Custom Album

Zaman berubah dan keperluan dan kehendak kita pun turut berubah sama. Pada masa dahulu, kebanyakan gambar2 majlis perkahwinan kita letak dalam album gambar sahaja tapi kini telah bertambah satu lagi album yang di panggil Custom Album ataupun Story Album. Bentuk nya macam buku dan gambar2 yang temat didalam nya bukan nya pakai letak gitu2 sahaja tapi ianya di print secara hot press dan dilapisi dengan uv laminated.
Saiz nya pelbagai dari 8"x24" hinggalah ke 18"x24" nak besar lagi pun boleh tapi menyusahkan sikit bila nak bawak...

Material utk cover plak terdiri dari pelbagai ada dari canvas,crystal paper,liner cover, leather cover dan harganya bergantung material yang kita pilih.
Perbezaan ketara dengan berbanding dgn album biasa ialah layout/susun atur album terlebih dahulu akan di design oleh photographer,sekiranya ia tiada kemahiran pasal design kenalah upah orang membuat nya.

Gambar2 nya terlebih dahulu di edit, lepas tu pikirlah konsep,color dan rekabentuk album.Setiap album perlu mengandungi/menceritakan keseluruhan majlis yang kita ambil, kalau untuk majlis perkahwinan ianya bermula dari majlis pertunangan, majlis berinai,akad nikah, persandingan dan gambar2 outdoor kalau ada. Bila semuanya siap baru lah di hantar untuk di print biasanya kedai gambar ada menyediakan khidmat print nie....
Setiap album mengandungi 10 mukasurat dan harganya dari RM280 hinggalah ke RM520 sebuah,bergantung pada saiz dan material yang kita pilih.

Ini contoh layout yang saya buat:

Ini contoh album siap (gambar dari fp syidin)

jumpa lagi...

2 comments:

kujie said...

nostalgianya kalau belek album2 lama...

aboi said...

salam pokcik... nie aboi dari bbb.. cantik album pokcik buata nie...saya pon ada buat story board nie kat http://aboi2112@multiply.com.. blehlah kita bertukau2 idea...

Post a Comment