Hari PRU ke-12

Morning morning lagi dah ke tempat pembuangan undi. Ingat kan dia orang dah sampai tapi sorang buta pun tiada lagi. Jam dah pkl 7:30am, ingat nak pergi sarapan dulu tapi takut tak sempat pulak...cuaca hari nie mendung ajer!

Pukul 7:45 masuk ke tempat pembuangan undi. Pokcik kena jaga saluran 2. Serah surat kuasa (warna pink) PACA ke KTM (Ketua Tempat Mengundi) berkenal kenalan jap dengan dia, lepas tu check tong undi. Dulu tong tong nie dari besi, kena bukak nengok kat dalam untuk pastikan tong nya kosong! tapi sekarang tak perlu lagi kerana ia lutsianar dan diperbuat dari perspek. Catit no. siri buku kertas undi kedalam borang 13. Bila semuanya puas hati dan jam pun dah menunjukkan pkl 8am. Pengundian pun bermula untu memilih:

Parlimen P026 Ketereh:
Aziz Kadir - PKR
lawan Datok Anuar Musa - BN


DUN N24 Kadok:
Hj Azami Mohd Nor - PAS
lawan Roslan Ab. Hamid - BN


Jadual tugas pokcik pada aritu:

8:00am - 10:00am --> round pertama
12:00pm - 2:00pm --> round ke-2
4:30pm - selesai --> round ke-3

Hujan renyai mulai turun, sesekali jadi lebat dan berterusan sampai petang. Pengundi mulai ramai. Ramai yang keluar mengundi pada sebelah pagi.

Alhamdulillah tiada perkara yang tidak di ingini sepanjang tempuh pembuangan undi...segala nya lancar. Masuk waktu petang, pengundi semakin berkurangan. Dalam buku daftar pun dah banyak yang hadir mengundi...boleh lar relax. Sambil menunggu pengundi dok borak2 dgn PACA2 BN. Orang kampung pokcik gak...jiran plak tu!

Tepat pukul 5:00pm pintu pagar pun di tutup. KTM bagi 1/2 jam untuk berehat untuk buat apa apa ajer lah...

Masa pengiraan undi...pokcik kena bahagian parlimen. Bila semuanya selesai dan segala borang2 telah diisi dan tong undi di seal dan dimasukkan kedalam beg barulah dapat keluar pagar sekolah. Jam dah menunjukkan angka 8:00am. Keputusan nya bagi UPU Dusun Rendah:

DUN dimenangi oleh PAS
Parlimen dimenangi oleh BN

Keputusan akhir bagi DUN Kadok adalah:

Haji Azami Mohd Nor (PAS) - 6,972 undi
Roslan Ab. Hamid (BN) - 5,169 undi
Majoriti - 1,803 undi.

Malam nya pulak, pergi ke pusat penjumlahan undi di Politeknik Kota Bharu. Ramai betul manusia kat sini. Pukul 12:30am, keputusan masih belum lagi keluar. Balik rumah ajer lah...mata dah mengantuk giler nih...

p/s: pokcik mengambil masa hampir 9 jam untuk menyiapkan nie....pokciktertidur!

3 comments:

KeL@T said...

huhuhu... sgt memenatkan kannn... huhuhu... mujurlah kelat masih btanggungjawab utk mesia nih... ekekeke... yg kelat pulak berada di Bilik Gerakan... setia menanti di depan tepon... KTM diminta menefon kelat setiap sejam utk mlaporkan jumlah pengundi yg kuar ngundi... adeiii... saket tengkok kelat ni tawww... dok teleng2 kiri dan kanan... dah dpt figure just faks ke SPR... dorg memantau dr masa ke semasa... jenuh nak tunggu kol 5... pehtu, setia menunggu KTM serahkan peti, sampol2 kpd big bos... then teruih key dlm sistem SPR yg dibekalkan... penat jugak tuh... sampe skrg... penat2 masih berbaki... abes negeri perak tgadai gara2 si durjana itu... huhuhu... sgt2 pilu... ngeeeeeeeeeee...

Tok Ketua said...

pokcik tau siapa yang kelat maksudkan tu...

sibaik ler negeri Perak tu ada sistem beraja kalau tak dapat ler Perak MB dari DAP...kalau dari PAS ok ler jugak!

Jie said...

kelat..>> ooo patut ler kejap2 polis yg bertugas tu dtg tanya bape org dah mengundi2...rupenya derang nk tepon bgtau kat kelat erk..


pokcik >> samalah kita jadi PACA. sy bertugas petang, bagi yg lelaki rehat sebab dia org nak berentap sampai malam. Tak ada apa yg berlaku, dah petang..orang pun tak ramai.

Ini pengalaman pertama sy jadi PACA, rasa best sgt².

Keputusan kawasan sy

ketiga2 DUN= BN tapi Parlimenan = PKR. Skrg ni DUN BN tu dah jadi pembangkang la pulak..hahahah..sukanyaaaa....!!!!!

Saya suka, sebab bkn saya ketua yg di atas tu sombong, bongkak tak dengar cakap/pendapat org tetapi ahli yg bawah2...berkinja2 kat pondok panas, mencarut , mengejek kami ni pondok panas BA. Lagi memualkan semua tu dah makcik²...tak beradap langsung. Kalau ditayangkan semuala depan anak cucu, malu anak cucu tengok.

Post a Comment