Part time tukang gambar pengantin

Cuti sekolah dah nak mula...bila masuk cuti sekolah nie ramai yang akan melangsungkan perkahwinan anak anak mereka. Masa nie lah,waktu paling sibuk buat seorang tukang gambar pengantin. Orang lain lah tuuu...pokcik biasa jah, ada lah 2,3 job.

Hobi mengambil gambar nie,hobi lama pokcik,masa dok sekolah rendah lagi tapi tak mampu nak beli kamera hok mahal mahal. Masa tu kamera semuanya pakai filem tak serupa macam sekarang pakai memori kad sahaja...digital ler tuuu!

Masa tu abang ada beli kamera nikon FE, curi curi guna tapi dia mesti tahu kita guna bila kita cuci filem nya. Kalau sekarang kita boleh buang on the spot mana mana shoot yang tak menjadi...sungguh senang!

Pada 9hb lepas, aku sebagai backup fotoghrapher untuk member aku. Hari tu prngantin nak buat shoot outdoor kat perdana resort. Aku follow ajer lah sambil nak test kamera yang baru aku beli yaitu nikon D40+18-55mm kitlens. Entry level dslr camera.

Nie pasangan pengantin nya.

aksi romantis pengantin baru...

aksi seorang tukang gambar dari kejauhan...

Lepas nie kena buat custom album untuk beliau...

Masa dok ambil gambar pengantin, terserempak dengan satu group macam dok buat foto shoot. Singgah kejap tanya dari mana...rupa rupanya pelajar dari Uitm Kelantan. Mereka buatsatu tugasan untuk subjek yang dia orang ambik. Dalam pada tu sempat juga lah aku snap gambar dia orang...so kepada girl yang nama nya sofea dan rakan rakan nya sila sms email kepada pokcik kat sini sekiranya mahu full size pics...

aksi happy dari pelajar Uitm Kelantan...ehem! ehem! ehem! batuk lakkk!!!

Sebetul nya lama sungguh pokcik tak jenguk blog nie,dah naik sesawang jadik nya. Banyak masa pokcik dok jaga forum tukang gambar negeri kelantan atau KLIK. kalau nak tahu apa itu KLIK sila lah tekan sini.

Ok...pokcik chowww dulu, ada masa pokcik masuk balik kat sini.

ps: walaupun sekarang tengah sibuk dengan foto, hobi pokcik yang lain tu tetap menteng...pada 20hb March nanti, kelab MTB pokcik (KMH) akan buat kayuhan dari Uitm Machang ke RPT Chenulang, K.Krai.
Pada 29-31hb Mach akan ke Cameron Highlang bersama student Uitm Machang. Kayuh kat sana.

2 comments:

Sham | LensaKhaleefa said...

pokcik..romantiknye gambar kat atas tu.hehehe.. kat mane tempatnye pokcik? sejuk je mata memandang,comey gambar tu..

Anonymous said...

tq pak cik..
sweet la pic kami..

Post a Comment