Malam PRU ke-12

Bermula 24hb July hingga ke tarikh PRU, pokcik sentiasa berulang alik dari tempat tinggal pokcik di Kota Bharu ke Ketereh...22+22km=44km/day!!! baliknya pula sekitar pukul 2:30am...

Banyak gerak kerja yang perlu dilakukan...hadir meeting berselang hari kat MTD, mengatur gerak kerja untuk UPU dan hadir kursus2 PRU spt...kursus PACA, keselamatan dan gerak saraf. Potfolio2 yang pokcik pegang tuuu...tidak termasuk SU tetap UPU Kg. Pasir, Pasir Golok dan Pasir Badak. Makin hampir dengan tarikh pembuangan undi, makin kelam kabut dibuatnya...culaan mesti di buat berselang hari untuk mengetahui mood pengundi disaat akhir. Kalut,kalut...mmg kalut dibuatnya tapi semuanya tu bukan pokcik sorang yang buat tapi secara berjemaah...

Malam pilihanraya hadir meeting penyelarasan untuk PACA di markas UPU Serendah agar tidak jadi kelam kabut pada pagi besok. Pada pilihanraya kali ini, UPU pokcik telah ditiadakan dan dimasukkan ke UPU Dusun Rendah. Buku daftar pemilih pun bercampur dengan UPU dia orang. Terdapat 1561 pengundi dan dibahagikan kepada 3 saluran. Saluran 1 untuk warga emas, saluran 2 untuk warga baya pokcik dan saluran 3 untuk warga muda belia...kebanyakan nya pestime mengundi...!!!

Pukul 11 selesai meeting dengan dia orang, balik ke markas. Sampai sana panggil semua PACA yang telah dilantik untuk diberi taklimat. Kesemuanya 7 orang. 4 veteran dan 3 orang baru...pestime jadi PACA. Pokcik terangkan kepada dia orang apa yang perlu dilakukan masa dok dalam bilik pembuangan undi nanti terutama sekali mengenai masa mana dan kita perlu mengisi borang 10 atau borang 11. Kedua dua borang tu borang yang perlu diisi bila kita nak buat bantahan oleh PACA kepada pengundi dan juga cara cara nak mengisi borang 13 dan borang 14. Borang 14 amat penting kerana disitu lah keputusan setiap saluran akan dicatit dan dihantar ke pusat pejumlahan undi dan diterima pakai kat sana. Kalau silap kat sini...jenuh lah KTM nak menjawab kat sana...

Selesai beri taklimat, pokcik kena balik tidur awal. Biasaknya pokcik lepak kat pos pos yang ada kat UPU kg pokcik. Kadang2 tidur kat pos kalau terasa malas nak balik Kota Bharu tapi tak ler setiap malam...

Besok kena pergi awal...

No comments:

Post a Comment