Coretan Ramadhan

Hari pertama puasa kena balik rumah mertua kerana dia orang mahu pergi umrah. Ada kenduri sedikit. Bertolak pukul 6 ptg, kerana tunggu along balik dari sekolah dahlu. Aku dok congak, mesti tak sempat berbuka kat rumah mertua nie...so kita orang pack lah apa yang patut utk dimakan masa berbuka nanti.
Sampai di Kg. Pek, azan berkumandang. Kami anak beranak park kereta tepi jalan. Kita orang semua berbuka kat tepi jalan ajer...aku nengok ramai gak yang senasib dengan aku nie, ada yang berbuka dengan beralaskan bonet kereta, ada yang cari wakaf dan ada yang 'berkelah' anak beranak kat tepi jalan ajer... Satu pemandangan yang menarik dan hanya dapat dilihat dalam bulan puasa ajer...
Sesungguhnya bumi Allah nie adalah rumah kita!

No comments:

Post a Comment