Pantai Senok,Kelantan.

Lama betul blog pokcik ni berserawang...pokcik tak kemana mana ada sekitar sini jugak...

Ko orang nak tahu kat mana Pantai Senok nie? Kalau dari Kota Bharu ambil jalan menuju ke JPJ Panji, bila sampai kat traffic light ambil jalan ke Kedai Lalat atau Kota Jembal. Bila sampai di Kedai Lalat, ambil simpang ke Peng. Datu. Kemudian ambil simpang ke kiri bila nampak signboard Pantai Senok. Jarak dari Kedai Lalat ke simpang tiga Pantai Senok ada lah dalam lingkungan 6 km ajer, kalau dah nampak papan tanda Tawang, itu maknanya dah terlepas simpang tu.

Pokcik selalu datang sini untuk memancing tapi sekarang dah jarang2 datang ke sini. Boleh dikatakan aktiviti utama kat sini ialah memancing. Nak mandi tak digalakkan kat sini kerana pantai nya curam dan amat merbahaya kepada mereka2 yang tak tahu berenang terutama kepada kanak2. Kalau nak datang berkelah kat sini, kena bawak bekalan makan dari rumah, kerana kat sini tiada gerai makan.

Pantai nya cantik tapi sayang sekali tak boleh mandi manda...

Originally uploaded by Finepix S9600 Club

2 comments:

Unknown said...

jom kita pi sana bersama ? boleh mancing bersama..

Tok Ketua said...

lama betul kawe tinggal hobi nie, btg kail naik berabuk doh...ado hobi baru lor nie...gateh basikal dlm hutan/bukit...

tapi memancing tetap dihati cuma tak dop masa jah sebab banyok masa terluang tu gi alah ko kayuh beskal dgn member2...

Post a Comment