Semalam Chikgu Mie, call aku bagitau UITM Machang ada buah program berbasikal dari kampus UITM Machang dan berakhir di Puterajaya. Peserta nya terdiri dari pelajar UITM,Politeknik dan MRSM. Kayuhan pada hari ini bermula di kampus UITM Machang dan berakhir di bandar Jerteh Trengganu. Jaraknya lebih kurang 30 km. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi yaitu Dato' Mustapha Muhamad. Masa majlis perasmian aku taka ader sebab masih lagi dalam perjalanan ke sana. Member aku kat sana jenuh dok telepon tanya aku sampai ke belum? Kalau ikut jadual kayuha bermula pada pukul 3 ptg tapi kami berdua masih lagi kat atas jalanraya. Kejar punya kejar sampailah juga kat UITM Machang. Cepat cepat aku tukar pakaian dan pasang beskal aku,lepas tu tunggu dia orang keluar kat tepi jalan.Akhirnya sampai kat kampus dia orang, aku follow dia orang masuk. Aku berehat kat khemah yang disediakan sambil menjamah makanan yang disediakan kat situ dan juga 'mecuci' mata...he,he,he! Lepas berehat 10 minit, dia orang bawak aku ke pejabat member aku kat atas sana lagi...nak putus nafas dibuatnya! Untuk makluman, kampus UITM Machang nie dibuat diatas bukit. Nama bukitnya dahulu Bukit Anjing tapi sekarang dah di rebrand balik jadi Bukit Ilmu...nak menyebutnya pun sedap berbanding dengan nama asal dulu. Dekat sejam jugak aku kat pejabat Pian. Borak2 dengan member dia orang. Pukul 6pm aku dan chikgu mie minta diri dan bertolak balik ke Kota Bharu.

