Lampu Hiasan Hari Keputeraan Al Sultan Kelantan.

Puas dok kat rumah malam malam, aku capai kamera aku tu dan pergi ronda ronda sekitar jalan ke K.Bharu nak tenguk lampu hiasan pada tahun nie...

Ini di sekitar Istana Negeri, Kubang Kerian.






Ini pula di Balai Islam, Lundang.





Lepas nie nak pergi ambil kat Taman Orkid Tengku Anis pulak tapi lewat sedikit kerana hari nie kena bertolak ke Cameron Highland sebab ada program kayuhan beskal MTB kat sana bersama pelajar2 UITM Kelantan. Balik 31 March nanti...

Part time tukang gambar pengantin

Cuti sekolah dah nak mula...bila masuk cuti sekolah nie ramai yang akan melangsungkan perkahwinan anak anak mereka. Masa nie lah,waktu paling sibuk buat seorang tukang gambar pengantin. Orang lain lah tuuu...pokcik biasa jah, ada lah 2,3 job.

Hobi mengambil gambar nie,hobi lama pokcik,masa dok sekolah rendah lagi tapi tak mampu nak beli kamera hok mahal mahal. Masa tu kamera semuanya pakai filem tak serupa macam sekarang pakai memori kad sahaja...digital ler tuuu!

Masa tu abang ada beli kamera nikon FE, curi curi guna tapi dia mesti tahu kita guna bila kita cuci filem nya. Kalau sekarang kita boleh buang on the spot mana mana shoot yang tak menjadi...sungguh senang!

Pada 9hb lepas, aku sebagai backup fotoghrapher untuk member aku. Hari tu prngantin nak buat shoot outdoor kat perdana resort. Aku follow ajer lah sambil nak test kamera yang baru aku beli yaitu nikon D40+18-55mm kitlens. Entry level dslr camera.

Nie pasangan pengantin nya.

aksi romantis pengantin baru...

aksi seorang tukang gambar dari kejauhan...

Lepas nie kena buat custom album untuk beliau...

Masa dok ambil gambar pengantin, terserempak dengan satu group macam dok buat foto shoot. Singgah kejap tanya dari mana...rupa rupanya pelajar dari Uitm Kelantan. Mereka buatsatu tugasan untuk subjek yang dia orang ambik. Dalam pada tu sempat juga lah aku snap gambar dia orang...so kepada girl yang nama nya sofea dan rakan rakan nya sila sms email kepada pokcik kat sini sekiranya mahu full size pics...

aksi happy dari pelajar Uitm Kelantan...ehem! ehem! ehem! batuk lakkk!!!

Sebetul nya lama sungguh pokcik tak jenguk blog nie,dah naik sesawang jadik nya. Banyak masa pokcik dok jaga forum tukang gambar negeri kelantan atau KLIK. kalau nak tahu apa itu KLIK sila lah tekan sini.

Ok...pokcik chowww dulu, ada masa pokcik masuk balik kat sini.

ps: walaupun sekarang tengah sibuk dengan foto, hobi pokcik yang lain tu tetap menteng...pada 20hb March nanti, kelab MTB pokcik (KMH) akan buat kayuhan dari Uitm Machang ke RPT Chenulang, K.Krai.
Pada 29-31hb Mach akan ke Cameron Highlang bersama student Uitm Machang. Kayuh kat sana.

AKU PENGHULU?

Eh! macam tak cayer lah...namun hakikat nya aku skrg mmg dah di lantik menjadi Tok Ketua di kg. aku kat Ketereh. So what??? banyak 'what' nya... satu... aku skrg dok menetap kat bandar KB yg jaraknya 20km ke kg. aku, ini bermakna aku terpaksa lah berulang alik dengan motor buruk aku tu...letih wooo!!!

Aku sebenar nya malas sungguh nak pangku jawatan nie sebab aku tahu banyak kerja yang kena buat,kena hadir menyuarat lah, kena jumpa anak buah lah, kalau anak buah ada masalah kat kita lah tempat nya, nak minta tampal jalan,baja padi, anak sekolah, yuran sekolah....wooo! wooo! banyak nya..! cukup lah sahaja jawatan aku sebagai SU dalam parti ajer! kalau boleh yang nie pun aku nak tolak, dah lama aku pegang, sejak tahun 1990 lagi! sapa mau jadi SU...angkat tangan! .... tak ader sorang pun sanggup!

Aku kalau ikutkan hati mahu jadi penyokong sahaja bukan nya nak dok barisan hadapan...pemimpin ler tuuuu! jadi penyokong kan senang...tak buat kerja pun orang tak marah tapi kalu jadi pemimpin kalau tak buat kerja...siap ler telinga akuuu...bising memanjang! walaupun dia semua tahu aku TAK MAHU JADI PEMIMPINNNN!!!
....jumpa lagi!

Cabaran Trail Balak Sg. Durian.

Program pertama kelab untuk tahun 2009, cabaran merentasi trail balak di RPT Chenulang,K.Krai telah selamat dijayakan. Seramai 18 peserta mengikutinnya.

Tempat permulaan

Asrul...siap bawa bekalan makanan satu bekas sandwich

Kayuhan bermula di hadapan rumah mertua saya pada pukul 10.00pagi. Agak lewat. Kami semua menuju ke lata yang jarak nya dalam lingkungan 7km. Kami semua berehat,makan dan mandi mengambil masa 30 minit lebih kurang kat sini.

Sekitar Lata Katak:



Sdr Rosli sedang mencari emas...



Bermula lah cabaran sebenar nya,yaitu menuju puncak tertinggi di dalam Hutan Simpan Sg. Durian.Keadaan trail amat baik sekali, cuma ada setengah tempat tu becak sedikit tapi ada chicken-loop!!!

Ini kali ke-2 aku melelui trail nie,kali pertama tahun lepas. Kali nie aku masuk melalui jeram, so jalan nya aku ingat2 lupa,menyebabkan aku tersalah masuk cabang, hampir sejam jugak tuu..! nasib baik kali nie ada backup dari 4W drive yang dipandu oleh Cikgu Baidi (bisas aku) dia lah yang rickie track. Last last kena keluar juga ke simpang 3 asal. Ambil jalan yang satu lagi dan memang kali nie betul trail nya.


Jalan masuk ke puncak, dah kena mendaki...

Ungu api terpaksa dinyalakan bagi menghalau nyamuk..!!!

Masa nie baru sedar, sebenar nya aku dah silap ambil jalan.

Sumber bekalan air terakhir sebelum sampai ke kemuncak.



Dah nak sampai...

Selepas bersusah payah bertarung dengan kepenatan yang melampau kerana terpaksa dorong beskal mendaki bukit yang kadang2 mencecah 45 degree!!! akhirnya kami sampai ke jugak ke kemuncak. Berehat 10 minit. Kebanyakan dari kami dah kehabisan bekalan air minum,nasib baik selepas ini tak banyak mendaki lagi tapi menurun...5 minit dah sampai kebawah. Dulu dari kongsi balak ke kemuncak kami ambil masa hampir 3 jam lebih..!

Cikgu Mie sdg menjamu selera laksam + bihun, dah hampir sangat ke puncak.

Yahoooo!!! Piyan,kokwa dan ...? antara mereka yang sampai awal.

Pemandangan dari kemuncak...



Bersiap untuk turun...

Pukul 4 petang kami semua sampai ke penamat. Lepas simpan beskal,kami semua mandi kat sungai yang betul2 dibelakang kedai rumah mertua aku...dan acara yang paling ditunggu tunggu yaitu MAKANNNN!!! bagai orang mengantuk disorong bantal dibuat nya.



Tambah! tambah! jangan malu malu..!!!

Kesemua peserta selamat dan tiada kecelakaan yang besar berlaku,takat terbalik dan calar sikut lutut tu biasa arrr..! nama nya lagi MTB tak gitu kawan?

Terima Duit Dividen LR

Semalam hadir ke majlis penerimaan dividen untuk peserta Ladang Rakyat (LR) di Wakaf Tok Wali,Melor. Majlis bermula pd pukul 9.00 pagi tp 8:30 dah tercongok kat situ...orang bagi duit kena cepat cepat...hehehe!!!

Kali nie aku bawak kamera sekali,nak ambik gambar2 kat situ.Lepas daftar diri,aku pun bawa keluar lah kamera aku,snap sana,snap sini...dia orang tenguk kat aku...mungkin dalam hati dia orang anggap aku nie wartawan dari akhbar mana... berseliseh dgn ustaz Azarizal,dia nie penceramah tetap jatidiri untuk peserta Ladang Rakyat. Dia tanya "Dari Sinar ko nie? aku jawab "Bukan ustaz...! dia pun berlalu pergi ke rostrum...

Ustaz Azarizal sedang memberi ceramah motivasi

Dr. Haji Nazmi Ghazali Azmi-Ketua Pegawai Eksekutif PPLR Negeri Kelantan.

Lepas majlis ceramah dari 2,3 orang yang hadir kat situ,tibalah masa yang ditunggu tunggu yaitu majlis penyampaian cek utk peserta Ladang Rakyat,aku pun mencelah masuk kedepan...dlm pada tu ada wartawan perempuan dari Sinar Harian.Tiap kali aku nak snap peserta Ladang Rakyat terima cek, Ustaz Wan Ismail akn kata..."dok molek,ado oghe nok ambik gamba..! lalu dibuat lah aksi nya. Dalam hati aku kata..."ceh! mcm wartawan plak aku kali nie..! Sedangkan masa tu ada wartawan sebenar,mungkin disebabkan kamera yang digunakan tu jenis kompak tak silap aku Sony DSC-H50, kamera nie mahal dari kamera 2nd hand aku tu,mungkin disebabkan aku pasang flash nikon SB80-DX tu yang buat kamera aku nampak gempak sikit dari dia...hehehe!!!




Acara penyampaian cek telah selamat dijalankan,aku pun duduk kat wartawan SH tadi...dia pun tanya mcm Ustaz tadi gak..."dari akhbar mana?" aku jawab "sendiri sendiri ajer...utk koleksi peribadi" Dalam pada tu sempat gak aku bagitau pasal Kelab Lensa Negeri Kelantan dan dia pun berminat nak join sama dan satu lagi pasal Kelantan MTB Hash sebuah kelab basikal bukit yang tersohor di Kelantan...tp percakapan kami nie dia tak catat lah,kalau tak munkin keluar SH gak...

Dalam pada tu,aku teringat yang aku tak bagi kunci pejabat kat budak pejabat aku...ahhh sudah! jam dah menunjukkan pkl 10 lebih,kesian dia orang dok tercongok kat luar...aku pun terus call Saiful,dia masih lagi kat rumah,aku suruh dia datang bukak sambil tu aku pesan kat member depan pejabat aku,suruh tunggu jap! Mcm mana buleh lupa plak....aishhhh!

Gallery:

Menunggu giliran utk mendaftar diri

Mintak laluan...

Tuan Haji Azami-YB DUN Kadok



Ustaz Wan Ismail-YB DUN Melor

Sebahagian penerima dividen dari PPLR

INFO LADANG RAKYAT:

Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan adalah sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Kelantan, ditubuhkan melalui Enakmen No.2 Tahun 2006 dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Jilid 59 No.9 bertarikh 27hb. April 2006 setelah diluluskan oleh Dewan Negeri pada 21hb. Februari 2006. Enakmen ini berkuatkuasa pada 1hb. Jun 2006 menerusi Warta Kerajaan Negeri Jilid 59 No.13 bertarikh 22hb. Jun 2006. Penubuhannya adalah bagi memenuhi hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Kelantan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosio-ekonomi Negeri.

VISI:
Menjadi Perbadanan Contoh dalam meningkatkan sosio-ekonomi penduduk miskin Negeri Kelantan.

MISI:
1. Mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Negeri Kelantan melalui sektor perladangan. 2. Mengurangkan kadar penerokaan haram Tanah Kerajaan Negeri. Di bawah program ini, Perbadanan akan membangunkan ladang-ladang kelapa sawit dan pendapatan yang dijana dari pemajuan ladang-ladang ini akan disalurkan kepada rakyat.