Bukit Ilmu Logging Trail

Pukul 7.30am Pian dah tercongok kat depan umah aku...hari seramai 8 KMH member pergi UITM Kelantan untuk acara test track bagi para peserta UITM MTB On Road 2008 pd 29/08/08 nanti. Masa atas kereta Pian aku sms ke Abe Az kat P.Puteh bagi tau perkara nie...dia pun nyalo nak turut serta.

Makan pagi dekat UITM. Lan,Safrol dan sorang lagi member dia pun turut sama untuk turut serta. Mereka ber-3 nie mmg favourite untuk acara minggu depan. Aku buat 1 lap ajer...pagi nie aku terasa nak pitam pulak...aku berpeluh dingin, jantung aku terasa dah over berdegup. Aku kontrol agar jgn jatuh...aku duduk,terasa lega sedikit…at last degup jantung aku kembali normal. Dia orang nak buat downhill pulak,aku tak ikut serta cuma tunggu dia orang ajer lagi pun aku pernah buat downhill kat situ tapi tersembam dan tertiarap biawak kat bawah jadi nya…

Ini trail kat tangki air UITM:

wakil kita dari P.Puteh...Abe Az tengah khusyuk dorong beskal dia!

tolak...tolak...jgn tak tolak

Selepas dia orang buat downhill, berehat sekejap, lepas tu baru lah kami semua kayuh menuju trail balak kat belakang UITM tu…tenguk keadaan tanah yang basah akibat hujan semalam aku yakin dalam bukit nanti lagi parah…!!!

Kesemuanya sudah berada kat puncak Bukit Ilmu…nampak hepi belaka,pas nie tenguk lah…betul apa yang aku rasa tak sampai 100 meter lumpur dah hampir membaluti beskal masing masing. Mana mana yang pakai sistem v-brake lagi cepat lumpur lock tayar dia orang sampai nak bergerak pun tak boleh…terpaksa lah seret tayar yang terkunci tu sampai ada yang nak patah balik…!!! Orang kata alang alang main MTB biar macam kerbau berkubang!

Ini plak trail Bukit Ilmu:

rilek jap...! tambah O2

pemandangan di puncak...

Abe Az...kehabisan air

blood sucker...!!!

Akhir nya semua dapat turun Bukit Ilmu dengan selamat tak ada sorang pun yang tercedera tapi yang terjatuh tu ada lah…Pukul 12.30 t/hari kita semua sampai ke kampus UITM.

Air terjun Jeram Pasu

Pukul 3 petang, kami berkonvoi dengan kereta ke Jeram Linang. Nak pergi mandi kat sana. Lama betul aku tak kesana. Sampai sana kita orang mendaki ke tempat air terjun yang atas. Adalah kat sejam lebih kita kat situ. Lepas tu bertolak balik. singgah kat Bukit Abal sekejap. Aku beli tempat sangkut beskal untuk kereta. Murah ajer Cuma RM30…maklumlah barang 2nd….!!! Lepas tu terus bertolak balik menuju kerumah…

1 comment:

MAT KEDAH said...

Saya memang suka ride riadah.. kayuh.. mandi.. kayuh.. makan.. he he he he

Post a Comment