Berbuka posa kat hotel

Pada sebelah pagi balik kampung kejap...pergi rumah abang. Dia suruh aku check pc dia, dah seminggu tak boleh nak surf tenet. Tak dapat settle gak pc dia tu,walaupun aku dah tarok NC baru...mungkin sistem pc dia dah mereng kot..!!!

Petang nya pulak aku singgah rumah kakak aku. Dia tanya pasal tanah yang diduduki sekarang dah buat proses tukar nama kepada kami adik beradik tak? Aku jawab...belom lagi! tenguk lah lepas raya nanti, aku cuba selesaikan.
Sebelum balik, aku kait rambutan yang sedang masak ranum kat laman rumah kakak aku tu. Lepas tu aku 'chow' balik ke Kota Bharu.

Jani hantar sms pada aku, tolong ingatkan...hari nie ada majlis berbuka posa dengan bos dan kakitangan Kumpulan Mahaderas kat River View Hotel.
Aku sampai kat sana dah nak berbukak, kelam kabut aku dibuatnya. Orang lain semuanya dah ready dengan makanan dan minuman masing masing kat atas meja. Aku capai yang mana ada ajalah...bbuurrpppp! alhamdulillahhhh...!!!

Lepas makan...bos Kumpulan Mahaderas bagitau, hari isnin nie ada meeting management kat pejabat beliau. Group aku kena hadir sama...banyak benda yang dia nak cakap.

Malam nya pulak,aku,cikgu mie,epu dan jani keluar minum kat gerai era...pukul 2am baru balik rumah.Sampai rumah bukak pc...check email dan jenguk2 blog member2 pas tu tulis nie.Tenguk2 dah pukul 4 pagi lebih...nanti kejap lagi nak kejutkan isteri aku untuk bangun sahur. Lepas subuh nanti lah aku tidur kejap...

No comments:

Post a Comment