Kayuhan Merdeka

Semalam Chikgu Mie, call aku bagitau UITM Machang ada buah program berbasikal dari kampus UITM Machang dan berakhir di Puterajaya. Peserta nya terdiri dari pelajar UITM,Politeknik dan MRSM. Kayuhan pada hari ini bermula di kampus UITM Machang dan berakhir di bandar Jerteh Trengganu. Jaraknya lebih kurang 30 km. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi yaitu Dato' Mustapha Muhamad. Masa majlis perasmian aku taka ader sebab masih lagi dalam perjalanan ke sana. Member aku kat sana jenuh dok telepon tanya aku sampai ke belum? Kalau ikut jadual kayuha bermula pada pukul 3 ptg tapi kami berdua masih lagi kat atas jalanraya. Kejar punya kejar sampailah juga kat UITM Machang. Cepat cepat aku tukar pakaian dan pasang beskal aku,lepas tu tunggu dia orang keluar kat tepi jalan.


Dari jauh aku nampak kenderaan pengiring diikuti oleh para peserta di belakangnya. Adalah dalam 100 orang. Kita orang pun jointlah barisan dia orang. Perempuan pun ramai gak yang berkayuh. Nie yang buat aku tambah semangat nak kayuh nie...eceh...ceh..ceh! Tak sampai 2 km, dia orang berhenti. Aku ingat dia orang nak buat alligment semula,maklum lah satnie dia orang berterabur memenuhi jalan. Naik pening marshal mengawalnya. Kedengaran dia orang cakap peserta pengiring hanya baerkayuh setakat nie sahaja. Aarrrr..! terkejut beruk aku dibuatnya,tak kanlah aku datang jauh jauh nie nak kayuh takat 2 km ajer! buang karan betul aku dibuatnya. Semua peserta pengiring nampak tak puas hati...termasuk aku sendiri ler tu..! Aku tanya Pian, kata nak kayuh sampai Jerteh. Dia bagitau aku,ada berlaku perubahan saat akhir. Dia pun tak boleh nak buat apa apa.So...kita orang kena pusing balik lah nie.

Kita orang pun buat idea sendiri, buat xc kat sekitar kampus. Adalah dekat 20 orang yang ikut. Dalam group tu, adalah sorang dua yang hardcore xc dan tahu track kat situ. Apalagi...kami bertiga ikut route dalam hutan dan yang lain lain tu,ikut jalan. Nak bawak ramai ramai kan sesat pulak dibuatnya anak orang. Panjang (nickname) jadi kepala, aku dan chikgu mie follow belakang dia ajer. Sampai satu tempat kena turun cerun tinggi. Aku agak agak adalah dalam 8 kaki tinggi dengan kecerunan 75 degree...pergh! tinggi jugak cerun nie. Keyakinan dalam diri aku pun ikut goyah sama...nak turun ke tak nie! Kita turun. Mula mula chikgu mie yang turun diikuti oleh panjang kedian aku...bismillahirahmanirrahim! bbbrrrrppppp! sampai bawah bila basikal aku terhentak dengan kuat,aku terpelosok kat bawak, perut aku terkena pelana beskal aku. Arrghhh....senak perut betul dibuatnya. Aku rebahkan basikal aku, lompat sana lompat sini kedian jalan jalan jap...sib baik rasa sakit pun mula berkurang...kita orang sambung balik.

Akhirnya sampai kat kampus dia orang, aku follow dia orang masuk. Aku berehat kat khemah yang disediakan sambil menjamah makanan yang disediakan kat situ dan juga 'mecuci' mata...he,he,he! Lepas berehat 10 minit, dia orang bawak aku ke pejabat member aku kat atas sana lagi...nak putus nafas dibuatnya! Untuk makluman, kampus UITM Machang nie dibuat diatas bukit. Nama bukitnya dahulu Bukit Anjing tapi sekarang dah di rebrand balik jadi Bukit Ilmu...nak menyebutnya pun sedap berbanding dengan nama asal dulu. Dekat sejam jugak aku kat pejabat Pian. Borak2 dengan member dia orang. Pukul 6pm aku dan chikgu mie minta diri dan bertolak balik ke Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment