Clip Video KMH



klip video di ambil masa kita orang buat shoot kat KMH DH Trail. Ia adalah trail downhill pure yang pertama kat Kelantan...

saya telah youtube kan clip nie...

My Fuji Pinepix S9600

Ini adalah gadget terbaru pokcik, sebuah kamera digital yang dibeli secara 2nd. hand dari kawan yang bekerja kat Arab Saudi, di tolak murah murah ajer kat pokcik. Dia nak nak pakai Nikon D60 pulak...

Kamera nie bukan lah sepenuhnya DSLR tapi dalam kategori kamera prosumer. Dia berbeza dari DSLR kerana kamera nie dari jenis fixed lense tak macam DSLR yang boleh ditukar tukar lens dia.


Pandangan hadapan

Pandangan belakang

Kamera nie pokcik gunakan untuk mengambil gambar aktiviti kelab beskal pokcik dan juga menerima tempahan untuk mengambil gambar2 majlis orang kahwin...kira kira macam wedding photographer lah...dan pokcik juga telah create satu laman kat flickr--->http://www.flickr.com/photos/pokcik

Pantai Senok,Kelantan.

Lama betul blog pokcik ni berserawang...pokcik tak kemana mana ada sekitar sini jugak...

Ko orang nak tahu kat mana Pantai Senok nie? Kalau dari Kota Bharu ambil jalan menuju ke JPJ Panji, bila sampai kat traffic light ambil jalan ke Kedai Lalat atau Kota Jembal. Bila sampai di Kedai Lalat, ambil simpang ke Peng. Datu. Kemudian ambil simpang ke kiri bila nampak signboard Pantai Senok. Jarak dari Kedai Lalat ke simpang tiga Pantai Senok ada lah dalam lingkungan 6 km ajer, kalau dah nampak papan tanda Tawang, itu maknanya dah terlepas simpang tu.

Pokcik selalu datang sini untuk memancing tapi sekarang dah jarang2 datang ke sini. Boleh dikatakan aktiviti utama kat sini ialah memancing. Nak mandi tak digalakkan kat sini kerana pantai nya curam dan amat merbahaya kepada mereka2 yang tak tahu berenang terutama kepada kanak2. Kalau nak datang berkelah kat sini, kena bawak bekalan makan dari rumah, kerana kat sini tiada gerai makan.

Pantai nya cantik tapi sayang sekali tak boleh mandi manda...

Originally uploaded by Finepix S9600 Club

Dengar dengar itu...


Syawal datang lagi... sempena kehadiran nya saya mengambil kesempatan kepada mereka mereka yang terbaca, terlintas pandang, terlihat tapi tak baca, terjumpa blog ini... saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini jugak saya ingin memohon maaf ler atas keterlanjuran, terkomen yang melampau, tertulis yang tak tentu hala, tersampuk yang menyinggung perasaan ko orang semua...saya ingin memohon jutaan maaf, harap semua kesalahan itu ko orang maaf kan yer...!!!

ps: raya2 jugak...posa 6 tu buat segera jgn dok tangguh tangguh..!

Selamat Berpuasa


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca muslimin dan muslimat blog saya ini.

Bukit Ilmu Logging Trail

Pukul 7.30am Pian dah tercongok kat depan umah aku...hari seramai 8 KMH member pergi UITM Kelantan untuk acara test track bagi para peserta UITM MTB On Road 2008 pd 29/08/08 nanti. Masa atas kereta Pian aku sms ke Abe Az kat P.Puteh bagi tau perkara nie...dia pun nyalo nak turut serta.

Makan pagi dekat UITM. Lan,Safrol dan sorang lagi member dia pun turut sama untuk turut serta. Mereka ber-3 nie mmg favourite untuk acara minggu depan. Aku buat 1 lap ajer...pagi nie aku terasa nak pitam pulak...aku berpeluh dingin, jantung aku terasa dah over berdegup. Aku kontrol agar jgn jatuh...aku duduk,terasa lega sedikit…at last degup jantung aku kembali normal. Dia orang nak buat downhill pulak,aku tak ikut serta cuma tunggu dia orang ajer lagi pun aku pernah buat downhill kat situ tapi tersembam dan tertiarap biawak kat bawah jadi nya…

Ini trail kat tangki air UITM:

wakil kita dari P.Puteh...Abe Az tengah khusyuk dorong beskal dia!

tolak...tolak...jgn tak tolak

Selepas dia orang buat downhill, berehat sekejap, lepas tu baru lah kami semua kayuh menuju trail balak kat belakang UITM tu…tenguk keadaan tanah yang basah akibat hujan semalam aku yakin dalam bukit nanti lagi parah…!!!

Kesemuanya sudah berada kat puncak Bukit Ilmu…nampak hepi belaka,pas nie tenguk lah…betul apa yang aku rasa tak sampai 100 meter lumpur dah hampir membaluti beskal masing masing. Mana mana yang pakai sistem v-brake lagi cepat lumpur lock tayar dia orang sampai nak bergerak pun tak boleh…terpaksa lah seret tayar yang terkunci tu sampai ada yang nak patah balik…!!! Orang kata alang alang main MTB biar macam kerbau berkubang!

Ini plak trail Bukit Ilmu:

rilek jap...! tambah O2

pemandangan di puncak...

Abe Az...kehabisan air

blood sucker...!!!

Akhir nya semua dapat turun Bukit Ilmu dengan selamat tak ada sorang pun yang tercedera tapi yang terjatuh tu ada lah…Pukul 12.30 t/hari kita semua sampai ke kampus UITM.

Air terjun Jeram Pasu

Pukul 3 petang, kami berkonvoi dengan kereta ke Jeram Linang. Nak pergi mandi kat sana. Lama betul aku tak kesana. Sampai sana kita orang mendaki ke tempat air terjun yang atas. Adalah kat sejam lebih kita kat situ. Lepas tu bertolak balik. singgah kat Bukit Abal sekejap. Aku beli tempat sangkut beskal untuk kereta. Murah ajer Cuma RM30…maklumlah barang 2nd….!!! Lepas tu terus bertolak balik menuju kerumah…

MTB On Road - Endurance

Perancangan asal KMH akan kesana nak buat cross ride tapi disaat2 akhir ramai yang tak jadi dengan alasan masing2, cuma yang sangkut Abe Az dari P.Puteh. Dia nak ajak member dia dari K.Krai joint sama. Kami bertiga ajer lah nampak gaya nya... tapi sebelum tu Abe Az kena hantar orang perempuan dia kat rumah dia di Perol. Janji akan bertemu dengan dia pkl 11.45am di Machang.

Setelah semua nya siap siaga,pukul 10.30 aku sekelurga pun bertolak ke rumah orang perempuan aku kat RPT Chenulang. Masa dalam kereta sms abe az tanya dia dok ka mana, dia balas bagitau tak jadi plak sebab member dia dari K.Krai tak siap lagi urusan kat bandar Kota Bharu...dia rasa takut nak kayuh berdua dengan aku kat sana nanti. Dia kata kalau berlaku apa apa tiada backup...susah! Rasa kecewa gak tapi tak aper lah...sorang pun sorang lah, selama nie pun aku biasa masuk sorang sirang ajer...!!!


Laluan K.Krai-Kota Bharu

Segala perancangan tak menjadi, so aku pun ambik keputusan nak buat kayuhan balik ke Kota Bharu dengan beskal ajer...nak buat kayuhan jarak jauh pulak. Aku sebelum nie tak pernah lagi kayuh beskal dari Kuala Krai ke Kota Bharu...jauh tuuu bagi aku lar..!!! tak apa, aku cuba dulu dan aku yakin aku akan sampai ke Kota Bharu cuma masa ajer yang menentukan nya. Aku dah set nak buat dalam tempuh 4 jam.

Pukul 7.30 pagi aku pun mulakan kayuhan aku. Aku ambik jalan Kuala Pertang dan terus ke Telekong sebelum bertemu dengan jalan utama K.Krai-Kota Bharu. Dalam 11 km pertama memang memenatkan sebab jalan nya berbukit bukau sebelum sampai ke jalan utama. 
Pukul 8.00 pagi aku sampai ke jalan utama...lega!!! sebab selepas ini jalan nya mendatar sahaja, kalau mendaki pun tak ler tinggi sangat. Aku maintain kayuhan aku jangan laju sangat tapi kadang2 tu aku speed gak...maklum ler power masih banyak lagi nih...hehehe!!!

Pukul 9.34 am aku sampai di Ketereh, berhenti untuk minum dan pekena roti chanai kat kedai abe mat depan pejabat PAS Ketereh jap tapi malang nya dia tak buat roti hari nie...minum air ajer lah. Aku dok sini 1/2 jam untuk melepaskan lelah. 

Pukul 10.00 pagi aku sambung balik kayuhan aku. Tak jauh dah...dalam 24 km lagi sampailah aku kat Kubang Kerian. Dari sini aku kayuh pelan pelan sebab dah letih dan punggung pun tak sah cerita lah...kebas!!! lepas duduk bangun,lepas bangun duduk begitulah sebelum sampai kat Kbg. Kerian pada pukul 10.54 pagi. 

Lepas basikal dalam setor aku pun pergi pekena air kat kedai makan pak din...dia tanya hari nie gateh pergi mana? Aku cakap baru sampai dari Kuala Krai...!!! terkejut beruk orang tua tu dibuatnya sambil menggeleng geleng kepala... aku plak bagai nak putus nyawa dibuat nya tapi aku bangga sebab nie rekod peribadi yang terjauh sekali pernah aku buat...

Rutin MTB on Road

Ianya bukan MTB on Road Challenge mcm kat bawah tu...tapi yang nie rutin kayuhan MTB pokcik. Lama betul tak buat XC ke Pantai Kemayan kat Sabak tu...so ari nie rasa mo kesana plak. SMS pd 2,3 orang member tp semuanya tak bersahut. Nampak gaya nya kena buat sorang2 lah nih!!! Sampai ajer dari kg. pokcik kat Ketereh tu, pokcik terus bawak kuar beskal pokcik tu, mo tukar tayar ke size 1.95, baru laju sikit kayuhan nya.


Wheleer CXZ 5000 fullsus-jentera kayuhan pokcik


Gambar masa kat Chempaka MTB Park...yang tak berapa park!

Pukul 5.30 dah start kayuh...nak ambik route mana ari nie nak ke Pantai Kemayan. Haaaa....dah dapat, dari simpang 4 JPJ ke Kota Jembal, lalu ikut Sekolah Raja Sakti, belok kanan ambil simpang ke Chicha Menyabong (apa peristiwa berlaku kat sini nih...), Kg. Dusun Durian keluar ikut pekan Wakaf Zing terus ke Simpang 3 Tawang. Dari sini, koner kiri ambik jalan Pengkalan Datu sampai simpang 3 ke Pantai Kemayan terus ke Pantai Kemayan. Biasak lar sampai sini rehatkan badan dulu sambil pekena nescafe panas segelas...!!! Minum kat bawah bayang pokok rhu ditambah plak dengan bayu laut...uwahhhh!!! best betul, kejap ajer,suhu dan degupan jantung pokcik keparas normal...dok sini 15 minit!

Perjalanan pulang,pokcik menyusur jalan pantai melalui tapak projek KEL-OIL keluar ikut jalan Pantai Senak. Dari sini ke jalan Pengkalan Datu balik, sampai di simpang 3 ke Gertak Pak Nik Lah ambik kanan, lepas tu beluk kanan ambil jalan ke Babong, lalu depan kilang makjun ikan linang (sekarang tutup dahhh...) tembus ke jalan Kota Jembal dan akhir nya cukup lah satu pusingan yang pokcik tak tahu berapa puluh km...sampai rumah ngam ngam waktu maghrib!!! 

MTB On Road Challenge 2008

Sekali lagi kelab KMH akan menganjurkan satu lagi event seperti mana kat atas tu...kali ini dengan pihak UITM Kelantan. Hanya ada satu kategori sahaja yaitu secara terbuka, jadi kepada kaum hawa yang berminat menyertai nya terpaksalah bersaing dengan kaum Adam...!!! Harus di ingat! Tak semua kaum Hawa tu lemah dan tak semua kaum Adam tu kuat...hehehe!!!



Masa dan Tempat seperti dibawah:

1. Tarikh: 29hb Ogos 2008 (3 hari pas tu...kita mula berpuasa!)
2. Masa: 7.30 pagi - 12.30 hari
3. Tempat: Laluan didalam kawasan kampus UITM Kelantan di Machang.
4. Bayaran penyertaan hanya RM15.00 sahaja!!!

Tidak lupa juga ada cabutan bertuah...so, kepada sesiapa yang nyalo, marilah joint sama! kena cepat sikit hantar borang tu sebab kita had kan kepada 150 orang penyertaan sahaja!!! Ini kira limited edition larrr...

Test trek akan diadakan seminggu SEBELUM pertandingan yaitu pada 22hb Ogos 2008...ingat tu, kalau terlepas tarikh tu kira nasib lah! pada racer yang datang dari luar Kelantan boleh hubungi pihak KMH atau UITM untuk urusan penginapan. Kita cuma urus penginapan sahaja...bayaran tu, sendiri tanggung lerr!

Pada sebelah petang pulak kita kumpul ramai2 lepas tu kita pergi layan trail balak kat belakang UITM tuuu...

Sila donload form dan flyer dia kat bawah:

1. Form dia klik sini. 
2. Flyer plak klik sini.

Ini kira acara penutup sebelum kita menuambut bulan Ramadhan.

15 Cagho Nok Ikak Kasut

Kalu teraso puah denge ikate kasut hok sedia ado, kat sini kawe ado sedioke ikate kasut hok laen dari yang laen...pilih lah hok mano berkene dihati. Biar oghe dok tengok ko kasut kito. Nok molek lagi,guno tali berlaine kalar...































Clip Video Kenangan

Masa dok merayau kat youtube terjumpa plak clip nyanyian biduanita negara saloma...lagu nya mmg sedih terutama kepada mereka mereka yang pernah kehilangan insan tersayang..!!!



Rakaman ini dibuat dalam tahun 1981 oleh Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) dalam program 'Irama dan Lagu'

Sebuah persembahan dari Biduanita Saloma yang menyentuh perasaan. 2 tahun kemudian, beliau pun pulang ke Rahmatullah...alfatihah!