Ke Pekan Golok, Thailand.
Ride For Fun

Che'gu Baidi drive Landrover dan Nazrie (adik ipar) drive van pick-up. Kanak kanak semuanya naik Landrover. Mak dan bapak budak naik van pick-up. Penuh..! macam indon nak pergi kerja rumah batu lagak nya. Separuh dari van penuh dengan makanan yang dah masak dan tak masak lagi...hehehe!
Aku pulak...kayuh basikal aku ajer! aku bertolak dahulu. Semua orang kampung tu hairan bila tenguk aku kayuh basikal...mana taknya, aku siap pakai helmet,glove dan safety suite. 3 kilometer pertama jalan nya bertar dan landai hingga ke perkampungan peneroka Kesedar. Bila sampai kat sini, jalan tanah dan berbatu pun bermula. Aku mula memasukki kebun getah dan kawasan berbukit yang cerun nya kadang2 sampai 30 darjah! aku setkan gear basikal aku tu kepada F2/B4 kira yang paling rengan tu...tapi tak terdaki juga dibuatnya, so terpaksalah aku berjalan sambil dorong basikal. Sampai ajer kat puncak...fuhh! fuhh..! termengah mengah aku menyedut oksigen seberapa banyak yang mungkin. Adalah 2,3 tempat aku terpaksa menapak masa mendaki. Bila time menurun cerun...berkeriut bunyi brake basikal aku. Bimbang jugak aku, kalau dibuatnya kabel brake aku tu putus...kang tak pasal pasal aku terjelapak mencium batu...tapi itu semua adalah cabaran, lagi banyak cabaran lagi best...! inilah dunia offroad. Hanya mereka yang minat ajer tahu betapa nikmatnya kayuh basikal dalam bukit..!
Setelah bersusah payah dalam perjalanan, aku pun sampailah kat tepi sungai.
note: sila klik sini untuk lihat gambar2 yang aku ambik tu...
Kembali Online
Cuti Raya Cina Nanti

Rahsia Potong Kuku
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Part yang paling aku suka bila berbual dengan orang tua ialah kesah lampau hidup mereka. Kau orang percaya lah, kalau nak cakap dengan orang orang tua tapi tak ada idea apa nak cakap...cuba ko tanya pasal kisah hidup dia masa muda muda dulu, mesti dia layan punya.
Tok imam kg aku nie, masa muda2 dulu, dia suka tenguk wayang kat bandar KB. Semua panggung wayang semua dia tahu dok kat mana...mcm panggung Lido,Odeon,Rani,Rex dan Mina (panggung nie aku tak tahu letak kat kawasan mana, tapi sekarang semuanya telah tiada) Masa tu tiket hanya 50 sen sahaja...flat rate! siapa masuk awal dok depan. Nasi baru 10 sen sepinggan, airnya pulak 5-15 sen segelas. Aku tanya dia, pergi bandar naik bas atau kereta? Bas atau kereta? bukan lah...kayuh basikal ajer! Nak tambang kereta atau bas mana mampu lagipun masa tu mana ada bas dan kereta lagi kat kawasan nie. kalau ada RM1 dalam poket dah boleh pergi bandar Kota Bharu. Simple betul kehidupan dia orang masa tu.
Hampir sejam jugak aku dok layan mereka berdua. Sedang syik dok bersembang, Mat Imin JPJ datang. Aku balik kg. nie pun pasal dia lah...dia mahu aku buat pelan untuk rumah baru beliau.
OTW balik singgah kat tapak rumah beliau. Rupa rupanta hari nie, unit kawalan kg aku buat bubur asyura. 2 kawah.
Pkl. 4.00pm, aku pinjam motor abg ipar aku \,pergi ke Kadok, nak jumpa 2 lagi customer aku yang nak buat pelan rumah. Hampir 2 jam aku dok kat situ. Lepas semuanya puas hati baru lah aku minta diri. Niat hati masa balik nanti aku nak lalu ikut jalan Beta tapi memandangkan hari dah nak senja aku ikut jalan Melor ajerlah...dekat sikit...25km. Nak singgah kat tempat dia orang kacau bubur asyura pun tak sempat...OK geng! aku balik dulu...jumpa lagi next time!
Berkayuh Malam
Bila hujan dah reda, aku pergi ke bank. Masukkan duit ke acc. member kat Pahang. Aku beli baju umtuk 'ride' basikal.
Balik dari kerja, niat nak kayuh basikal tapi Saiful call, kita berkayuh malam nanti bersama group YMM Tengku Temenggong. Orait gak..! lama juga aku tak joint group YMMTT nih, nak buat macam mana, beliau selalu ke luar negara dan sibuk dengan kerja kerja beliau.
Pukul 9.00 malam, aku dah tercongok tunggu kat simpang masuk ke rumah rehat YMMTT. 9.30 malam barulah mereka muncul. Tengku Adnan, Yusri dan Saiful pun ada sekali. Ada lah dekat 12 orang termasuk 2 pengawal bermotor. Kita orang melalui Panji ke Peng. Chepa melaui jalan Padang Tembak. Rehat kejap kat Petronas petrol pump sambil tunggu group yang tertinggal...Hentian seterusnya ialah kat Kopitiam Oriental di Padang Sri Chemerlang. Engku Azman dan Ku Yem pun ada sama. Kita minum dulu..! aku order 100 plus, roti bakar dan telur separuh masak. Hilang 1 kilo, tambah 2 kilo...hehehe! YMMTT tak lantak mcm kita orang. Beliau mcm biasak lah...100 plus dan ais krim.
Lepak kat sini hampir sejam. Lepas tu kita orang semua bertolak balik melaui jalan JPJ Panji. Aku terus balik ke rumah tapi sebelum tu singgah kat Demit. Makan lagi...sambil tunggu Saiful. Sampai habis aku makan, bayang Saiful tak juga muncul2. Aku pun belah balik. Sampai rumah pukul 12 malam...
Le Tour de Langkawi 2007
---------------------
Fakta stage kali nie:
Stage 4 - Gua Musang - Kota Bharu
Start Time : 1100 hrs
Start Venue : Jalan Pulai, Gua Musang
Nuetralised Section : 9.7 km
Stage Distance : 178.1 km
Finish Venue : Jalan Stadium, Kota Bharu
Sebelum balik, aku minta PID tandatangan surat kebenaran yang aku minta semalam. Sebelum keluar dari Istana Balai Besar, aku jenguk sekejap kat tapak projek membina guard house kat depan pintu masuk utama istana. Dah hampir 60% complete.
Masa yang ditunggu dah tiba, pengumuman dari pihak urus setia semua para peserta sekarang dah memasuki bandar Kota Bharu. Penonton menjadi semakin ghairah untuk melihat ketibaan para peserta. Helikopter berligar diruang angkasa bandar KB. Suasa sungguh bingit dengan sorakan dan bunyi pukulan papan iklan oleh para penonton yang berbaris di kiri kanan jalan. Muzik tradiosional seperti kertok, rebana dan lagu tema LTDL dimainkan serentak...sunguh bingit sekali. Aku bernasib baik dapat port yang baik, itupun tepaksa aku panjat flower box MPKB. Aku berada 50 m dari tempat penamat. Manusia tak payah cakap lah...bila diumum semakin dekat,semakin kuat paluan dan sorakan dari penonton...sampaikan aku sendiri pun naik syeh...hehehe!
Tu dia peserta dak menampakkan diri...para penonton makin jadi tak keruan,kesian pada pasukan keselamatan yang terpaksa berkejar kesana sini mengawal gelagat para penonton supaya tidak menganggu ketibaan peserta tidak terganggu. Maklumlah 1 km akhir adalah kawasan pecut! kayuhan para peserta kat area nie mencecah 90km sejam!!!
Semakin hampir peserta ke garisan penamat penamat semakin suasana
Gua Musang - Kota Bharu 05 February 2007
Issued: 05 Feb 2007, 16:40
1: Loddo,Alberto (Serramenti PVC Diquigiovanni) 2: Richeze,Maximiliano (Ceramiche Panaria Navigare) 3: Impey,Daryl (South Africa) | |
Overall | |
1: Charteau,Anthony (Crédit Agricole) 2: Pedraza,Walter (Serramenti PVC Diquigiovanni) 3: Voeckler,Thomas (Équipe Bouygues Telecom) | |
Leading Asian Riders | |
1: Askari,Hossein (Giant Asia Racing Team) 2: Doi,Yokihiro (Skil Shimano) 3: Abbas,Saeiditanha (Azad University Team) | |
Points | |
1: Loddo,Alberto (Serramenti PVC Diquigiovanni) 2: Richeze,Maximiliano (Ceramiche Panaria Navigare) 3: Huff,Brad (Team Slipstream) | |
King of the Mountains - Raja Bukit | |
1: Charteau,Anthony (Crédit Agricole) 2: Pedraza,Walter (Serramenti PVC Diquigiovanni) 3: Fukushima,Koji (Nippo-Meitan Hompo) |
note: gambar yang aku snap sekitar acara ini akan aku upload lenkali...kamera tu member aku ambil
Jam dah pukul 11 lebih,tapi aku tak sarapan lagi nie...singgah kat kedai makan Din Tokyo. Aku order nasi sup dengan tea-o ais. Tak perasan pulak Wan Shafie ada kat situ. Borak borak dengan dia, dalam pada tu dia hulur kat aku kad jemputan kahwin anaknya pd. 17 Feb. nanti. Aku dan dia sekampung.
Balik dari kerja, aku pergi ke rumah Che Mat kat Pintu Geng. Orang rumah dia call aku pagi tadi,dia suruh aku tenguk pc anak dia yang tak mo hidup. Ada kat sejam lebih aku kat rumah dia. Nampak gayanya, petang nie tak dapatlah aku kayuh basikal...
Sambil tunggu dia orang, aku masuk kedai kopi...sarapan dulu.
Pukul 8:00am masih lagi tak nampak batang hidung dia orang nie,jadi aku kayuh dengan saiful ajer lah melalui cabang 4 binjai-pauh lima-bekelam-jelawat terus menuju ke pantai irama bachok. Pukul 9:00am lebih aku sampai kat pantai irama. Sambil lepak dan tunggu saiful, barulah muncul geng geng basikal dari cabang 4 cherang nie. Dia orang pun kena tunggu member2 yang lain. Aku dan saiful joint geng dia orang yang jumlahnya lebihkurang 20 orang sambil minum kat gerai tepi pantai tu...angin kuat betul,tak sampai setengah jam, kita orang semua kesejukan!
Pukul 10:15am kita orang bertolak balik melalui perupok,tawang,kedai lalat. Aku follow ajer...kayuh ramai ramai nie best gak,tak lah rasa letih sangat. Sampai kat kg balai dah jadi dua kelompok.4 orang dah ada kat kelompok yang depan sekali, aku pecut nak joint group depan tu...saiful pun ada sama, laju gak kayuhan mereka nie semua. Dalam group depan nie ada seorang budak dan juga seorang pakcik...aku agak2 umur dia nie dah 60 tahun lebih, tapi dia punya kayuhan laju betul...aku respek betul lah kat pakcik nie..! aku follow belakang dia.
Sampai kat kg budi,aku nengok ke belakang si saiful dah hilang...sampailah aku berpisah dengan dia orang semua kat simpang 4 panji masa aku route kerumah aku di bandar baru kubang kerian.
Fuuhhhh..! letih betul aku dibuatnya tapi best betul berkayuh pada hari nie. Bila aku tenguk top speed yang aku buat pada ari nie mencecah 37km/jam...rekod baru nie! pas nie aku nak kayuhan aku tu biar lebih 40km/j...tapi buleh ke? Aku skrg pakai basikal jenis montain bike. Basikal jenis nie bukan untuk speed tapi untuk kayuhan lasak, kalau yang jenis racing tu senang2 dapat cecah 40-50km/j. Sekarang pasang angan angan nak ambik yang jenis racing plak... hehehe!
Belah petang, aku relax ajer kat depan tv...badan masih lagi tak hilang letihnya. Henpon aku asyik dok berdering dari tadi lagi, aku tahu dari siapa call tu...sebab ptg nie aku ada appointment dengan orang kat bandar kb. Malas pulak rasanya nak pergi,sebab tu aku tak angkat bila hepone aku berdering. Ada ler 6 miss call...aku pergi juga tapi lepas asar... ok jugak ler tu sebab aku janji dengan mereka lepas jumaat tapi pukul berapa tu aku tak beritahu...kan asar tu lepas jumaat...
Biadap Betul
Dalam rancangan SENSASI terbitan TV3 pada hari Rabu 30/01/2007. Dalam perbualan mengenai 'tidak sedar diri' yang di bicarakan bersama Awal dan Watie Elite, Awal telah bertanya mengenai 'anak-anak ikan' yang di bela oleh si Rosnah. Dengan selamba badak si Rosnah bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi dengan Siti Khadijah.
Kalau nak tau apa dia kata pergi sini:
http://www.youtube.com/watch?v=ey64PLmQuiI
Astaghfirullah..! tergamak dia guna perkataan "NAK MAMPOS" kepada Saidatina Siti Khadijah. Kurang ajar betul dia ni, bercakap mcm orang tak ada iman kat dalam hati. Kalau aku tanya ko orang semua, sanggup tak ko orang menghina isteri Rasulullah?
Berbulu Di Mata
Aku Sepasang Kasut
Namaku Nike, aku adalah dari bangsa trainer. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium. Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.
lkp's Fan Box
Labels
- e-kehidupan (38)
- e-renungan (5)
- e-travel (1)
- Renungan (1)
Blog Archive
-
▼
2007
(70)
-
▼
Feb 2007
(15)
- Sebelah pagi, aku ke pejabat syamil kat Chempaka t...
- Ke Pekan Golok, Thailand.
- Ride For Fun
- Kembali Online
- Cuti Raya Cina Nanti
- Formula Perempuan
- Rahsia Potong Kuku
- Pagi semalam aku balik kampung...kali nie aku kay...
- Berkayuh Malam
- Le Tour de Langkawi 2007
- Lepas letak beg kat pejabat aku pergi ke PTG kat K...
- Pukul 7:30am semalam aku dan Saiful dah ready tung...
- Biadap Betul
- Berbulu Di Mata
- Aku Sepasang Kasut
-
▼
Feb 2007
(15)