Aku,Zuki dan Rosman ke pejabat baru Odeng. Hari nie dia buat kenduri kesyukuran sempena pembukaan pejabat baru dia tu...makan nasi dagang.

Balik ke pejabat Zuki, terserempak dgn En. Zaidi. Dia nie orang yang pertama sekali jadi jurutera kat kg. aku. Lama betul tal jumpa dia. Rupa rupanya dia yang jadi RE utk projek masjid baru Pulai Chondong,sebelum nie aku tahu nama nya ajer tapi tak sangka dia plak...

Ptg. aku berkayuh mengikut route favourite aku yaitu ke pantai sabak dan airport...keadaan berangin yang membuatkan aku cepat letih!


Semalam masuk kerja pukul 9 pagi, Tie call aku dia tak dapat datang sebab sakit perut... aku dok pejabat sampai pukul 12 t/hari lebih pas tu balik rumah.
Pukul 2 ptg aku kena pergi ke Peringat sebab hari nie ada penyampaian dividen Ladang Rakyat kali ke-2 untuk aku. Pasal program Ladang Rakyat nie aku dah story mori kat entry yang lepas...dapat RM600. Sebelum tu, ada tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz wan Ismail Wan Jusoh bekas ADUN Melor. Dia bagi tazkirah berkenaan dengan Perkara Perkara Yang Menggugurkan Sahadat kita...memang menarik betul. nanti aku buat entry khas pasal tazkirah nie...
Pukul 5 ptg. program selesai. Aku balik ke pejabat, kemas barang2 aku chowww balik rumah.
Malam kena pergi ke Kadok pulak. Kena buat lapuran pasal program gerak gempur daftar pengundi. Kira program politik lah nih... tok penghulu kampung aku bagi surat notis mesyuarat agung yang akan dibuat pada 16 Febuary nanti. Lepas aku tandatangan notis tu,aku kembalikan kepada dia.
Pukul 11.30pm majlis bersurai...aku singgah minum kat gerai era kejap, lepas tu baru lah aku naik kat rumah. Aku tenguk isteri dan anak aku yag kecil tu tidur kat ruang tamu, aku tanya kenapa tidur kat luar? baru lah aku tahu...nie semua pasal anak lelaki aku yang berumur 7 tahun tu bergaduh dengan kakak dia berebut pasal nak main game kat pc aku tu. Anak lelaki aku nie, kalau dah terstop angin dia, mula lah dia masuk bilik aku dan kunci dari dalam. kalau dia kunci guna kunci pintu ajer tak aper, sebab aku boleh bukak tapi kali nie dia kunci pakai kunci kedua kat situ. So...malam nie kami tiga beranak tidur kat ruang tamu ajer lah!
Bila aku bangun nak solat subuh, aku tenguk dia terselit kat mama dia...anak lelaki aku nie penakut orang nya, kalau dia nak tidur mesti dia ajak mama dia teman kan dia...tak macam bapak dia...berani, berani ada makner tuuu...kata isteri aku...KAH! KAH! KAH!

Missi yang tak menjadi

26/01/07 -> Jumaat
------------------
Dalam program, nak bertolak ke KL pukul 4:30pm tapi tertunda sampai pukul 7:00pm. Banyak benda yang si Saiful ni nak diselesaikan terlebih dahulu...biasak lar tu arrrr!
Sebenarnya si Saiful yang ajak temankan dia pergi ambil barang2 rumah dia kat Bukit Mahkota. Kebetulan adik ipar aku nak ke KL juga ambil barang2 rumah sewa adik ipar, biras aku Ustaz Ya kat Seri Kembangan. Jadi si Saiful nie nak tumpang kan sekali barang2 dia kat dalam van adik ipar aku tu. Kalau tidak, entah bila lar...barang2 dia akan dibawa balik ke Kelantan.
Berhenti makan minum kat R&R Gua Musang, lepas tu singgah katPetronas GM. Towkey stattion nie org kg. aku...Tuan Haji Zakuan. Lepas isi petrol, nengok2 tayar kereta pulak buat hal...bocor! kena tukar tayar plak.

27/01/07 -> Sabtu
-------------------
Pukul 4.00am, berhenti rehat kat Hentian Genting Sempah. Mengantuk sesangat..ZZzzzz!
Pukul 8.00am,sampai kat Tmn. Melawati. Saiful call teman dia kat rumah sewa dia dulu, dia kata dok kat Johor, kunci rumah dia tinggalkan kat teman dia. Bila call no. yang diberi, mamat nie pergi Melaka dan yang paling hampeh nya...kunci rumah dia bawa sekali! pulak dah...haru betul. Dia balik tengahari nanti. Itu janji dia, aku boleh tunggu tapi kalau tunggu,punya tunggu tak juga sampai macam mana? dah lah aku datang beratus ratus kilometer hanya nak ambik barang barang tersebut tapi bila sampai sini dia orang pulak buat deeekkkk ajer...buang masa dan karan peringkat maksima betul lah! bincang punya bincang dengan Saiful, aku pun suruh adik ipar aku tu balik dulu lah, sebab tuan punya barang dah kerja besuk hari. Jadi niat nak bawa balik barang2 rumah sewa si Saiful tak kesampaian juga..!
Kalau macam tu, aku ajak Saiful lepak kat rumah member sepejabat aku dulu kat UK Perdana. Aku call Akram,sib baik dia ada kat rumah, sorry geng ganggu tidur kau orang! Masron, Faizal dan Kamarul pun ada sama...hepi betul dapat jumpa geng2 lama aku nie. Dulu kita orang semua kerja satu pejabat. Sekarang yang masih lagi kerja kat pejabat lama aku tu hanya 2 orang ajer yaitu Akram dan Masron yang dua orang lagi tu dah kerja kat tempat lain.

Lepas mandi, aku ajak dia orang ikut aku gi sarapan tapi dia orang tak mo...nak sambung tidur kata nya...lantak kau orang lah! Kedian pergi kat Ombak dan Ligh Craft Lighting kat Ampang, cari lampu untuk rumah Tengku TT yang baru tu. Sejam lebih juga aku kat situ...byk betul lampu kat situ dan design nya mmg. menarik sekali...sehari suntuk aku dok round KL dah naik letih dah nih...makan kat bistro D'Mara kat Medan Mara tu...Nasi Ayam dia tak best langsung..! pas tu kita balik ajer lah, aku nak merehatkan diri dan sambung tidur kejap...hehehe!
Program petang nanti nak naik roda pusing kat Tasik Titiwangsa yang tersohor tu...Sampai rumah, layan movie Terminal kat astro, pkl 6.00pm baru abiss...roda pusing CANCELLL! letih tak hilang lagi.
28/01/07 -> Sabtu
---------------------
Malam tu dah planing awal2 dengan Saiful, besok kita bertolak lepas subuh kerana pukul 6:00pm Saiful kena pergi Istana Mahkota. OK...set! tapi bila tiba waktu, hampir pukul 9:00am baru boleh bertolak balik ke KB. Sempat ke tak nie, nak sampai sebelum pukul 6:00pm kat KB nieee...masa dok kat Karak Highway, dapat call dari Istana Mahkota mengatakan program pukul 6:00pm nanti di tunda ke pukul 10:00pm...huyeyyyy! boleh lah aku singgah kat Raub kejap. Hari nie hari membuang undi kat Batu Talam. Aku singgah makan kat pekan Raub, orang tak berapa ramai sangat, mungkin mereka ke Batu Talam. Masa aku makan kat situ, terserempak dengan Y.B. DATO' MOHD JOHARI BIN BAHARUM - Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Aku kenal dia nie cuma dia ajer yang tak kenal aku...hehehe!
Hari nie ada pekan sehari kat Raub nie, Saiful ajak singgah kejap kat situ, sebab nak jumpa mak mertua dia yang berniaga kat situ. Aku pulak dok merayau kat situ tenguk barang2 jualan kat situ. aku beli pisang restali dan lemak manis sebagai bekal mengunyah atas kereta nanti...aku tertarik sebab harga dia murah betul...RM1.00 ajer sesikat!
Alhamdulillah..! pukul 5:00pm aku samoai kat KB.

Nota: Niat aku nak juga jumpa dengan kenalan2 blog aku nie tapi semuanya 'lari'...mereka semua tak ader kat KL... ;-(

Sekarang nie kebanyakan negeri dilanda musim tengkujuh, bagi aku pula dilanda musim 'malas' nak update blog aku nie...hehehe! skrg. dah OK!
Kronologi masa aku hilang:

17hb-20 Jan. 2007 - Streamyx aku kena terminate.Aku buat buat lupa bayar bil... :-)
21 Jan. 2007 - Pergi ke TMnet. Bayar bil. Streamyx aku telah active kan balik.
22 - 25 Jan. 2007 - Line dah OK tapi aku malas nak update.

Pagi nie aku buat kayuhan ke kampung aku kat Ketereh. Aku melalui pekan Peringat, Melor dan terus ke kampung aku...25km.

Aku sampai kat rumah abang aku pukul 9 pagi. Dia orang tak bangun tidur lagi. Hanya Kak Nah (kakak ipar) ajer yang ada kat dapur. Dia ajak sarapan tapi aku refuse sebab nak pergi makan kat gerai abg. mat kat sebelah kg. aku tu.

Bila aku sampai sana, Kob dan Pak su Sulaiman ada kat situ. Jenuh juga aku dok jawab soklan dari mereka. maklum lah aku nie jarang2 balik kampung sendiri. Kalau balik pun hujung2 minggu macam nie ajer. Pak Su Sulaiman tak berapa sehat, aku rasa kat kampung aku nie hanya dia dan Mak Su Mek (guru quran aku) orang tua yang masih ada. Kedua dua nya tak berapa sehat dah. Pak Su Sulaiman bagitau aku Pak Ngah Seman (tukang sembelih lembu) masuk hospital kat KB pasal kencing manis dia tu...

Sebelum aku bertolak balik ke KB, aku singgah kat rumah kakak aku kejap. Ambil jam tangan aku yang tertinggal pada hari raya Korban lepas.

Pukul 11 pagi, aku sampai kat rumah aku kat KB.

Lepas Jumaat nanti, aku dan Saiful nak ke Kuala Lumpur. Pergi Bangi. Ada urusan kerja kat sana...

Pagi semalam, bila masuk pejabat Tie bagitau aku yang monitor kat pc dia tak mo kuar gambar...aku check kejap, tak mo jalan jugak. Aku pun balik rumah ambik monitor aku yang 17 inci tu bawa ke pejabat. Bila pasang, tak mo kuar gambar jugak...nie apahal plak? so terpaksalah aku guna kepakaran services pc yang aku dah jemu nak buat hal2 mcm nie. Kena bukak dia punya cover pastu cabut apa yang perlu dan cuci dan lap debu2 yang dah berkurun bersarang kat VGA dan RAM dia tu. Bila semuanya dah OK aku pasang balik dan...semua masalah selesai!
Masa dok kat rumah nak ambil monitor aku tu, Saiful call, tukang eletrik yang nak pasang lampu hiasan kat Istana Negeri nak jumpa aku dan tanya apa yang perlu dia buat. Sebelum tu, aku dgn Saiful singgah kat kedai nasi berlauk badang. Aku order air ajer. Bila selesai makan aku dan Saiful terus ke Istana Negeri. Lepas bagi briefing kat tukang letrik tu, aku pun belah.
Malamnya pula, ke kiosk Projek Diraja kat Wakaf Che Yeh. Pergi ambil duit untuk jualan hari nie. Kak Tie yang bertugas kat situ bagitau stok budu dah nak abiss. Budu yang dijual kat sini adalah hasil produk Projek Diraja juga dan yang special nya, budu nie telah siap dimasukkan dengan segala macam perasa seperti asam limau dan lada. Buka terus guna. Harga dia RM4 sebotol. Murah dah tu... siap ada logo Projek Diraja lagi! promosi budu sikit... :-)

Cayer lah! Pakcik Razak

Kat sini aku nak ucapkan tahniah lah kepada pakcik Razak kita nie kerana menjadi pemenang hadiah utama Program Ganjaran RM1 Juta Telekom Malaysia Berhad (TM) baru baru nie. Banyak tu RM1 juta...mcm2 boleh buat dgn duit tu!
Aku respek abisss kat pakcik Razak nie, bukan kerana pakcik nie dah jadi jutawan atau pun nak mengaku aku nie sedara mara dia tapi pasal kenyataan yang dia buat kat paper semalam, tapi aku tumpang bangga jugak lah sebab dia nie senegeri dengan kawe...
"Jika sebelum ini,Allah memberi ujian ketika sebagai orang susah, namun kini mungkin ujian nyaberlainan sekali iaitu memberi rezeki sekelip mata didalam jumlah yang begitu banyak"
Kebanyakan dari kita,apabila diberi rezeki dan kesenangan kita bersyukur kepada Nya tapi jarang sekali menganggap rezeki dan kesenangan itu sebagai ujian dari Allah.

25 Perkara Yang Tidak Di Sukai Suami

Pada yang telah berumah tangga, mungkin kita tidak tahu pe'el perangai suami kita tu, lebih-lebih lagi yang baru setahun dua mendirikan rumahtangga. Berkongsi kehidupan nie, mmg. payah dari hidup membujang. Setiap tuturkata dan perbuatan kita mungkin bagi kita dah ok tapi ko bagi pasangan kita. So bila nak melakukan sesuatu atau berbicara tu fikir lah dahulu sebelum bertindak. Pada setengah- setengah husband benda nie tak menjadi kudis gatal punnn...tapi ada ketika nya 'terasa' jugak hati si suami kita tu...tenguk keadaan lah!
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan.. nak goreng telur pun dia tak tau.. bla bla bla "
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak bang? "
3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ie. "eh.. ayang suka la news pasal new peti ais tu.. ayang dah potong simpan ..."
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam ayang lupa beli garam, gula beras dan susu budak .... boleh singgah tak mana mana .. pleaze"
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "ayang suruh beli susu cair dan gula melaka, apsal bang beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu"
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "ayang dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, bang tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver bang tentang gambar 1500cc harley tu ayang dah tertukar jadi gambar bunga ros..."
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber.... ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih ayang jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt dan kain batik lusuh, rambut tak terurus serupa langsuir dan muka penuh dengan bedak sejuk...tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. ".. oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la bang, tak tau baju kurung mana nak pakai la, dlm. almari tu ada 100 pasang,so kena try satu satu .."
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu.."
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. ".. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. ",, nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. ".. bang solatlah dulu, ayang nak abiskan memasak nih.."
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan MU tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong ayang potong ayam nih.."
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar beruk Pak Mat.. then lagi u tak tak ... then today.. then tadi.. u tau tak... semalam u nak tau.... bla bla bla bla."
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. "saya dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla... ini semua salah abang "
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke? apasal sms beep beep beep tak henti henti nih... betina mana pulak awak nak nih..."
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. ".. eee u tau tak hubby i tu..."
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. ".. apasal bang tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor... ayang dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. ".. adik abang datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."DAN AKHIR SEKALI...
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. ".. abang tidurlah dulu, saya nak habiskan tengok WWF nih dulu then nak kacau tepung siap-siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."
Kepada semua isteri2 dan bakal isteri tu pandai2 la ambik hati suami, jangan bagi chance langsung untuk diorang cari alasan... :-)

Cuaca Dah OK

Pada sebelah pagi aku ke Muzium Negeri jumpa TP. Hari nie ada site visit dengan dia. Ada beberapa tempat yang perlu dilawati seperti Istana Jahar, Masjid Negeri, Bank Kerapu, Istana Batu...dll. Kesemua bangunan yang aku sebut dan tak sebut tu, ada kerosakan dan perlu dibaikki kat part2 tertentu. Aku tunggu kat kantin ajer, sarapan sambil borak2 ngan La. Lawa budak nie, kalau tak caya...buleh aku kenalkan kat kau orang semua...hehehe! Tak lama pastu TP keluar, suruh tunggu dlm 10 minit lagi. Dia ada meeting. Tak apa Ku...lagi lambat, lagi elok...panjang sikit ayat aku!

Disebabkan hujan turun, TP bagi penerangan ajer lah kat aku apa yang perlu aku buat dan menyerahkan list kerja2 yang kena buat. Dalam pada tu, dia suruh aku buat quotation untuk ubahsuai bilik mekanikal kpd bilik fail kat pejabat dia nie. Lepas buat ukuran dan ambil gambar, aku minta diri aku pun chow dan balik ke pejabat.

salah satu route yang biasa aku buat
Cuaca pada sebelah petang ok ajer, cuma berangin. Mentari muncul lagi. Ada peluang aku berkayuh pd petang nie, setelah 2,3 hari aku tak dapat berkayuh kerana hujan. Hari nie aku ambil laluan Jambatan Tendong, Pasir Pekan, Kota Bharu. Best gak berkayuh time berangin nie...dia tolong 'tolak' tapi yang tak best kalau ride menentang arus...bagai nak putus urat semereh, terutama sekali bila aku melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra kat Pasir Pekan tu...berair mata aku dibuatnya. Penat giler..!!!
Dah 3 hari cuaca kat negeri aku nie asyik dok hujan dan berangin kadang2 tu bertiup kencang. Langit sentiasa gelap. Hujan kadang2 lebat. Dah ada 2,3 tempat kat negeri ku nie dah dinaikki air dan penduduknya kena pindah.

Pukul 7am...langit sentiasa mendung
Kalau diikutkan pengalaman yang telah sudah, kat sini biasaknya akan berlaku 3 pusingan banjir barulah abisss...sekarang dok round yang ke-2.
Semalam ada satu event kat area pejabat aku kerja yaitu tempat penamat siri berbasikal Jelajah Malaysia 2007 anjuran REDMAX. Nie pusingan ke-3 dari K.Trengganu ke K.Bharu sejauh 163.4 km. Mereka semua tiba kat sini arround 1:45pm dalam keadaan hujan renyai2. Penyampaian hadiah di lakukan oleh Menteri Besar yaitu TG Dato' Nik Abd. Aziz Nik Mat.

MB diatas pentas...tengok apa yang dipakai nya kat kaki tu.. MB aku nie mmg sempoi betul lar..!

Pagi nie...morning2 lagi TP Muzium Negeri call aku pasal nak buat site visit kat beberapa tapak bangunan lama yang hendak dibaik pulih tapi hari nie aku ada site meeting kat tapak projek. 2 hari lepas aku dah bagitau dah yang ari nie tak boleh... (hari nie hari sabtu...sekerat hari, besuk hari ahad...public holiday! kalau nak, hari isnin larrr..! - TS P.Ramlee) eeeee! pelupa betul lah dia nie...

nota: punya lah seksi nak upload gambar sekarang nie...utk 2 keping nie ajer, mengambil masa 1o minit...buang masa dan buang karan aku ajer lah..!

Mula Kerja, Mula Sekolah dan Perantara

04/01/07
----------
Pagi2 lagi si Zakrie ajak aku sarapan. Dengan berkain pelikat aku masuk kedai makan. Nasib baik lah nie 'kandang' aku. Aku ingat ada hal penting dia nak bagitau aku, rupa2 nya nak cakap pasal rumah sewa yang aku suruh dia tolong carikan untuk cucu sedara aku tu. Kalau cakap awal2 tak lah aku berkain pelikat begini...bikin drop my 'water face' betul lar dia nie!

Pukul sebelas masuk office. Buat kerja lebih kurang, aku ke Asmah Collection jumpa Kak Mah, sebab nak hantar value report kat dia sambil sampaikan apa yang disuruh olih adik dia semalam. Panjang kesahnya tapi aku shortcut...sebenar nya aku nie dah jadi macam orang perantaraan untuk menyelesaikan masalah tak puas hati dari adik beradik beliau. Dia orang adik beradik seramai 3 orang termasuk ayah beliau berpakat nak buat bangunan asrama untuk diberi sewa kepada KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi). Modal buat bangunan mereka berkongsi bersama. Kak Mah yang banyak sekali kluarkan modal diikuti oleh ayah beliau dan 2 lagi adik2 dia tu. Segala dokumen dan perjanjian sewa diatas nama Kak Mah. Duit sewa di kutip oleh Kak Mah. Masa nie lah timbul perasaan tak puas hati dikalangan mereka. Mereka datang dok mengadu kat aku, Kak Mah tak bagi satu sen pada mereka semua. Modal sama buat keluar, sewa nak ambik kat dia sorang...rungut mereka. Tak pasal2 aku dok menanggung masalah mereka. Aku dah ada cara penyelesaiannya tapi aku malas nak cakap pada dia orang lagi. Satu hal lagi, mereka nie semua tak mo dok berbincang sekali. Semuanya dok datang story kat aku. Kejap dia nie datang, kejap dia tu datang, kejap kak Mah panggil aku nak dengar apa yang adik beradik dia cakap...last last aku juga yang jadi tukang fikir untuk mereka semua.
Mereka nie semua, bukan nya orang lain. Adik beradik biras aku jugak. Tu yang susah...silap cakap, nanti dia kata aku nie bias plak...susah! susah! mmg. susah!

Berbalik pada aku plak...tengahari nie Zuki ajak aku makan kat rumah dia. Dia buat kenduri doa selamat. Isteri dia hendak menjalani satu pembedahan bagi membuang fibroid kat dalam rahim. Tunggu Sina kejap, sebab dia datang nak ambik komputer dia. Lepas ajer bagi komputer tu, aku dgn Zakrie pergi ke rumah Zuki kat Tmn Husrah, Panchor.

Sebelah petang saiful ajak aku ke kedai hardware. Bila masuk office, tenguk2 Arif dan isteri dia ada kat dalam office aku. Dia datang nak tenguk anak dia yang sedang menjalani latihan praktikal kat pejabat aku.

Hari nie cuaca mendung ajer dan hujan pada sebelah petang. Kaji cuaca meramalkan hujan akan turun pada Jumaat nie, selama 4 hari. Kalau betul lar...banyak kerja aku akan tergendala! harap harap tak gitu...

03/01/07
----------
Datang awal sikit kat pejabat, sebab hari nie ada 2 orang budak dari IKBN akan datang melaporkan diri kat pejabat untuk menjalani latihan praktikal selama 3 bulan. Salah seorangnya cucu sedara aku sendirik yang dok kat Machang.

Lepas aku briefing lebih kurang kat dia orang, aku pun turun kat bawah. Makan. Kemudian aku dan Saiful ke Istana Negeri. Buat kerja2 ukur karpet kat Balai Mengadap dan juga bilik VIP kat situ. Raja Perempuan mahu tukar kepada yang baru.

Hari nie aku dan saiful berbasikal ke Pantai Sabak. Sampai sana lepak2 kat situ sambil makan colek keropok lekor dan mie sup. Kayuh,kayuh jugak! makan tak pernah miss...
Perjalan balik, aku melalui airport. Terserempak dengan geng basikal bulatan Cherang. Aku join sekali. Laju betul kayuhan mereka, sampai speedo meter aku mencecah 36 km/j. Tak larat aku dibuatnya, kalau aku ikut juga...boleh pengsan aku dibuatnya.

Malam aku lepak kat rumah ajer sambil reinstall balik winxp kat pc member...sambil tunggu siap dia instal aku baring2 mengadap tv, tubuh letih mcm nie best gak! akhirnya ntah masa mana aku terlelap...sedar2 isteri aku gerak solat subuh.

02/01/07
----------
Aku dah mula kerja dan hari nie juga bermulalah musim persekolahan. Tahun nie, kat sekolah menengah 2 orang yaitu Nur Adibba Balqis form 2 dan adik dia Nur Najwa Insyierah form 1. Sekolah rendah sorang ajer yaitu Afdhal Zairiel darjah 1. Kesemuanya 3 orang.
Sebab tu lah raya tahun nie aku tak sempat nak kemana mana, masa ciput sangat. nak pergi beraya kat rumah sedara mara pun tak sempat.

Bila anak2 bersekolah, kita orang tua nie pun macam bersekolah jugak. Mana tak nya...pagi hantar pergi sekolah. Tengahari pergi jemput balik kedian pergi hantar yang bersekolah petang pulak. Petang pergi jemput balik. Begitulah hari hari...penat wey!

Makluman Pada Pengguna Streamyx

Nie makluman yang aku terima dari TMNet.

We wish to inform our customers that the Internet service is currently experiencing a degradation in performance caused by several outages at some of the international links. This is attributed to the Richter 7.1 magnitude earthquake that struck off the southern coast of Taiwan at 12.07 a.m. on 27th December 2006, which caused the APCN2 (Asia Pacific Cable Network 2) submarine cable fault between Shantou, China and Tanshui, Taiwan and between Lantau, Hong Kong and Chongming, China.

This has caused outages at several TM Net international transit and peering links, mainly to the said countries. As a result, Internet users in Malaysia and other parts of Asia may be experiencing some delay when assessing content and websites hosted outside of Malaysia, especially in U.S., Japan, China, Taiwan, Korea and Europe. TM Net has taken immediate action to divert traffic through other back-up links to reduce the traffic congestion.

The international providers are carrying out immediate restoration works to rectify the problem. We will be making further announcements when the service has resumed.

TM Net Sdn Bhd apologizes for any inconvenience caused whilst at the same time, we would like to assure you that we are doing all that is necessary in order to restore the service as soon as possible.

note: tak kan mintak maap ajer,bil bulan nie kalau boleh bagi lah diskaun sikit...!

Nie plak News yang aku dapat dari member aku yang kerja kat TMNet:
Semasa link putus :
Most of the traffic will go via 4 x 155M UK and 1Gbps NTT Verio via HK. Most of the time all of these links is congested at 95%.

Good news:
1) 2 x 622Mbps and 1 x 155Mbps to US will be restored soon, target date 5/1/2007. -
2) 1x 2.5Gbps new link to Amsterdam will be up within next week, physical circuit is up and ready.

Bad news:
1) 1 x 155Mbps to UK flapping since 1:12 a.m. today and it is getting worst starting from 2:48 p.m. IPNOC will perfrom a testing and this will require downtime.

Latest news:
Update submarine cable failure 27/12/2006:

1) 1 x 2.5Gbps link to Amsterdam currently up and running. Current utilization IN/OUT 500Mbps / 0Mbps 20% / 0% (peak hours)
2) 1 x 155Mbps link to KDDI Japan restored at 5:07 p.m. 2/1/2007. Current utilization IN/OUT 147Mbps / 95Mbps 95% / 61% (peak hours)
3) 2 x 622Mbps links to US will not restore by 5/1/2007 due to lack of capacity. .

sekian tq

Nota: Nampak gaya sampai hujung bulan nie lar kita semua terpaksa meleleh air liur dok tunggu line slow giler nih...

Hari Raya Korban

Pagi2 raya mcm biasak lah...sibuk! akak aku masih lagi sibuk dengan kain jahitan...aku plak terpaksa menunggu giliran untuk masuk kebilik air! bayangkanlah 12 orang dengan 1 ajer bilik air. Aku terpaksalah mandi kat rumah abang aku. Sampai kat rumah, belumpun sempat aku nak butangkan baju malayu aku nie, kat madrasah dia orang semua dah pun berhenti takbir itu menandakan solat sunat aidiladha dah nak mula. Aku berlari lari menuju ke madrasah sambil dok butangkan baju melayu aku. Sampai kat sana,orang dah angkat takbir...aku angkat takbir dengan semputnya..!

Selepas solat sunat raya, aku salin pakaian sebab aku nak ke tempat orang sembelih lembu. Tahun nie aku ambil satu bahagian. Tukang sembelih lembu tahun nie kita orang semua beri amanah kepada Pak Muda Roni, tahun yang sudah2, tok penghulu yang lakukan. tahun nie beliau dah full booking. Group korban aku nie semuanya tak pro dalam segala hal. Dulu abang ipar aku ada dia yang terror dalam bidang nak jatuhkan lembu untuk disembelih, tahun nie dia pun dah full booking...tinggal abang aku yang sorang lagi yang menolong lapah kan kulit lembu dibantu oleh ahli kumpulan aku yang banyak bagi teori dari dok buat kerja. Aku? aku tukang pegang tali lembu dan siang daging tu boleh lar...! kerja2 yang heavy tu orang lain yang buat.
Walaupun kelam kabut...alhamdulillah semuanya selamat dan sempurna.

Pada sebelah petang, sebelum aku bertolak ke K.Krai aku tinggalkan daging korban aku tu kat kakak aku supaya dia agih agihkan kepada mereka2 yang tak buat korban hari nie. Aku ambil sedikit untuk dibawa balik ke K.Krai. Jalan raya ok ajer...walaupun banyak kenderaan tapi ia bergerak lancar. Tak ader siapa kat rumah mertua aku nie...mak dan bapa mertua aku masih lagi kat Mekah. Dia orang akan balik 14 Januari nanti, yang ada Imah dan hubby dia, keluarga Kak Na, Yie dan Wan. Itu ajer, yang lain2 tu tak balik. Kalau balik pun mungkin sampai malam nanti.

nota: gambar2 tak dapat di upload sebab streamyx ada problem. line jadi slow giler... dia orang cakap banyak server kat taiwan dan hong kong down, keupayaan sekarang hanya sekitar 20% ajer. Nak pulih semua sekali akan mengambil masa 3 minggu lagi...lama giler.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN...!

Sempena raya dah dekat nie, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban buat teman teman yang menjengah laman blog aku nie dengan pertanyaan "tak korban ke tahun nie?"

Pada mereka yang nak balik kampong tu, pandulah kereta atau motor tu dengan berhati hati...semuga selamat sampai ke kampong masing masing.

ambo mintok ma'ah lah pado semo saeng2 ambo, hok mano kena tu tu, maghilah ko ghumoh kawe di Ketereh...tahon nie kawe gherbe, so gien jah...

Kayuh2 Makan 'Langsat'

Pkl 8:30pm semalam ke KB Mall, bagi duit gaji ke Aida,dia nie staff aku. Budak T'gganu tapi tahun nie dia nak beraya kat rumah keluarga angkat dia kat Batu Gajah, Perak. Pastu wat windows shopping jap kat situ,kedian ke food court kraftangan. Tunggu Yie yang nak bagi duit untuk bil bil aku tu. Pukul 12 malam baru balik rumah. Janji dengan Saiful nak kayuh basikal pagi besuk.

Pukul 7:30am Saiful tak kunjung tiba, so nampaknya 'lone ranger' lah aku pagi nie. Pagi nie aku nak ke Pantai Irama, Bachok. Sampai sana, cari kedai makan,nak sarapan pagi. Aku tak sarapan lagi masa turun dari rumah tadi, cuma minum air kosong ajer segelas! Banyak kedai makan tak bukak lagi, terpaksa lah cari gerai makan kat luar. Lepas sarapan dgn nasi sebungkus dan secawan teh aku relax kat tepi pantai setengah jam. Dalam pada tu dok fikir nak balik nanti ikut route mana, nak ikut Perupok-Tawang-Kedai Lalat->Kota Bharu atau Jelawat-Bekelam-Pasir Tumbuh->Kota Bharu. Aku ambil keputusan ikut Jelawat sebab route nie aku belum pernah lalu lagi.

Dalam masa dok berkayuh, aku berseliseh dengan group roadbike dari mana ntah,tapi disebabkan kita nie satu aliran aku angkat tangan pada mereka ajer, mereka pun sama. Ada lah lebih kurang 40 orang semuanya menuju ke Bachok. Jenuh aku angkat tgn kat mereka! Sampai kat pekan Jelawat, jammed sebab hari nie ada pasar tani kat situ. Selepas melewati pekan Jelawat aku masuk cabang ke Bekelam. Singgah kat kedai,beli Livita. Pas tu sambung balik berkayuh. Sampai kat satu cabang 3, kat sini lah aku mula konpius, mana satu jalan aku nak ambik. Aku ambik jalan menuju ke Bukit Marak, aku rasa lain macam ajer jalan nie, dalam hati aku kata, aku nie dah silap jalan nie...kalau silap jalan dengan motor,aku tak kesah tapi nie dengan basikal...penat wey!

Mmg sah aku dah melencong dari route yang aku fikirkan. Depan aku nie tersergam Bukit Marak. Pergh! jauh betul aku terlencong...12km!

Bila dah jumpa dengan jalan Pauh Lima-Kota Bharu,baru lega rasa hati, tapi aku dah nak habis gas dah nie...aku kena kayuh lagi 18km lagi sebelum sampai Kota Bharu.
Macam mana aku tersesat kali nie, sedangkan aku dah acap kali ikut jalan Jelawt-Bekelam nie. Heran,heran!
aku sampai kat rumah 10:30am dan meter kat basikal aku menunjukkan jarak aku berkayuh pada hari ini termasuk dengan sesat ialah 55km... nie dah kira half marathon nie.

Sekitar 5:30pm aku bertolak balik ke kampong aku kat kg.pasir.ketereh. Jalanraya tak lah sebuk sangat mcm hari raya aidilfitri tempuhari... kat kampung aku biasaknya tidur kat rumah kakak aku walaupun rumah kedua dua abang aku berdekatan ajer dgn rumah kakak aku nie. Rumah yang kakak aku tinggal sekarang nie adalah rumah peninggalan arwah ibubapa aku jadi rasa tak balik kampung kalau bermalam kat umah abang2 aku tu...




Buat Mangsa Banjir..!

2,3 hari lepas cuaca kat negeri aku nie cerah ajer, walaupun ada hujan sekejap sekejap...alhamdulillah! keringlah juga pakaian aku...hehehe!
Pada mereka2 atau kawan2 yang tinggal kat Johor, Melaka dan mana2 negeri lah yang terlibat dengan banjir besar baru2 nie aku bersimpatilah dengan mereka semua. Banyak perkara yang perlu difikir bila banjir dah kembali pulih...mana nak fikir pasal persediaan sekolah yang rosak, rumah yang perlu dicuci dan dibaikki, raya dah dekat dan juga penggal persekolahan yang dah nak mula tak sampai seminggu lagi nie...aku yang tak kena banjir nie pun senget otak aku dok fikir dan buat mathematik pasal berbelanjaan yang perlu dikeluarkan nanti..."duit! duit! dimana kau duit" - sebaris kata dari lagu M.Nasir. Best jugak dengar lagu tu, time2 cenggini.. :-)
Pada mereka semua aku harap mereka bersabar atas apa yang menimpa. Hadapilah degan kepala yang dingin...mungkin itu cubaan dari Allah untuk menguji keimanan kita semua.
Semalam masa dok minum dgn Ku Man, aku tanya beliau pasal Istana Seri Akar yang lenyap dari bumi Kelantan tu...dia kata benda tu sudah dalam perhatian Jabatan Warisan Negara. Tapak nya sudah dikenal pasti tapi untuk pengesahan kena buat kerja2 arkeologi kat tapak tu..cuma satu sahaja masalah sekarang yaitu tapak tu sekarang hak milik anak cucu Tengku Akar yaitu Tengku Ahmad Rithauden (bekas menteri). Sekarang tengah berunding pasal harga untuk tapak tanah tersebut...kalau semuanya selesai, kerja2 arkeologi akan dilakukan pada tahun hadapan.
Aku sekarang nie banyak involve kerja2 mengenal pasti dan mengembalikan bahan2 sejarah negeri Kelantan yang telah hilang ataupun yang perlu dibaik pulih. Ditambah lagi sekarang nie aku jumpa seorang yang memang minat habis pasal peninggalan sejarah Kelantan. Kau orang semua boleh klik sini untuk ke fotopages beliau.
nota: 2,3 hari nie jugak, internet pun jadi lembap selembab lembabnya...tension betul aku! nak masuk setengah2 laman web pun tak dapat. Nie lah dia, kalau ada monopoli...kita cakap apapun dia orang buat lembu kenyang ajer...

Semalam cuaca cerah hingga ke petang...aku balik awal sikit ari nie. Pukul 5pm dah terpacak kat rumah. Hari nie dah janji dengan saiful nak kayuh basikal. Aku suruh dia tunggu kat bulatan kg Cempaka. Ari nie nak pergi berkayuh kat taman perbandaran Tengku Anis. Petang2 cengini mmg ramai orang yang bereakrasi kat situ. Singgah kat situ kejap. Ajak Saiful pergi PCB tapi tak dapat lar...ada certain part tu jalan dinaikki air,patah balik ke jalan Peng. Chepa. Singgah kat Along Cafe, pekena roti bakar sama carot juice...aarrgghhhh! best betol. Kedian kami berpecah balik kerumah masing2...
Malam nya pulak aku turun lepak kat gerai era dok borak2 dengan pakcik jaga SKMK. Saiful datang bagi chek utk diberi kepada LYK. Dia ajak aku pergi pasar borong Wakaf Che Yeh,tapi aku malas nak pergi. Pakai kain pelikat.
Naik kat rumah online jap, jenguk2 blog member2 kita dan update fotopages aku...

Pra tengkujuh

Semalam, kat sini hujan masih belum berhenti lagi...dari pagi sampailah ke malam. Bila dah hujan begini, segala xtvt luar aku terbantut yang tak terbantut xtvt lepak kat kedai kopi Abg. Din. Bila hujan2 begini korum pun full, dia orang pun tak dapat nak kemana mana lagi...makan minum tanggung sendirik...pok amai amai, belalang kupu kupu, tepuk biar ramai, bayar suku suku...hehe!

Cuaca pagi ni napak cerah sedikit, matahari bersinar, maybe nak beri peluang kat suri suri rumah kita jemur kain... petang nanti tak tahu lah lagi!

11 Formula Mencapai Apa Sahaja Matlamat Anda!

Kat sini aku nak kongsi tip yang aku terima dari newsletter Irfan Khairi untuk di kongsi bersama...

1: KEINGINAN

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: KEYAKINAN

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu"

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub... anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai... anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi,matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: TULISKAN MATLAMAT ANDA

Ini AMAT penting. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: SENARAIKAN KEBAIKAN YANG AKAN DIKECAPI

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya (sekali lagi,perlu tulis!). Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: DI MANA ANDA KINI

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di depan PC!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: TETAPKAN DEADLINE

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak mempunyai deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri... oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja... berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: KETAHUI RINTANGAN

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: ILMU TAMBAHAN

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: PERANCANGAN

Kata pakar motivasi "Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal" Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

10: BINA GAMBARAN

"A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: JANJI PADA DIRI SENDIRI...

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Last but not the least, banyak-banyak berdoa agar usaha dan matlamat anda tercapai dan diberkati. Usaha tanpa doa, segala yang dilakukan tidak diberkati. Doa tanpa usaha pula, segalanya tidak akan menjadi.

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah "blue print" orang-orang yang berjaya di dunia. Setiap kali anda mempunyai matlamat baru, rujuk lah kembali formula ini untuk memastikan matlamat anda tercapai. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

Selamat menyambut tahun baru 2007!

Masih Letih


Sejak balik dari kursus kat Penang tempuhari, aku masih lagi terasa letih. Hari nie, pukul 11am baru aku masuk pejabat itu pun Yie dari pejabat kesihatan Kota Bharu call aku supaya buat voucher dan t/tangan indent projek kerja2 menyelenggara landskap kat pejabat dia.
Cuaca kat sini berangin dan di ikuti oleh hujan lebat sekali sekala. Musim tengkujuh dah sampai. Sekarang negeri Johor dan Melaka sedang mengalami banjir. Tak lama lagi, sampai lah kat tempat aku tu...

Penang...Here I Come! - Full Version

Jumaat - 15/12/06
----------------------
Morning2 lagi aku dah kayuh basikal aku tu menuju ke Pantai Sabak. Buat 1 pusingan kat situ terus ke Pantai Senok melalui jln tepi pantai. Kat sini ramai kaki pancing dah tercongok kat atas benteng batu kat situ. Aku rehat dlm 10 minit kat sini.

Dlm perjalanan pulang aku terserempak dgn Saiful kat traffic light JPJ. "Kata tak nak gateh ari nie?" Aku sengih ajer kat dia dan minta dia tunggu aku kat kedai makan Tok Wan di Demit.

Yusrie akan dtg jemput aku lepas solat Jumaat nanti, pukul 2pm katanya. Pukul 4pm baru sampai...janji melayu lah katakan! kalau bertolak masa nie, around pukul 9pm sampailah aku kat Penang, itu pun kalau tak ader aral yang melintang. Aku jadi penunjuk arah walaupun aku sendiri pun blank pasal jln nak dilalui nanti...hentam ajer lah labuuuu!

Niat hati nak lintas by bridge tapi aku silap jalan, bila dah masuk Butterworth kena ambik feri! aku mana tahu pasal tu...nie kali ke-3 aku dtg ke Penang, last aku datang tahun 1989 seingat aku...lama betul aku tak datang sini walaupun kakak ipar aku ada kat sini.

Lepas check-in dan mandi,aku dan Yusrie turun kat lobi. 2 orang member dia dah tercongok tunggu kat situ. Aku tak kenal member dia nie. Cakap nya bunyi mcm org Negeri Sembilan. Kami semua ke Padang Kota Lama yang tersohor tuu...pergi makan. OTW balik singgah kat E & O hotel, ambik Dr. Asyaari. Dia nie lecture kat UKM dalam bidang arkeologi dan salah seorang comitee dalam kursus yang akan dianjurkan besuk. Balik hotel. Aku terus naik ke bilik. Letih dan mengantuk. Dia orang semua masuk karaoke. Kalau aku ikut dia, entah pukul berapa dia orang akan balik ke bilik...besuk kena bangun awal, pukul 8 pagi dah start program.

Aku yang sentiasa coool..!
Sabtu - 16/12/06
------------------

Program: KURSUS KONSERVASI MONUMEN & TAPAK TANAH BERSEJARAH.
Anjuran Bersama: Jabatan Warisan Negara dan Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya.
Tempat: Dewan Arshak, E & O Hotel, Pulau Pinang.

Selepas daftar dan kehadiran tetamu majlis perasmian pun bermula dengan kata kata aluan dari Dato' Prof. Siti Zuraina Abd. Majid yaitu Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara. Selepas majlis perasmian kami semua bergambar ramai ramai dan rehat kejap sambil makan2.

Pukul 10am acara kursus pun bermula. Para penceramah yang pakar dalam bidang masing2 pun mula membentangkan kertas. Semuanya ada 5 kertas kerja dibentangkan pada hari ini yaitu:

1. Kepentingan dan Keaslian Dalam Kerja Konservasi oleh Prof. Madya Dr. Yahya Ahmad - Timb. Dekan Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya.

2. Konservasi Pengenalan dan Garis Panduan terhadap Kerja2 Pemuliharaan Warisan oleh En. Kamarul A. Kasim - Pengarah Jabatan Warisan Negara.

3. Penyelidikan Arkeologi Dalam Kerja2 Konservasi Bangunan oleh Prof. Dato' Nik Hasan Nik Abd. Rahman - Pensyarah UKM merangkap Fellow Kanan di ATMA.

4. Mondukomentasikan Kerja2 Konservasi oleh Prof. Madya Dr. A Ghaffar Ahmad - Pensyarah USM, Pulau Pinang.

5. Mengenal Pasti Keaslian Rekabentuk Bangunan Warisan I dan II oleh En. Paiman Keromo - Tim. Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.

Menarik sekali dan banyak jugak ilmu2 baru yang aku belajar hasil kertas kerja yang di bentangkan tu walaupun naik semak kepala aku dok mendengar nya..!

Sebelum bersurai pada petang tu, ada sedikit taklimat yang diberikan oleh Ar. Nik Rahiman untuk lawatan ketapak projek kat Suffolk House dan Bangunan Mahkmah Tinggi Penang pada pagi besok.

Pada sebelah malam, Wan (my wife nephew) datang jemput aku kat hotel untuk dibawa aku pergi bersiar siar...mula2 pergi makan kat Padang Kota Lama, selepas itu ke tapak pesta di Sg. Nibong. Hujan renyai2 mula turun, aku belah dari situ. Wan bawa aku pergi minum kat Bayan Lepas depan kilang Seagate. Aku pilih gerai yang mengadap laut. Tak nampak apa2 pun... Dalam perjalanan pulang ke hotel, Paijal (sepupu my wife) sms kat aku, dia tunggu aku kat kedai mamak berhampiran dengan hotel aku tinggal. Dia kerja kat Butterworth. Dia datang dengan member nya. Borak2 dengan dia sampai pukul 12.30am. Mata aku pun dah tak boleh nak celik lagi rasanya...mengantuk sesangat!

Ahad - 17/12/06
-----------------
Berkumpul kat lobi hotel tunggu bas. Pagi nie kesemua peserta akan dibawa meninjau ke tapak projek yang sedang dibuat proses baik pulih. Mula2 kami semua dibawa ke Suffolk House. Ianya terletak kat Ayer Hitam. Rumah ini di percayai dibina dlm tahun 1790 oleh Captain Francis Light (born at Suffolk,England 1740 and died Penang,1794) Pada awalnya dijadikan kediaman rasmi gabenor. Rekabentuk Anglo-Indian architecture. Kerja kerja restoration di buat oleh NajCom Sdn. Bhd. Prof. Madya Dr. A Ghafar Ahmad sebagai konservator. Direkabentuk kembali oleh Mr. Lawrence Loh dari Lawrence Loh Arkitek Sdn. Bhd.

Ar. Lawrence Loh sedang memberi penerangan.
Pukul 11am kami meninggalkan tapak rumah tersebut menuju ke destinasi ke 2 kami yaitu bangunan Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang. Sesampai kami disana kami telah dibawa ke pejabat tapak projek untuk majlis taklimat oleh Dato' Najmudin pengerusi NajCom Sdn.Bhd. dan juga jamuan ringan kat situ sebelum kami dibawa meninjau disekitar bangunan tersebut.

Dato' Najmudin (baju biru) sedang memberi penerangan.

Hampir sejam kami ka situ...badan pun dah rasa letih dan tekak pun haus...cuaca kat sini panas betul lar...mungkin kat tepi laut kot! aarrrrghhh! lega betul rasanya bila duduk dalam bas, aircond pulak tu...12:30pm kita orang semua balik ke E & O hotel untuk makan tengahari. Makanan kat sini mmg best betul rasanya tambah lagi sedang lapar mencanak nie...kena pulak makan sambil mengadap view laut...seronok abissss! Lepas makan, aku balik hotel jap untuk mandi dan solat. Nasib baik jarak hotel tempat aku peserta menginap dengan hotel tempat kursus dekat aje...jalan kaki 10 minit ajer!

Pada sebelah petang plak, para peserta kursus dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dipimpin oleh para penceramah. Aku dalam kumpulan 5. Ada 13 orang ahli semuanya dan di pimpin oleh Prof. Madya Dr. Yahya Ahmad. Setiap kumpulan diberi tugasan. Kumpulan aku dikehendakki membentangkan proses kerja dan kaedah yang digunakan untuk kerja2 membaikpulih ukiran dan hiasan yang terdapat pada bangunan kajian. Besuk sebelum majlis penyampaian sijil kami dikehendaki membentangkan tugasan yang diberi di hadapan para penceramah untuk dikomen dan dibincangkan bersama.

Sedang menyiapkan tugasan yang di beri
Pukul 6:30pm aku balik ke hotel, lepas simpan barang2 kursus, aku keluar balik. Aku nak beli something untuk dibawa pulang nanti...kalau kat Penang nie, kalau tak bawa balik buah pala orang kata tak sah datang kat Penang, tapi sebelum tu aku merayau kejap kat Perangin Mall. Aku tak beli apa2 pun kat situ...just round round cari sesat! nasib baik aku jumpa jalan aku masuk tadi, kalau tak ada lah umat yang datang jemput aku kat situ nanti...hehehe! lain kali jgn jalan sorang sorang! OTW ballik aku singgah beli sekilo dua buah pala sebagai buah tangan bila balik nanti. Lepas tu aku singgah kat kedai Kayu Nasi Kandar. Pekena nasi kandar dulu..!
Malam tu aku tak kemana mana, just lepak kat bilik dok layan tv ajer kedian zzzZZZzzz....

Isnin - 18/12/06
-------------------

Sedang bersiap siap nak ke dewan 'kuliah'

Hari terakhir kami semua kat sini...pada sebelah pagi kita orang semua mendengar dan berkongsi pengalaman dalam kerja2 konservasi mereka di sekitar Penang dan juga Kuala Lumpur dari Mr. Tan Yeow Wooi dan Ar. Tuan Haji Hajeedar.

Hari nie cuma ada satu sahaja kertas kerja yang dibentangkan yaitu:
"Konservasi Rumah Tradisional Melayu" yang disampaikan oleh Prof. Madya Puan Seri Nila Inangada. Beliau berasal dari Acheh tapi dah lama menetap kat Malaysia nie dan isteri kepada salah seorang bekas menteri kabinet kita.

Pada sebelah petang acara pembentangan tugasan dari setiap kumpulan di hadapan penceramah. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit dan 5 minit untuk soal jawab.

Acara penutupan kursus dan penyampaian sijil di lakukan oleh Prof. Madya Dr. Yahaya Ahmad. Selepas semuanya selesai, kita orang semua bersalam salaman diantara satu sama lain dan minta maaf, sedih gak rasa hati time nie..maklumlah selama 3 hari kami semua dok bersama dalam satu dewan, makan dan melawat pun bersama sama. Tak tahu bila kami akan bersua kembali.

Pukul 6:30pm aku balik ke hotel untuk check-out. Ingat hati masa balik nanti nak balik melalui jambatan tapi bimbang gak dalam hati takut ada kesesakan kat atas jambatan so aku pilih naik feri ajer lah..kenderaan tak berapa banyak dok beratur nak naik feri tapi 1/2 jam juga baru boleh naik.

Singgah makan kejap kat kedai makan yang berhampiran dengan bulatan di Bukit Mertajam. Sampai kat Gerik pukul 10 malam. Berehat kejap kat sebuah kedai makan diatas puncak tertinggi lebuhraya Timur Barat. Sejuk betul kat sini lebih2 lagi malam tu hujan. Dalam perjalanan aku lihat ada satu kemalangan kereta yang terbabas masuk longkang, mungkin pemandunya mengantuk. Kat lebuhraya nie, kita boleh nak berhenti kat tempat tak tentu pasal, takut nanti terkena laluan gajah melintas!
Pukul 2 pagi sampai kat rumah...alhamdulillah! perjalanan pergi balik aku selamat.