok terpaksa balik ambil kereta. Kita akan bawa keluar Pian ke jalan besar. Hujan renyai dah mula turun...lepas hantar Pian ke kereta, kita orang semua balik. Hujan semakin lebat. Sampai kat Pekan Kok Lanas, semuanya lenjan!
Lepas simpan beskal masing masing kat dala kereta, kita minum minum kejap sambil dok buat ulasan axtiviti tadi...pian dah balik awal.

Kesimpulan nya...aktiviti hari nie memang best! walaupun ada sedikit kemalangan. Kemalangan adalah perkara biasa dalam aktiviti macam nie walaupun kita dah ambil langkah langkah awal mengelak kemalangan...minggu depan nak pergi mana pula weyyyy!!!!

No comments:

Post a Comment