Tiba Masa nya...

Setelah bertungkus lumus selama hampir 3 minggu membuat perancangan,meeting dan itu ini...akhir nya tiba lah saat saat itu...CABARAN TREK CHEMPAKA 2008 akan dijayakan pada besok pagi, bermula pukul 9.00 pagi-6.00 petang. Diharap tiada aral yang melintang,kalau mengikut rancangan yang di atur semuanya sudah siap sedia...

Baner hari pertandingan

Semalam kita orang keluar pasang dan gantung baner untuk hari pertandingan tersebut. Kesemuanya 4 keping. Satu kita pasang kat jln masuk ke trek yaitu di sebelah masjid Kg. Chempaka, dua keping kat simpat empat Chempaka dan satu lagi kat Bulatan Chempaka. Lepas semuanya siap selia, kita pergi minum kat Satay Jawa...

Acara untuk pada hari besuk adalah seperti berikut:

1. 9.00pg-10.45pagi --> xc race kategori Junior.
2. 11.00pg-12.30t/hari --> xc race kategori Veteran.
3. 12.30t/hari-2.30ptg --> rehat dan Solat Jumaat.
4. 3.00ptg-5.00ptg --> xc race kategori Senior.
5. 5.15ptg-6.00ptg --> majlis penyampaian hadiah dan bersurai.

Pada hari tersebut, pokcik ditugaskan sebagai ketua unit Urusetia dimana diantara tugas nya ialah registration peserta,protokol,tetamu dan juga makan minum untuk hari tersebut sambil dibantu oleh 3 orang lagi dibawah pokcik.

Disini pokcik selaku presiden kelab KMH ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pertama sekali untuk pemilik tapak trek ini kerana tanpa izin dari mereka trek yang hebat ini tidak dapat diwujudkan...tak lupa juga kepada para sponsor kita dari:

KRT Kg. Dusun Raja (penaja utama) Hardware Xpress,Creative Models & Design (kampeni pokcik nih...), Rosli Welding, JR-1 Avertising, Jasa Medik Sdn. Bhd., Mat Santan, Azli JItu Enterprise, Perusahaan Sinar Rhiyal, Hasyim Welding dan HDA Furniture.

Pada mulanya kita bimbang juga takut takut tak ada dah penaja yang sudi nak menaja bagi race ini selain dari KRT Kg. Dusun Raja, kalau tidak terpaksalah kita gunakan duit kelab yang tak seberapa tu...tapi alhamdulillah, mereka mereka diatas tu sudi menghulurkan sumbangan kat kita...terima kasih daun keladi, ada race bagi lagi....hehehehe!!!

Tag name untuk Marshal

Tag name untuk Safety

Tag name untuk Official

Bagi penyertaan pulak, kita target 70 orang dan kita mencapai target tersebut...ngam! ngam!
Mengikut pecahan kategori senior paling ramai diikuti oleh junior dan akhir sekali dari peserta veteran...

so...apa lagi! pada warga Kota Bharu dan sekitar nya, keluarlah beramai ramai ke trek Chempaka pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi suasana race tersebut dan ingin disebutkan ini adalah race yang pertama kali diadakan di negeri ini dalam kategori basikal bukit (mountain bike) bagi acara XC...!!! bagi mereka mereka yang ingin tahu apa itu XC dan ingin berjinak jinak nak kayuh beskal plak...meh datang sini dan jumpa pokcik kat khemah urusetia...rasa rasa nya ada...ok! jumpa disana besuk...!!!

2 comments:

Rumah Kuning said...

wow...bagus jugak aktiviti begini. Syabas utk penganjur dan penaja. Semoga program esok berjln lancar.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment