Coretan Aidilfitri

Hari Raya Pertama - 13 Okt. 2007

Tahun nie aku beraya kat kampung aku di Ketereh. Selepas solat sunat hari raya, aku ke kubur arwah mak dan bapak ku. Masa aku sampai kat sana org. tak lah ramai sangat. Lepas baca tahlil dan surah yasin kat situ,aku balik lepak kat rumah abang aku. Nonton tv sambil makan makan.

Pukul 5pm aku pergi ke tanah Tanah Merah. Rumah abang aku jugak. Kenderaan atas jalanraya tak lah banyak sangat lagi. Perjalanan lancar ajer...aku dok lama lah jugak,kerana terpaksa tunggu anak sedara aku si mat din, member dia nak buat rumah, jadi segala urusan design,pinjaman dan kontrak dia suruh aku buatkan... aku ok ajer! Raya ke tiga nanti, kawan dia nak datang ke pejabat aku.Bincang pasal rumah dia.

Pukul 9 malam, aku sekeluarga bertolak balik ke kampung isteri aku kat Kuala Krai. Tak ada sesiapa kat rumah aku, kalau hari raya mcm nie. Biasa lah...bapa dan mak mertua aku pergi ke Mekah...berpuasa kat sana sambil bawa orang umrah kat sana. Jarang sangat dia sambut raya kat rumah, yang ada Yie sorang,dok tunggu rumah dan kedai.

Raya ke-2 dan ke-3 tak kemana mana. Dok lepaka kat rumah ajer sambil layan tv dan juga sedara mara ajer...! ingat raya ke=3 tu nak balik KB, tapai malas teramat sangat sebab jalanraya memang jammed tahap gilerrr!!! kalau hari biasa hanya 1 jam setengah kita boleh sampai ke KB tapi kalau hari raya cen-gini mahunya 4 jam! baru boleh sampai Kota Bharu. Aku balik besok ajer lah!!! lagi pun aku sorang ajer yang balik.

Hari ke Empat - 16 Okt. 2007 (Selasa)
---------------------------------------

Aku balik ke Kota Bharu. Tumpang kereta kawan adik ipar aku. Jalan dah tak jammed lagi, cuma dari arah Kota Bharu menuju Gua Musang ajer yang jammed teruk. Warga kota balik ke KL.
Petangnya pula, aku pergi ke rumah Fadly, dia ada buat open house.

Hari ke 5 - 17 Okt. 2007 (Rabu)
--------------------------------

Pukul 9am pagi dah ada kat pejabat. Semua kedai dan pejabat kat floor aku nie masih lagi ditutup. Rasa sunyi pulak! mood raya pun masih tak hilang lagi nie.... Pukul 11am dia orang sampai. Pukul 2pm, aku tutup pejabat aku terus balik rumah.

Hari ke 6 - 18 Okt. 2007 (Khamis)
-----------------------------------

Pergi pejabat. Tengahari aku pergi ke rumah Amry, nak pergi beraya dengan dia, dalam pada tu dia sempat buat tawaran supaya aku baiki rumah dia dan buat pendawaian baru untuk rumah dia nie. Budget dia dalam 20 ribu.

Pukul 1 setengah, Saiful datang jemput aku ke rumah mak tiri si linda kat Peringat....dia ada buat kenduri sedikit sempena majlis pertunangan dia hari nie. Masa aku sampai, rombonga peminangan tak sampai lagi. Dia sekarang dah kerja kat Selangor. Aku tak boleh lama kat sini, aku terpaksa ke Pasir Puteh pulak dengan Jani. Mahu pergi ke Ladang Ternakan Mahaderas...ada benda yang nak di setel sedikit kat sana.
Pukul 10 malam baru balik rumah. Dalam pada tu, kita orang semua dah berpakat. Besuk kita 'masuk hutan' kat KokLanas...!!!


No comments:

Post a Comment