Cabaran Trail Balak Sg. Durian.

Program pertama kelab untuk tahun 2009, cabaran merentasi trail balak di RPT Chenulang,K.Krai telah selamat dijayakan. Seramai 18 peserta mengikutinnya.

Tempat permulaan

Asrul...siap bawa bekalan makanan satu bekas sandwich

Kayuhan bermula di hadapan rumah mertua saya pada pukul 10.00pagi. Agak lewat. Kami semua menuju ke lata yang jarak nya dalam lingkungan 7km. Kami semua berehat,makan dan mandi mengambil masa 30 minit lebih kurang kat sini.

Sekitar Lata Katak:



Sdr Rosli sedang mencari emas...



Bermula lah cabaran sebenar nya,yaitu menuju puncak tertinggi di dalam Hutan Simpan Sg. Durian.Keadaan trail amat baik sekali, cuma ada setengah tempat tu becak sedikit tapi ada chicken-loop!!!

Ini kali ke-2 aku melelui trail nie,kali pertama tahun lepas. Kali nie aku masuk melalui jeram, so jalan nya aku ingat2 lupa,menyebabkan aku tersalah masuk cabang, hampir sejam jugak tuu..! nasib baik kali nie ada backup dari 4W drive yang dipandu oleh Cikgu Baidi (bisas aku) dia lah yang rickie track. Last last kena keluar juga ke simpang 3 asal. Ambil jalan yang satu lagi dan memang kali nie betul trail nya.


Jalan masuk ke puncak, dah kena mendaki...

Ungu api terpaksa dinyalakan bagi menghalau nyamuk..!!!

Masa nie baru sedar, sebenar nya aku dah silap ambil jalan.

Sumber bekalan air terakhir sebelum sampai ke kemuncak.



Dah nak sampai...

Selepas bersusah payah bertarung dengan kepenatan yang melampau kerana terpaksa dorong beskal mendaki bukit yang kadang2 mencecah 45 degree!!! akhirnya kami sampai ke jugak ke kemuncak. Berehat 10 minit. Kebanyakan dari kami dah kehabisan bekalan air minum,nasib baik selepas ini tak banyak mendaki lagi tapi menurun...5 minit dah sampai kebawah. Dulu dari kongsi balak ke kemuncak kami ambil masa hampir 3 jam lebih..!

Cikgu Mie sdg menjamu selera laksam + bihun, dah hampir sangat ke puncak.

Yahoooo!!! Piyan,kokwa dan ...? antara mereka yang sampai awal.

Pemandangan dari kemuncak...



Bersiap untuk turun...

Pukul 4 petang kami semua sampai ke penamat. Lepas simpan beskal,kami semua mandi kat sungai yang betul2 dibelakang kedai rumah mertua aku...dan acara yang paling ditunggu tunggu yaitu MAKANNNN!!! bagai orang mengantuk disorong bantal dibuat nya.



Tambah! tambah! jangan malu malu..!!!

Kesemua peserta selamat dan tiada kecelakaan yang besar berlaku,takat terbalik dan calar sikut lutut tu biasa arrr..! nama nya lagi MTB tak gitu kawan?

Terima Duit Dividen LR

Semalam hadir ke majlis penerimaan dividen untuk peserta Ladang Rakyat (LR) di Wakaf Tok Wali,Melor. Majlis bermula pd pukul 9.00 pagi tp 8:30 dah tercongok kat situ...orang bagi duit kena cepat cepat...hehehe!!!

Kali nie aku bawak kamera sekali,nak ambik gambar2 kat situ.Lepas daftar diri,aku pun bawa keluar lah kamera aku,snap sana,snap sini...dia orang tenguk kat aku...mungkin dalam hati dia orang anggap aku nie wartawan dari akhbar mana... berseliseh dgn ustaz Azarizal,dia nie penceramah tetap jatidiri untuk peserta Ladang Rakyat. Dia tanya "Dari Sinar ko nie? aku jawab "Bukan ustaz...! dia pun berlalu pergi ke rostrum...

Ustaz Azarizal sedang memberi ceramah motivasi

Dr. Haji Nazmi Ghazali Azmi-Ketua Pegawai Eksekutif PPLR Negeri Kelantan.

Lepas majlis ceramah dari 2,3 orang yang hadir kat situ,tibalah masa yang ditunggu tunggu yaitu majlis penyampaian cek utk peserta Ladang Rakyat,aku pun mencelah masuk kedepan...dlm pada tu ada wartawan perempuan dari Sinar Harian.Tiap kali aku nak snap peserta Ladang Rakyat terima cek, Ustaz Wan Ismail akn kata..."dok molek,ado oghe nok ambik gamba..! lalu dibuat lah aksi nya. Dalam hati aku kata..."ceh! mcm wartawan plak aku kali nie..! Sedangkan masa tu ada wartawan sebenar,mungkin disebabkan kamera yang digunakan tu jenis kompak tak silap aku Sony DSC-H50, kamera nie mahal dari kamera 2nd hand aku tu,mungkin disebabkan aku pasang flash nikon SB80-DX tu yang buat kamera aku nampak gempak sikit dari dia...hehehe!!!




Acara penyampaian cek telah selamat dijalankan,aku pun duduk kat wartawan SH tadi...dia pun tanya mcm Ustaz tadi gak..."dari akhbar mana?" aku jawab "sendiri sendiri ajer...utk koleksi peribadi" Dalam pada tu sempat gak aku bagitau pasal Kelab Lensa Negeri Kelantan dan dia pun berminat nak join sama dan satu lagi pasal Kelantan MTB Hash sebuah kelab basikal bukit yang tersohor di Kelantan...tp percakapan kami nie dia tak catat lah,kalau tak munkin keluar SH gak...

Dalam pada tu,aku teringat yang aku tak bagi kunci pejabat kat budak pejabat aku...ahhh sudah! jam dah menunjukkan pkl 10 lebih,kesian dia orang dok tercongok kat luar...aku pun terus call Saiful,dia masih lagi kat rumah,aku suruh dia datang bukak sambil tu aku pesan kat member depan pejabat aku,suruh tunggu jap! Mcm mana buleh lupa plak....aishhhh!

Gallery:

Menunggu giliran utk mendaftar diri

Mintak laluan...

Tuan Haji Azami-YB DUN Kadok



Ustaz Wan Ismail-YB DUN Melor

Sebahagian penerima dividen dari PPLR

INFO LADANG RAKYAT:

Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan adalah sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Kelantan, ditubuhkan melalui Enakmen No.2 Tahun 2006 dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Jilid 59 No.9 bertarikh 27hb. April 2006 setelah diluluskan oleh Dewan Negeri pada 21hb. Februari 2006. Enakmen ini berkuatkuasa pada 1hb. Jun 2006 menerusi Warta Kerajaan Negeri Jilid 59 No.13 bertarikh 22hb. Jun 2006. Penubuhannya adalah bagi memenuhi hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Kelantan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosio-ekonomi Negeri.

VISI:
Menjadi Perbadanan Contoh dalam meningkatkan sosio-ekonomi penduduk miskin Negeri Kelantan.

MISI:
1. Mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Negeri Kelantan melalui sektor perladangan. 2. Mengurangkan kadar penerokaan haram Tanah Kerajaan Negeri. Di bawah program ini, Perbadanan akan membangunkan ladang-ladang kelapa sawit dan pendapatan yang dijana dari pemajuan ladang-ladang ini akan disalurkan kepada rakyat.

Mari Mengenal Bulan Hijriah

Ramai di antara kita (termasuk pokcik sendiri...hehehe!!!) tak tahu asal usul nama bagi bulan bulan dalam kalendar Hijriah kita nie. Kat sini pokcik petik dari Wiki pasal bulan bulan nie...


Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.
  1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    • Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
  2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    • Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
  3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
  4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim bunga.
  5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
  6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
  7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    • Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
  8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    • Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
  9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    • Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
  10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    • Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
  11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    • Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
  12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    • Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Kayuhan Warisan Taiping 2008

Date: 27 - 28 Dec 2008
Time: 28 Dec - 0700 hrs
Destination: KAYUHAN WARISAN TAIPING 2008
Distance : 70km - 80% OFFROAD
Meeting Point: Taman Tasik Taiping
Classification: Jamboree
Objective: Finish the Ride

Sebenar nya tidak terlintas langsung hendak kesini walaupun dah berbuih kawan dok 'racun'. Aku malas,sebab jarak kayuhan nya jauh sangat yaitu 70km! walaupun sebelum nie aku pernah buat sampai 85km tp on road bukan nya off road. Bimbang takut kena tinggal kat geng.Sehari hari sebelum bermula nya event nie...dia orang dtg lagi, bagitau yang aku mesti gak kena pergi sebab ada sorang member tu dah register tapi tak dapat hadir so aku di'paksa' menggantikan tempatnya.Kesemuanya 7 orang. Kami bertolak lebih kurang pukul 6.00pm lebih. Dari Kota Bharu kami menuju ke Rantau Panjang sebelum keluar ke Lebuhraya Jeli-Grik melalui simpang tiga Puyu dekat Bukit Bunga. Sampai Jeli hari dah malam, kereta Haji Kamarul 'berona' keluar asap hitam berkepul kepul. dan jalan nya slow ajer..berhenti kejap tenguk apa yang patut. Lepas berehat 10 minit, mula bergerak tapi kereta Haji Kamarul tak setel jugak. Berhenti sekali lagi di Batu 17,Jeli dekat pejabat ladang rakyat, sibbaik ada restoran kat sini sambil Zuki pomen tenguk apa lagi masalahnya,yang lain pergi pekena minuman panas kat restoran tu...suhu sejuk giler dah lah malam,hujan pulak tu..!Semuanya ok...kereta Haji kamarul pun tak meragam lagi,perjalanan lancar sahaja walaupun hujan tak henti henti dari Jeli sampai lah Grik, hampir pukul 1 pagi baru sampai kat tempat tujuan yaitu Tasik Taiping. Ni lah 1st. time aku jejak kaki kat sini.

Acara bermula pada pukul 7:30 pagi,sebelum kayuh pergi ambik no. plate dahulu,aku dapat no. 681. Pekena minuman power bar secawan yang disediakan kat situ. Nak makan nasi pun tak sempat,orang dah nak start. Nasib baik lah tadi aku alas perut aku nie dengan beberapa keping biskut kering dgn air 7up bekalan aku masa berkayuh nanti.

Permulaan berkayuh,semuanya nampak hepi dan tak berpecah dari group kami. Melalui area penjara lepas tu masuk kawasan bekas lombong kat sini dah mula jammed sebab single track,bila yang depan tu slow,yang lain turut sama slow...tak lama lepas tu kena rentas parit air disebabkan titi nya tiada so...semuanya kena mengharung air ler nampak gayanya...air nya berbau tahi kambing! ceh!

Pemandangan kat area lombong tinggal nie mmg menarik betul dengan background berbukit...uwaaaa!!! menarik betul. Masa kat area nie lah aku pun menjarak kan diri aku dari geng aku, dia orang dah tertinggal kat belakang mungkin disebabkan oleh 'traffic jammed' tadi...lepas tu aku kayuh dah tak menoleh ke belakang lagi. Bila sampai kat water station pertama, aku tunggu gak dia orang sambil pekena pisang 2.3 biji...masih tak nampak batang hidung lagi dia orang nie...aku pun apa lagi teruskan kayuhan lagi. 35km pertama, aku dengan berkayuh dengan satu group chinese. Dia orang kayuh dasat betul tapi bila mendaki,turn aku lah ambik giliran...begitu lah sampai ke check point no.2, sebelum mendaki bukit tinggi kat ladang kelapa sawit. Dah lah tinggi, berselut pulak tu. Tayar basikal pun tak leh nak mencengkam permukaan yang licin tu. Aku tolak ajer lah...bila dah lepas masuk estet getah pulak sebelum keluar melalui perumahan estet ntah apa nama pun aku tak tahu.Aku pun dah tak kesah sangat dah,sebab badan dah letih dan bontot aku pun dah naik panas...sibbaik tak keluar asap! sakit tu tak payah cakap lah...rasa mahu kayuh sambil berdiri sahaja.

Aku rasa dalam pukul 12 lebih,aku berjaya keluar dari track tersebut sebelum naik semula ke atas jalanraya menuju ke taman tasik...aku berjaya dapat sticker checkpoint no 4 berhampiran belakang Maktab Rendah Sains Mara Taiping. Bila tanya marshall kat situ...berapa km lagi...dia orang bagitau dah dekat tapi bila kayuh tak juga sampai sampai, aku nie dah lama guna 'power reserve' nie, makin dekat nak sampai,makin 'otak' dibuat nya.

Sekitar 12.30 t/hari aku sampai ke garisan penamat. Berjaya jugak aku nampak nya. Aku rest sekejap sebelum bilas basikal kat parit yang berhampiran. Bila terkena air yang dingin,terasa nyaman sekali. Lepas bilas basikal,aku pergi ke khemah untuk ambil nasi. Dia orang sediakan Nasi Jagung,ayam gulai dan acar timun...sambil makan,mata aku melilau dok cari member aku, kot kot ada tp tak jugak nampak.

Sejam kemudian muncul lah Zuki dengan Merida nya...aku tanya kenapa lambat, dia bagitau dia cramp dan yang lain2 tu masih ada kat belakang lagi.Semuanya cramp ditambah dengan kepanatan dan kelaparan yang melampau...tu larrr,kalau tak tahan kayuh dengan perut kosong,jangan dok kayuh,makan lah dulu nasi sebungkus dua dulu...hehehehe!!!

Pukul 2.30pm acara cabutan bertuah pun bermula...malang sekali satu pun tak dapat. Selesai acara cabutan bertuah,semuanya bersurai. Aku pergi mandi dan berkemas untuk bertolak balik. Pukul 4pm group aku pun mula bertolak ke K.bharu. Singgah makan kat RnR Lebuhraya Timur Barat sebelum berehat dan lelapkan mata kat Puncak Titiwangsa bagi menghilangkan perasaan mengantuk. Hujan masih lagi mencurah curah...lepas bandar Jeli aku plak terlelap,sedar sedar member gerak dah pun sampai kat rumah aku...

Andai nya umur panjang, geng kami akan datang lagi...see you next yearrrr!!!

GALLERY PERISTIWA:


RnR Lebuhraya Timur Barat

Power Bar Booth

Siap selia untuk berkayuh


Mr Zuki SKMK



Merentasi Parit


Bekas Lombong Bijih Timah


Chicko from BBB's

Traffic Jammed weyyy...!!!



Tepian Tasik Merah

Tasik Merah



TBolt powerrrr...!

Nasi Jagung+Sunquick+1 biji limau

Bersama geng BBB's Rider dari Kuala Lumpur

Apa strategi kita?

Nombor2 yang tak bertuah...hehehe!!!