
Gedebuk gedebak...gedebuk gedebak! tak sedar jam dah pukul 2:30am! perut dah lapar nie...kita orang semua setuju, pergi makan kat Tmn Uda Murni.Masa makan pun dok sambung pasal meeting tadi.Borak punya borak,jam dah menunjukkan pukul 5:30am...perkara biasa arrr! kalau jumpa dengan dia.Banyak idea yang dibincangkan dan group kami pun banyak bagi perancangan untuk dia...tu sebab lar kalau jumpa ajer mesti mahu 4,5 jam diperabiskan untuk itu.
Hari nie pulak,hari Sabtu.Pukul 9:30am masuk pejabat kemudian keluar ke Bunut Payong.Owner bangunan nak tunjukkan tapak rumah dia kepada aku. Setemgah jam kedian kita orang singgah nak makan kat kedai nasi JJ tapi tak dapat...full house!!! terpaksalah makan kat kedai lain. Selesai makan aku balik pejabat. Sebelum naik aku tinjau2 pameran senjata berat ATM dari unit artileri sempena Jubli Emas unit nie.Tempat pameran dia betul2 depan pejabat aku. Byk juga yang dipamerkan spt. pelancar peluru berpandu kawalan GPS, kereta kebal dan senjata2 lain. Aku masuk khemah2 pameran kat situ yang terdiri dari pelbagai unit tentera seperti Kor Risik Diraja,PASKAL,Unit Pemusnah Bom,Komando,Unit PARA sehingga ke Unit Dapur ATM...!!! hari nie dia bagi peluang kepada pengunjung makan masakan yang dibekalkan kepada ATM dan dia masak pun cara tentera...mmg best! Aku memang teruja bila nengo nengok benda macm nie...terutama sekali teknologi yang diguna pakai untuk menjaga keselamatan setiap ruang negara kita dari anasir2 jahat.Sebijik peluru berpandu kawalan GPS dengan jarak 90km harganya RM700 ribu lebih,kalau yang jaraknya lagi jauh,lagi mahal namun begitu walaupun kos nya mahal tapi berbaloi.
Sebelah petang aku trek Cempaka.Lama betul aku tak datang sini.Jani,Rosli,Malik,Ichang dan Lan pun ada sama.Lepas buat xc kat trek tu,dia orang main lompat2 kat situ.Aku tenguk ajer lah...satu kemalangan berlaku kat atas Jani, masa dia nak landing,basikal dia tertumuh kehapan...jatuh bedepap,basikal dia pulak berpusing menimpa badan dia.Terkejut beruk aku dibuatnya...lama jugak dia nak pulih dan dapat berjalan sendiri...
Malam, aku keluar bergateh dengan Saiful.Sekarang nie aku jarang dapat gateh basikal aku petang petang...mungkin aku sibuk kot! Aku pusing2 bandar KB ajer,lepas tu lepak kat stadium sambil nengok pertunjukan bunga api...tapi aku chow dulu.Lepak pulak kat Hayaki Cafe...pkl 11 lebih aku balik...
Online jap sambil dok belek2 blog kawan kawan...
No comments:
Post a Comment