MTB On Road Challenge 2008

Sekali lagi kelab KMH akan menganjurkan satu lagi event seperti mana kat atas tu...kali ini dengan pihak UITM Kelantan. Hanya ada satu kategori sahaja yaitu secara terbuka, jadi kepada kaum hawa yang berminat menyertai nya terpaksalah bersaing dengan kaum Adam...!!! Harus di ingat! Tak semua kaum Hawa tu lemah dan tak semua kaum Adam tu kuat...hehehe!!!



Masa dan Tempat seperti dibawah:

1. Tarikh: 29hb Ogos 2008 (3 hari pas tu...kita mula berpuasa!)
2. Masa: 7.30 pagi - 12.30 hari
3. Tempat: Laluan didalam kawasan kampus UITM Kelantan di Machang.
4. Bayaran penyertaan hanya RM15.00 sahaja!!!

Tidak lupa juga ada cabutan bertuah...so, kepada sesiapa yang nyalo, marilah joint sama! kena cepat sikit hantar borang tu sebab kita had kan kepada 150 orang penyertaan sahaja!!! Ini kira limited edition larrr...

Test trek akan diadakan seminggu SEBELUM pertandingan yaitu pada 22hb Ogos 2008...ingat tu, kalau terlepas tarikh tu kira nasib lah! pada racer yang datang dari luar Kelantan boleh hubungi pihak KMH atau UITM untuk urusan penginapan. Kita cuma urus penginapan sahaja...bayaran tu, sendiri tanggung lerr!

Pada sebelah petang pulak kita kumpul ramai2 lepas tu kita pergi layan trail balak kat belakang UITM tuuu...

Sila donload form dan flyer dia kat bawah:

1. Form dia klik sini. 
2. Flyer plak klik sini.

Ini kira acara penutup sebelum kita menuambut bulan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment